Untuk posting pada kali
ini saya rujuk dan petik kandungan di mukasurat 764 hingga 766 dalam kitab
berjudul Kitab Fikah Mazhab Syafie
Jilid 4 Pustaka Salam [terjemahan dari kitab Al Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil
Imam as-Shafie karangan Dr
Mistofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha dan Ali ash-Sharbaji] yang bertajuk kecil:
MUT’AH
Pengertian Mut’ah
Al-Mut’ah berasal daripada kalimah al-mataa’. Maksudnya: perkara yang
menyukakan hati dan boleh dimanfaatkan.
Maksud
mut’ah disini ialah harta yang suami
wajib serahkan kepada isteri yang telah berpisah dengannya sama ada dengan
sebab talak (cerai) atau perpisahan.
Siapa
yang Berhak Mendapat Mut’ah.
Mut’ah
wajib diberi kepada bekas isteri dalam keadaan;
1.
Apabila diceraikan selepas
berlaku persetubuhan.
2.
Isteri diceraikan sebelum
disetubuhi dan mas kahwin pula tidak disebutkan semasa akad nikah.
3.
Jika isteri dihukumkan supaya
berpisah dengan suaminya. Perpisahan hendaklah disebabkan oleh suami seperti
dia murtad atau meli’an isterinya
(bersumpah menuduh isterinya berzina). Perpisahan juga hendaklah berlaku
selepas persetubuhan, atau sebelum persetubuhan tetapi mas kahwin tidak disebut
dalam akad.
Jika
isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya disebut dalam akad
nikah, isteri tidak berhak mendapat mut’ah.
Ini kerana dia telah mendapat separuh daripada mas kahwin sedangkan dia masih
belum memberi apa-apa khidmat kepada suaminya.
Dalil
Wajib Mut’ah.
Dalil
wajib memberi mut’ah kepada mereka
yang telah disebutkan ialah firman Allah:
Dan
tidaklah kamu bersalah (dan kamu tidak menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu
menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur dengan) mereka
atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian,
hendaklah kamu memberi mut’ah (pemberian saguhati) kepada mereka (yang
diceraikan itu). Iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu)
menurut ukuran kemampuannya. Suami yang susah pula menurut ukuran kemampuan, sebagai pemberian
(saguhati) menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang
yang mahu berbuat kebaikan.
(Al-Baqarah:
236)
Dan
isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati)
dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang
tang bertakwa.
(Al-Baqarah:
241)
Kadar Mut’ah
Dalam menetukan kadar mut’ah, kemungkinan kedua-dua suami
isteri boleh bersetuju dengan kadar tertentu atau sebaliknya.
Jika mereka bersetuju dengan
kadar harta yang tertentu, sama ada sedikit atau banyak, kadar itulah yang
diterima oleh isteri. Mut’ah itu sah
berdasarkan apa yang dipersetujui.
Jika mereka berselisih pendapat
dalam menetukan kadarnya, qadi (hakim) berhak menentukannya berdasarkan keadaan
mereka berdua; susah senang suami, dan keturunan isteri dan sifat-sifatnya.
Firman Allah Taala;
Hendaklah
kamu memberi mut’ah (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu).
Iaitu suami yang senang (hendaklah memberikan saguhati itu) menurut ukuran
kemampuannya. Suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya.
(Al-Baqarah:
236)
Dan
isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati)
dengan cara yang patut.
(Al-Baqarah:
241)
Kadar
mut’ah yang digalakkan ialah tidak kurang daripada (30) tiga puluh dirham
atau yang senilai dengannya, dan tidak melebihi separuh daripada kadar mahar
misil.
Hikmat
Disyariatkan Mut’ah.
Barakallah
BalasPadam