Prosedur
Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 3).
Berikut
ialah ialah dua (2) isu mengenai ‘Saman’:
1. Tempohmasa keesahan Saman; dan
2. Saman Hilang selepas dikeluarkan oleh
Mahkamah.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Isu
Pertama: Tempohmasa keesahan Saman.
Saman yang hendak di sampaikan atau di serahkan
kepada pihak yang di tuntut (Defendan) [dalam kes mut’ah Defendan itu merujuk
kepada si suami] adalah sah kuatkuasanya selama tempoh 12 bulan bermula dari
tarikh Saman di keluarkan. Tarikh itu ada di catatkan dalam Saman itu di
ruangan sebelum tandatangan dan meterai Mahkamah. Tempohmasa ini boleh di
lanjutkan atas permohonan kepada Mahkamah dengan memberi alasan kukuh dan
munasabah kenapa Saman itu perlu di lanjutkan tempoh keesahannya serta
menyatakan apa usaha munasabah yang telah di ambil sebagai percubaan untuk menyerahkan
Saman itu. Permohonan lanjutan masa itu seeloknya di failkan dan di mohon
sebelum tarikh tempoh luput Saman tersebut. Jika lanjutan tempoh itu di
benarkan ianya hanya untuk tempoh lanjutan masa selama 12 bulan dari tarikh
luputnya tempoh keesahan Saman itu ataupun dari tarikh luputnya lanjutan masa
yang telah di benarkan sebelum itu.
Contoh:
Tarikh
Asal Saman
|
23.10.10
|
Tempoh
keesahan
|
23.10.10.hingga
22.10.11
|
Tarikh
Luput
|
23.10.11
|
Tarikh
Lanjutan Masa @ tempoh keesahan Saman (1) apabila di luluskan
|
23.10.11
|
Tempoh
keesahan masa lanjutan (1)
|
23.10.11.hingga
22.10.12
|
Tarikh
Luput lanjutan (1)
|
23.10.12
|
Tarikh
Lanjutan Masa (2) apabila di luluskan
|
23.10.12
|
Tempoh
keesahan masa lanjutan (2)
|
23.10.12.hingga
22.10.13
|
Tarikh
Luput lanjutan (2)
|
23.10.13
|
Perkara ini adalah sebagaimana yang di peruntukkan
oleh seksyen 11 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 (Negeri Pahang).
Berikut ialah kandungan seksyen tersebut:
Seksyen 11. Masa penyampaian
(1) Bagi maksud penyampaian, setiap saman hendaklah sah pada mulanya
selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.
(2) Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan dalam
tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat
kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh keesahan saman itu sebelum tarikh
habis tempoh saman itu atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada,
sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
(3) Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan tempoh keesahan saman
itu dari semasa ke semasa selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua belas
bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang mengikuti hari
saman itu akan, kalau tidak kerana lanjutan itu, habis tempoh.
Peruntukan seksyen 11 (2) diatas memberi
peluang agar permohonan lanjutan masa itu di buat walaupun selepas tempoh
Saman itu luput. Ini berdasarkan rangkaikata ‘atau mana-mana hari
kemudian daripada itu, jika ada,’
yang terdapat dalam seksyen itu. Bagi menyokong tafsiran ini seksyen
238 (2) di bahagian XXV Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Pahang) 2002 juga di dasarkan. Seksyen 238 itu adalah
yang berikut:
Seksyen 238 – Memanjangkan atau memendekkan masa
(1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yamg
difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang
dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh
mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan
dalam mana-mana prosiding.
(2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh
yang disebut dalam sub-seksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan
pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.
Bahkan seksyen 45 Akta
Parlimen Malaysia No. 388 iaitu INTERPRETATION
ACTS 1948 AND 1967 memperuntukkan:
s. 45
Construction of power to extend time
45.
Where in any written law a time is prescribed for doing any act or taking any
proceeding and power is given to a court or other authority to extend that
time, the power may be exercised by the court or authority although the
application for its exercise is not made until after the expiration of the time
prescribed.
Akta 388 ini di terima pakai di negeri
Pahang oleh Enakmen 2 tahun 1990 - Enakmen Tafsiran
(Penerimaan-Pakai Bahagian III Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967) 1990
Seksyen
2. Penerimaan-pakai Bahagian III Akta 388.
2. Peruntukan-peruntukan
Bahagian III Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 adalah dengan ini diterimapakai
oleh Negeri Pahang.
Apabila Bahagian III diterima pakai maka keseluruhan Akta 388 adalah
terpakai kepada negeri Pahang. Lihat seksyen 131 Akta yang memperuntukkan :
PART I of this Act to have effect in
adopting States
131. (1) Where one of the States of West
Malaysia adopts PART III of this Act in pursuance of Article 76(3) of the
Federal Constitution, PART I of this Act with the modifications and additions
contained in the Second Schedule, shall apply for the interpretation of and interpretation otherwise in relation to
Enactments of the adopting State enacted after the date of adoption as it
applies for the interpretation of and otherwise in relation to Acts of
Parliament enacted after the commencement of that Act.
(2) Where by virtue of subsection (1), PART
I of this Act applies for the interpretation of and otherwise in relation to an
Enactment, that PART shall apply for the interpretation of and otherwise in relation
to subsidiary legislation made under that Enactment.
Dalam kes Mat Jagi @ Mohd Razali Bin Hassan (kes Mal No.
12000-099-0001-2010 tidak di lapurkan) Mahkamah Rayuan memberi panduan bahwa
terdapat 4 faktor perlu dipertimbangan sebelum lanjutan masa di benarkan
apabila berkata:
Kebenaran untuk melanjutkan masa rayuan
adalah merupakan budibicara Mahkamah dan Mahkamah dalam melaksanakan
budibicaranya akan mengambil kira tempoh kelewatan, alasan kepada kelewatan,
kebarangkalian untuk rayuan tersebut dibenarkan dan juga tahap prejudis kepada
Responden jika permohonan untuk lanjutan di benarkan.
Walaupun faktor ini hanyalah berbentuk
panduan bagi tujuan melaksanakan budibicara tersebut dan tidak bermaksud
menjadi satu keperluan yang ketat dan mandatori. Ianya bukan suatu keperluan
bahawa semua faktor perlu menyebelahi Pemohon di dalam melaksanakan kuasa
budibicara tersebut.
Dalam melaksanakan budicara Mahkamah Sivil
dalam kes Thiruchelvasegaran v Mahadevi (1998) 4 MLJ 297 berkata:
Pertimbangan utama dalam menjalankan kuasa budibicara untuk melanjutkan
masa ialah samada pihak yang memohon itu jelas dapat menunjukkan bahawa beliau
tiada niat untuk mengabaikan atau melanggar sesuatu peraturan atau prosedur itu
dan bahawa berlaku kegagalan untuk mematuhi sesuatu peraturan adalah disebabkan
oleh faktor luaran.
Menurut Aturan 4 Kaedah 5 (3) Kaedah-Kaedah Prosedur Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan)
1992, Mahkamah tidak akan memberi lanjutan masa tersebut kecuali
usaha-usaha yang munasabah telah dibuktikan dibuat untuk menyampaikan saman
itu, atau kerana sebab-sebab lain yang dianggap munasabah. Aturan 4 Kaedah 5 (3) itu memperuntukkan :
Kaedah 5. Jangka masa
dan pembaharuan saman.
(1) Bagi maksud penyampaian, saman adalah sah pada mula-mulanya
selama 12 bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.
(2) Jika sesuatu
saman belum lagi disampaikan kepada defendan, maka Mahkamah boleh melalui
perintah melanjutkan keesahan saman itu dari semasa ke semasa bagi apa-apa
tempoh, tidak melebihi 12 bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari
hari yang berikutan selepas hari yang saman itu akan kalau tidak kerana
lanjutan itu tamat, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, jika
permohonan minta lanjutan dibuat kepada Mahkamah sebelum hari tersebut atau
suatu hari kemudian kelak (jika ada) sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
(3) Mahkamah tidak
akan memberi lanjutan masa tersebut kecuali usaha-usaha yang munasabah
telah dibuktikan dibuat untuk menyampaikan saman itu, atau kerana sebab-sebab
lain yang dianggap munasabah.
Walaupun peruntukkan KAEDAH-KAEDAH
PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH (Negeri Sembilan) 1992 telah di di mansuhkan dan
di gantikan oleh enakmen yang baru iaitu
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang terkini di
mana tiada terdapat lagi peruntukkan seumpama Aturan 4 Kaedah 5 (3) dalam peruntukan prosedur
tahun 1992 ini namun prosedur yang lama sedemikian masih boleh di jadikan
panduan tafsiran kepada maksud phrasa ‘Kuasa Sedia Ada Mahkamah bagi
mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses mahkamah’
sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 244 di bahagian XXV Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang berikut:
Seksyen
244 Kuasa Sedia Ada Mahkamah
Tiada apa-apa
jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa
sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk
mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.
Peruntukkan yang sama sedemikian terdapat juga di bawah seksyen
244 di bahagian XXV Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pahang) 2002
dan adalah sama sepenuhnya.
Satu
lagi sandaran untuk mengatakan bahawa dalam afidavit kepada permohonan lanjutan
masa yang berkenaan perlu menyatakan alasan kukuh dan munasabah kenapa Saman
itu perlu di lanjutkan tempoh keesahannya serta menyatakan apa usaha munasabah
yang telah di ambil sebagai percubaan untuk menyerahkan Saman itu adalah kerana
terdapat Arahan Amalan No. 2 tahun 2011 dan No. 3 tahun 2011. Arahan-arahan
amalan ini menetapkan bahawa tempohmasa serahan penyampaian adalah penting dan
di tekankan. Maka jika arahan ini tidak di patuhi maka alasan kukuh perlu di
beri mengenainya.
ARAHAN
AMALAN NO. 2 TAHUN 2011
Tempoh
Penyampaian Saman Kediri
Dalam
Masa 14 Hari Dari Tarikh Saman Dikeluarkan
Saya ingin menarik
perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan
Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2011 pada 12 Muharram 1433H bersamaan 7hb
Disember 2011 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan bagi tujuan penyelarasan tempoh penyampaian saman kediri Defendan.
Tempoh penyampaian saman kediri kepada Defendan selain saman yang beralamat di
luar bidang kuasa sesebuah mahkamah hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14
hari dari tarikh saman dikeluarkan.
Arahan
Amalan ini berkuatkuasa mulai 7 Disember 2011.
ARAHAN
AMALAN NO. 3 TAHUN 2011
Tempoh
Penyampaian Saman Gantian Dalam
Masa
14 Hari Dari Tarikh Perintah Saman Gantian Dikeluarkan
Saya ingin menarik
perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan
Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2011 pada 12 Muharram 1433H bersamaan 7hb
Disember 2011 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan bagi tujuan penyelarasan tempoh proses penyempurnaan saman gantian.
Tempoh penyampaian Saman Gantian hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14 hari
dari tarikh Perintah Saman Gantian dikeluarkan.
Arahan
Amalan ini berkuatkuasa mulai 7 Disember 2011.
Kuasa Mahkamah untuk mebenarkan lanjutan masa
terikat dengan faktor mencegah ketidakadilan dan salah guna proses Mahkamah.
Oleh itu jika perlanjutan masa keesahan Saman itu di buat selepas berkuatkuasanya
tempoh had batasan masa membuat tuntutan
(merujuk kepada kausa tindakan) maka permohonan lanjutan masa itu wajar di
tolak. Had batasan masa yang di rujuk kini adalah terhadap batasan had masa
kepada kausa tindakan. Kausa tindakan adalah perkara yang ingin di tuntut di
mahkamah oleh Plaintif seperti tuntutan harta sepencarian, mut’ah, nafkah dan
lain-lain. Arahan Amalan No. 2 tahun 2008 adalah berkaitan dan di perturunkan
di sini:
ARAHAN AMALAN NO. 2
TAHUN 2008
Permohonan / Tuntutan
Yang Tiada Had Masa
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1
Tahun 2008 pada 11 Jamadilakhir 1429H bersamaan 15hb. Jun 2008 telah bersetuju
dan mengesahkan bahawa mana-mana permohonan atau tuntutan yang perlu diambil
perhatian oleh seseorang yang berkepentingan di Mahkamah.
2. Permohonan atau tuntutan tersebut tidak
menyatakan had masa untuk mengambil tindakan hendaklah ianya dilakukan
dengan apa cara sesegera yang mungkin. Mahkamah dalam hal ini bolehlah
merujuk kepada penghakiman kes Kerajaan Negeri Terengganu lwn. Tengku Ibrahim
dalam Jurnal Hukum Jld. 24 Bhg. 2 sebagai panduan sebelum membuat apa-apa
keputusan sama ada menerima atau menolak tuntutan tersebut.
Arahan Amalan ini
berkuatkuasa mulai 30 Jun, 2008.
ARAHAN AMALAN NO. 2
TAHUN 2008 adalah mengenai tuntutan
seperti mut’ah yang tidak di peruntukan oleh enakmen. Arahan ini memberikuasa
untuk Mahkamah merujuk kepada suatu kes keputusan Mahkamah Rayuan Syariah iaitu
kes Kerajaan Negeri Terengganu v Y.A.M. Tengku Ibrahim bin Sultan Ismail
Nasaruddin Shah 24 [2007] 2 JH 251 di mana Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu
di ms 263 – 268 telah berkata:
a) Berkenaan
memfailkan kes melebihi had masa
Semasa di Mahkamah Tinggi
Syariah, isu yang di timbulkan untuk di pertimbangkan sama ada sah atau tidak
ke atas sesuatu tuntutan yang melangkau masa 80 tahun, melalui kronologi kes,
hujah-hujah, ekshibit dari kedua-dua pihak kami dapati sehingga kes ini di
failkan, sejarahnya telah melewati lebih 80 tahun.
...
Setelah kami meneliti
segala hujah, kami dapati benarlah tempoh had masa bagi sesuatu tuntutan tidak
diperuntukan. Oleh itu kami berpendapat hanya melalui Hukum Syarak sahajalah
satu-satunya yang masih ada untuk menyelesaikan dalam rayuan ini. Bersesuaian dengan
sek. 245(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Seksyen
ini memperuntukkan:
‘Jika terdapat lacuna
atau apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini,
mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.’
Dalam Hukum Syarak,
Islam tidak mengiktiraf kaedah berlalu masa yang lama itu sebagai pemilikan
atau pengguguran sesuatu hak, tetapi dianggap masa yang lama itu sebagai
penghalang daripada mendengar sesuatu dakwaan tentang hak yang didakwa ada pada
suatu masa dahulu yang telah lama berlalu. Halangan ini dikenakan bagi
mengelakkan masalah pembuktian dan keraguan asal hak.
Kes Tuan Awang bin
Tuan Mamat dan 7 Orang Lain v Tuan Alam bin Tuan Ahmad dan Seorang Lain
[2006] 22 (ii) JH 207 ... Setelah menyedari, di mana tuntutan ini dibuat,
masanya telahpun berlalu melewati 50 tahun. Y.A. Hakim ketika memutuskan had
masa ini, beliau dengan memetik huraian mengenai masa berlalu oleh Dr. Wahbah
Zuhaili yang berkata, bahawa ahli fekah telah menetapkan dengan 33 tahun, dan
dalam al-Majallah (Perkara 1661 dan 1662) telah menetapkan 15 tahun. Ini
bermakna Plaintif boleh dibenar membuat tuntutan harta sepencarian dalam tempoh
yang tidak melebihi 33 tahun.
1. Berbalik kepada kes rayuan ini, undang-undang yang
terpakai ialah Hukum Syarak. Dalam Hukum Syarak mengikut huraian Dr Wahbah
Zuhaili dihadkan kepada 33 tahun sebagai berlalu masa. Pada hemat kami sekalipun
hujah Responden had masa 33 tahun sebagai tidak terpakai dalam kes ini lantaran
kes ini berlaku terlebih dahulu daripada pendapat ini, tetapi dengan berlalu
masa yang lama itu menjadikan ia satu penghalang pula kepada hakim untuk
mendengar sesuatu dakwaan yang didakwa ada pada suatu masa lama dahulu. Seperti
mana yang ditegaskan oleh Dr Wahbah Zuhaili dalam bukunya, al-Fiqh al-Islami
wa Adillatuh, Jld.4, hlm. 69 yang menyatakan:
... bermaksud:
Islam tidak mengakui
kaedah berlalunya masa lama itu sebagai sebab pemilikan, tetapi kaedah berlalu
masa dianggap sebagai penghalang daripada didengar sesuatu dakwaan tentang hak
yang didakwa ada pada suatu masa dahulu yang lama telah berlalu demi untuk melicinkan
perjalanan kehakiman pada waktunya dan supaya masalah pembuktian dan keraguan tentang
asal hak dapat dielakkan.
Mengikut pendapat
al-Alim al-‘Allamah al-Sayed Mohamad Amin bin Omar Abd Aziz bin Ahmad bin Abdul
Rahim yang keturunannya sampai kepada Sayyidina al-Hussain menerangkan dalam
kitab Tanqih al-Fatawa al-Hamidiyah di bawah tajuk kitab al-Da’wa
menyatakan:
... bermaksud:
Ditanya berhubung
dengan harta tak alih yang berada di tangan Zaid yang menerimanya serta menmerintahnya
dan menguruskannya dalam masa lebih daripada empat puluh tahun (40 tahun) tanpa
ada bangkangan dan bantahan dan omar mengetahui keadaan itu dan dia tidak
mendakwa atas Zaid menuntut harta itu sedangkan tidak ada halangan dari segi
syarak untuk berbuat demikian, maka adakah tidak boleh didengar dakwaan ke atas
Zaid dan waris-warisnya selepas itu dan biar sahaja di tangan orang yang
menguruskannya kerana suasana itu sendiri sebagai saksi? (Jawapannya:)
Ia, begitulah sepertimana dijelaskan dalam kitab Jami’ al-Fatawa dan mereka
yang kemudian dari kalangan ahli fatwa menjelaskan juga tidak boleh didengar
sesuatu dakwaan selepas tempoh tiga puluh enam tahun (36 tahun) dikecualikan
orang yang berhak mendakwa itu ghaib (tidak ada atau kanak-kanak atau gila) dan
kedua-duanya tidak ada penjaga atau pihak yang kena dakwa, raja yang zalim
ditakuti daripadanya, ini dijelaskan di dalam al-Fatawa al_Attabiah dan
dijelaskan lagi dalam kitab al-Bahri ‘An al-Mabsur tinggal tidak membuat
apa-apa dakwa selama tiga puluh tiga tahun (33 tahun) tanpa ada apa-apa
halangan daripada membuat demikian, kemudian selepas itu baru dikemukakan
dakwaan (tuntutan), tidak boleh didengar dakwaannya kerana tinggal tidak
membuat dakwaan sedangkan dia boleh berbuat demikian menunjukkan dia
tidak mempunyai hak pada zahirnya.
Oleh yang demikian,
dengan berpandukan alasan yang di kemukakan, maka kami membuat keputusan Rayuan
isu ini diterima.
Mungkin
ada yang tertanya-tanya apa itu ‘Arahan Amalan’? Secara ringkasnya
Arahan-Arahan Amalan ini di keluarkan oleh Pengarah/Ketua Hakim Syariah Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia untuk di gunapakai dan di tadbirkan secara seragam
di semua Mahkamah Syariah di Malaysia. Dalam siri lain blog ini akan menulis
mengenai perkara Arahan Amalan ini.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Isu Kedua: Saman
Hilang selepas dikeluarkan oleh Mahkamah.
Mengenai perkara ini seksyen 12 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pahang) 2002 ada jawapannya. Apa yang perlu
dibuat ialah menghubungi Mahkamah secara bertulis memaklumkan kehilangan Saman
tersebut dan selepas itu jika Mahkamah berpuashati akan kedudukannya maka
Mahkamah boleh membuat Perintah sebagaimana yang disebut dalam peruntukan
seksyen 12 tersebut.
Seksyen 12. Kehilangan saman
Jika sesuatu saman hilang selepas
dikeluarkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya dikeluarkan suatu saman baru
yang mengandungi tarikh, dan mempunyai kesan yang sama seperti saman asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan