Isnin, 30 September 2013

Saman (Siri 1)

Prosedur Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 1).

Merangka ‘Saman’ :


Sebagaimana yang telah diterangkan dalam posting sebelum ini setiap prosiding tuntutan untuk pembayaran bayaran mut’ah yang ingin difailkan ke Mahkamah oleh pihak isteri yang telah diceraikan terhadap bekas suaminya hendaklah dimulakan dengan memfailkan Saman. Ini adalah keperluan yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pahang) 2002. Kedudukan sedemikian juga perlu di patuhi di bawah peruntukan undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah di kesemua negeri-negeri lain di Malaysia. Perundangan di setiap negeri mempunyai undang-undang tatacara mal masing-masing untuk di gunapakai oleh Mahkamah Syariah di negeri masing-masing namun peruntukan di kesemua negeri itu adalah sama yakni in pari-materia.

Seksyen 7. Cara memulakan prosiding mal
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah dimulakan melalui saman.

Dalam merangka dan memfailkan Saman pihak yang ingin menuntut bayaran mut’ah itu perlu terlebih dahulu mengenalpasti Mahkamah Syariah mana yang berbidangkuasa untuk mendengar dan membicarakan kes tuntutan mut’ah yang berkenaan.

Jika nilaian tuntutan adalah kurang dari RM 100,000.00 maka Saman hendaklah difailkan di failkan di Mahkamah Rendah Syariah. Jika nilai yang ingin di tuntut adalah RM 100,000.00 ataupun lebih maka Saman hendaklah di failkan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Diperuntukkan oleh seksyen 48 (2)(b) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (Negeri Pahang) 1991 bahawa:

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
(a) ...
(b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Rendah Syariah dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.

Diperuntukkan oleh seksyen 47 (2)(b) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (Negeri Pahang) 1991 bahawa:

Seksyen 47. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah -
(a) ...
(b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan -

(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (faraq);
(ii) ...
(iii) ...
(iv) ...
(v) ...
(vi) ...
(vii) ...
(viii) ...
(ix) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Peruntukan seksyen 48 di atas adalah spesifik serta jelas bahawa tuntutan hendaklah di failkan di Mahkamah Rendah Syariah sekiranya nilai bayaran mut’ah yang ingin dituntut adalah kurang dari RM 100,000.00.  Jika nilai tuntutan adalah RM 100,000.00 dan keatas maka Saman atau tuntuan hendaklah di failkan di Mahkamah Tinggi Syariah yang berkenaan. Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa juga mendengar dan memutuskan kes yang difailkan sedemikian walaupun untuk memerintahkan bahawa nilai anugerah jumlah mut’ah yang diperintahkan adalah kurang dari RM 100,000.00 ataupun menolak tuntutan yang di buat.

Selain dari bidangkuasa had nilai tuntutan perlu juga dilihat aspek bidangkuasa tempatan Mahkamah juga.

Diperuntukkan oleh seksyen 48 (1) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (Negeri Pahang) 1991 bahawa:

Seksyen 48. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1)  Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. 

Di negeri Pahang carta organisasi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang mengenai Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah adalah sebagaimana berikut:

Terdapat dua (2) buah Mahkamah Tinggi Syariah – sebuah di Kuantan dan sebuah lagi di Bentong.

Terdapat 13 buah Mahkamah Rendah Syariah di seluruh negeri Pahang.

Mahkamah Rendah Syariah (MRS) di kawasan berikut adalah di bawah hierarki Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) di Kuantan:

i.             MRS Kuantan;
ii.           MRS Pekan;
iii.          MRS Rompin;
iv.          MRS Maran;
v.            MRS Muadzam Shah;
vi.          MRS Maran; dan
vii.         MRS Chenor

Mahkamah Rendah Syariah (MRS) di kawasan berikut pula adalah di bawah hierarki Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) di Bentong:

i.             MRS Temerloh;
ii.           MRS Bera;
iii.          MRS Jerantut;
iv.          MRS Raub;
v.            MRS Kuala Lipis;
vi.          MRS Cameron Highlands; dan
vii.         MRS Bentong.

Kawasan pembahagian bidangkuasa tempatan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang di sebut diatas adalah berdasarkan daerah permastautinan pihak yang terlibat.

Bagi kawasan Gugusan FELDA Jengka pula ianya di bahagi kepada 3 kawasan had bidangkuasa tempatan Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS Maran, MRS Chenor dan MRS Jerantut. Sehubungan dengan itu Gugusan FELDA Jengka ini terletak dibawah 2 bidangkuasa kawasan tempatan  Mahkamah Tinggi Syariah iaitu MTS Kuantan dan MTS Bentong.

Kawasan pembahagian bidang kuasa Mahkamah bagi Gugusan FELDA ini adalah seperti berikut:

1. MRS Maran @ MTS Kuantan:

i.             Kawasan Bandar Pusat Jengka;
ii.           Kawasan Felda Jengka 1;
iii.          Kawasan Felda Jengka 2;
iv.          Kawasan Felda Jengka 3;
v.            Kawasan Felda Jengka 4;
vi.          Kawasan Felda Jengka 5;
vii.         Kawasan Felda Jengka 10;
viii.       Kawasan Felda Jengka 11;
ix.          Kawasan Felda Jengka 14;
x.            Kawasan Felda Jengka 15; dan
xi.          Kawasan Felda Jengka 16.

2. MRS Chenor @ MTS Kuantan:

i.             Kawasan Felda Jengka 6;
ii.           Kawasan Felda Jengka 7;
iii.          Kawasan Felda Jengka 17;
iv.          Kawasan Felda Jengka 18;
v.            Kawasan Felda Jengka 19;
vi.          Kawasan Felda Jengka 20;
vii.         Kawasan Felda Jengka 22; dan
viii.       Kawasan Felda Jengka 23.

3. MRS Jerantut @ MTS Bentong:

i.             Kawasan Felda Jengka 8;
ii.           Kawasan Felda Jengka 9;
iii.          Kawasan Felda Jengka 12;
iv.          Kawasan Felda Jengka 13;
v.            Kawasan Felda Jengka 24; dan
vi.          Kawasan Felda Jengka 25.

Persoalan bidangkuasa ini penting untuk dikenalpasti sedemikian. 

Menurut satu kes SALIM SULONG v YUSOF SULONG DAN 6 YANG LAIN 22 (2006) 1 JH 79 diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu bahawa:

       ‘Berkenaan bidangkuasa seorang Hakim ini telah diperjelaskan oleh Abd Karim Zaidan dalam kitabnya Nizam al Qada fi al Syariati al Islamiyyah berkenaan pembahagian atau had bidangkuasa seorang Hakim yang dilantik oleh seorang pemerintah.
       Dr Abd Karim Zaidan menyatakan bahawa “apabila khalifah melantik seorang Hakim dengan beberapa batasan tertentu dari segi tempat atau masa atau jenis-jenis kes pertikaian atau jenis-jenis orang yang bertikai maka perlantikan kehakiman bagi Hakim ini adalah dalam bentuk yang dinamakan perlantikan khas/khusus. Pembatasan kuasa Hakim yang dilantik dalam bentuk itulah yang dikenali dikalangan fuqaha dengan istilah al Taqlid al ‘Am wa ’al Taqlid al Khas.”
       Manakala dalam kitab al Fiqh al Islam Wa Adilatuh karangan Dr Wahbah al Zuhaili, berkenaan bidangkuasa Qadi itu adalah terletak dibawah orang yang melantik. Pihak yang melantik (pemerintah) hendaklah menentukan ikhtisas Qadi dan menetapkan daerah yang teletak dibawah bidangkuasanya.
       Pihak yang melantik hendaklah mengetahui sifat yang wajib ada pada orang yang dilantik, pihak yang melantik hendaklah tahu kelayakan orang yang dilantik dan menetapkan ikhtisas Qadi, dan menentukan daerah yang terletak dibawah bidangkuasanya.

Maka dengan itu jelaslah bahawa Sultan [Pemerintah] berhak memberi kepada Mahkamah Rendah Syariah had atau batasan bidangkuasa mendengar dan memutuskan mengenai perkara-perkara yang tertentu.

Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu dalam kes KERAJAAN NEGERI TERENGGANU v Y.A.M. TENGKU IBRAHIM BIN SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SHAH  24 (2007) 2 JH 251 dimukasurat 270 berkata:

‘Tidak dapat dinafikan bahawa kewajipan seorang Hakim adalah untuk menegakkan keadilan di bumi Allah dan apabila menghukum sesuatu kes hendaklah menghukum dengan hukum Allah. Ini adalah matlamat asal kehakiman syariah. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia dan tiada siapa boleh mempertikaikannya. Bidangkuasa Mahkamah Syariah begitu terhad sekali. Batas sempadan bidangkuasa hendaklah sentiasa diawasi oleh semua hakim Mahkamah Syariah ketika membuat penghakiman.
Mengikut Perlembagaan Malaysia, pentadbiran hukum syarak adalah dalam bidangkuasa Negeri, akan tetapi kuasa yang diberi terlalu sempit dan terhad. Oleh itu kami sarankan agar semua Hakim Mahkamah Syariah hendaklah meneliti had bidangkuasa yang telah ditetapkan ini dan mempastikan bahawa apa jua perkara yang dibawa untuk dibicarakan di hadapan seseorang Hakim, perkara itu hendaklah berada dalam lingkungan bidangkuasanya. Jika berlaku sesuatu perbicaraan dimana hakim telah mendengar suatu kes yang terkeluar dari had bidangkuasanya maka keputusannya adalah tidak sah.'

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Bentuk Saman:
Mengenai bentuk Saman yang perlu di failkan di Mahkamah Syariah peruntukan seksyen 8 enakmen telah menetapkan bahawa Saman hendaklah berbentuk sebagaimana dalam Borang MS 2 dalam Jadual Ketiga dan disertakan dengan suatu Pernyataan Tuntutan yang disyaratkan mematuhi seksyen 63 enakmen. Oleh kerana perkataan ‘hendaklah’ terdapat dalam seksyen 8 itu maka pematuhan dan keperluan ini adalah sesuatu kemestian atau mandatori. Maka jika ianya tidak di patuhi maka Mahkamah berkuasa untuk tidak melayan tuntutan mut’ah yang ingin di failkan itu.

Di peruntukkan oleh seksyen 10 (2) enakmen bahawa jika Saman itu tidak sempurna bentuknya semasa difailkan di pendaftaran maka Pendaftar (yakni Pendaftar Mahkamah Syariah di mana Saman itu di serahkan untuk difailkan) berkuasa untuk menolak pendaftaran Saman itu ataupun mengarahkan agar Saman itu dipinda terlebih dahulu.

Seksyen 10. Pengeluaran dan penyampaian

(1) Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan —

(a) jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
(b) jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah diperlukan,

Pendaftar hendaklah memberikan suatu nombor bersiri padanya, memeteraikan, menandatangani dan mengeluarkannya.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.

Bahkan keperluan dokumen Saman ini juga ada di nyatakan didalam seksyen 16 enakmen. Peruntukan seksyen 16 di perturunkan di sini untuk rujukan mudah:

Seksyen 16. Tuntutan atau pembelaan lisan

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:

Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.

(3) Apabila dia menerima rekod yang tersebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah—

(a) memperakui butir-butir yang terkandung dalamnya dengan menurunkan tandatangannya atau cap ibu jari kanannya pada rekod itu;
(b) menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu; dan
(c) menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran.

(4) Jika Mahkamah membenarkan suatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), maka Mahkamah hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen ini.

Berikut ialah peruntukan seksyen 8 yang dirujuk di atas:

Seksyen 8. Bentuk saman
Tiap-tiap saman—
(a) hendaklah dalam Borang MS 2; dan
(b) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tuntutan yang hendaklah mematuhi kehendak seksyen 63.

Borang MS 2 dalam Jadual Ketiga enakmen adalah seperti di bawah ini:

JADUAL KETIGA - Borang MS 2
(Seksyen 8(a))

SAMAN

(Tajuk Am)

Kepada ............................................................ (defendan yang dinamakan di atas) yang beralamat di ................... ................................ .... .................. .................................

Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah .......................................... Syariah di .................................... pada hari ................... pada .......... haribulan ......... 20 ..... pukul........ pagi/petang, untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh plaintif yang dinamakan di atas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendroskan di sini.

Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.

Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh pada .................. haribulan .......................... 20 .........

(Meterai)

..........................
Hakim/Pendaftar

(Pengendorsan di belakang saman)

PERNYATAAN TUNTUTAN

(dalam perenggan bernombor)

Kepada.......................................................................... defendan yang dinamakan di atas yang tinggal di ..............................................................................


Bertarikh pada ....................... haribulan ................ 20 .............

.............................................................
Plaintif (atau Peguam Syarie bagi Plaintif)


Jika di lihat Borang MS 2 di atas terdapat perkara ‘(Tajuk Am)’ tercatat selepas perkataan ‘SAMAN’. Tajuk am yang di maksudkan itu ada di sebutkan didalam seksyen 4 enakmen sebagai:

Seksyen 4. Tajuk am borang
Tiap-tiap dokumen, termasuk borang, yang difailkan di Mahkamah hendaklah mempunyai tajuk am seperti dalam Borang MS 1.

Borang MS 1 dalam Jadual Ketiga itu adalah sebagaimana di bawah ini:

BORANG MS 1

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002
(Seksyen 4)

TAJUK AM

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH/TINGGI SYARIAH DI .........................................

DI NEGERI  ............................................................................................................

(1) ............................................................ No. ............ Tahun 20 ................

Antara

(2)
.....................................................................................................
Plaintif
Pemohon

(3)
..................................................................................................
Defendan
Responden

Catatan :

(1) Jenis prosiding (misalnya Saman; Permohonan; dsb.)

(2) Nama, jika tak berkeupayaan atau atas sifat wakilan, berikan butir-butir perwakilan.

Contoh :

(a) A.B. pentadbir bagi C.D. yang sudah mati;

(b) A.B. seorang budak, melalui C.D. penjaga ad litemnya.


Untuk menjelaskan lagi mengenai bentuk Saman ini saya rangkakan di bawah ini sebuah Saman menuntut bayaran Mut’ah di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lipis sebagai contoh (tanpa Pernyataan Tuntutan). Perkara mengenai Pernyataan Tuntutan bayaran mut’ah akan di bincang dalam posting yang lain pula.



Borang MS 2
(Seksyen 8(a))

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                             … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                    …DEFENDAN

SAMAN

Kepada:
                   CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami dan alamat)
No. 4 Jalan  XYZ,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lipis pada hari            pada       haribulan                    2013 pukul            pagi/petang, untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh Plaintif yang dinamakan diatas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendorskan disini.

Ambil perhatian bahawa jika anda  ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.

Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh pada      haribulan              2013.

                                                                                                  ..................................
Hakim/Pendaftar

Saman ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.


Sebagai satu lagi contoh mengenai pemfailan tuntutan mut’ah untuk posting ini rujukan di buat kepada borang berikut yang di ambil dari laman web jabatan kehakiman syariah negeri selangor -

PERHATIAN: SILA KEMUKAKAN BORANG PENDAFTARAN INI DALAM (3) SET
 



Borang  Permohonan Mut’ah

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN
KES MAL
BIL
DOKUMEN
TANDAKAN
SEMAKAN MAHKAMAH

Nota :
Sila pastikan nilaian tuntutan adalah tidak melebihi RM100,000.00.(Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah)
ü

1.
Saman & Penyata Tuntutan & Borang Maklumat Diri
ü

2.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
ü

3.
3.1 Pengesahan Tempat Tinggal Plaintif (Pemohon)
 (Jika alamat di dalam kad pengenalan anda bukan di dalam Negeri Selangor atau di luar daerah ini sila dapatkan pengesahan tempat tinggal Qaryah daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua Kesatuan Penduduk/bil air/bil elektrik)

3.2 Surat Pengesahan Majikan
(Jika anda anggota Polis/Tentera)
ü

4.
Salinan Surat Cerai
ü

5.
Sijil Kelahiran Anak – anak (jika ada)
ü

7.
Bayaran Pendaftaran (ditentukan semasa pendaftaran)
ü

*Pemohon dikehendaki hadir sendiri membuat pendaftaran.

URUSAN PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

Isnin – Khamis                                   8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
                                                                          2.00 petang hingga 3.30 petang

              Jumaat                                               8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
                                                                          2.45 petang hinga 3.30 petang

Untuk kegunaan pejabat sahaja
Nota: tandakan (  ü ) pada petak berkenaan.

                                                                                          Disemak :……….....................
                                                                                          Tarikh     :

                                                                                          Disahkan :…….......................
                                                                                          Tarikh       :

BORANG MS 2

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(NEGERI SELANGOR 2003)

(Seksyen 8(a) )

SAMAN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH / TINGGI SYARIAH DI ………………………………
DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

(1)   ……………………… NO. ………………………...……Tahun 20………..

(2)   …………………………………………………………………………..  Plaintif
        Pemohon

(3)   …………………………………………………………….……………   Defendan
                  Responden

Kepada ………………………………………………………….. (defendan yang dinamakan di atas) yang beralamat di ……… …… ……… ……… ……… ……………. .………………………………….……. ………………………………………………… ……………………………………………
Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah……………………………………Syariah di …………………………… (DEWAN ………) Pada hari  ……………………  pada ………...…… Haribulan ………………… 20……………..... pukul ……………… pagi/ petang , untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh plaintif yang dinamakan di atas, yang butir – butirnya ada dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendorskan di sini.

Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.

Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh pada …………… haribulan …………..20…….

                                                      (Meterai)
…………………………….
                                                                                                     Hakim / Pendaftar

PERNYATAAN TUNTUTAN
(dalam perenggan bernombor)


Kepada …………………………………………………………….. (Defendan yang dinamakan di atas) yang beralamat di ……………………………………………...………
………………………………………………………………………………………………

1.Plaintif………………………………………………………….…………………………………
No. K/P: …………………………………………………. Tinggal di …………………………….
………………………………………………………………………………………………………
(Sesalinan kad pengenalan dilampirkan)

bekerja sebagai …………………………………………di ………………………………………..

2. Defendan………………………………………………………….………………………………
No. K/P: …………………………………………………. Tinggal di …………………………….
………………………………………………………………………………………………………
bekerja sebagai …………………………………………di…………………………………………

3. Kami telah bernikah pada ………………………..… di ………………………………………...
(sesalinan surat nikah dilampirkan)

4. Kami telah bercerai pada ……………………..….… di ………………………………………..
(sesalinan surat cerai dilampirkan)

5. Hasil perkahwinan dikurniakan …………………………. anak iaitu :-
   
1)      ……………………………………………Tarikh lahir …………………Lelaki /perempuan

2)      ……………………………………………Tarikh lahir …………………Lelaki /perempuan

3)      ……………………………………………Tarikh lahir …………………Lelaki /perempuan

4)      ……………………………………………Tarikh lahir …………………Lelaki /perempuan

5)      ……………………………………………Tarikh lahir …………………Lelaki /perempuan

 (sesalinan surat beranak dilampirkan )

6. Saya mohon Mahkamah memerintahkan Defendan membayar mut’ah kepada saya sebanyak :-
a)         RM ………………………………………………………
atau;
(sekiranya tuntutan selain daripada wang tunai)
b)         …………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………

7. Alasan – alas an permohonan dibuat adalah seperti berikut:-
i)          ……………………………………………………………………………………………
            ……………………………………………………………………………………………

ii)         ……………………………………………………………………………………………
            ……………………………………………………………………………………………

iii)        ……………………………………………………………………………………………
            ……………………………………………………………………………………………

iv)        ……………………………………………………………………………………………
            ……………………………………………………………………………………………

v)         ……………………………………………………………………………………………
            ……………………………………………………………………………………………

8. Sekiranya permohonan diluluskan saya mohon pembayaran/ pelaksanaan  dibuat dengan
…………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………….


10. Saya memohon kepada Mahkamah yang mulia  ini agar meluluskan permohonan saya selari dengan peruntukan di bawah Seksyen  58 Enakmen Undang –undang Keluarga Islam Selangor No. 2 Tahun 2003 atau apa –apa perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang mulia ini.

Bertarikh pada ……. haribulan  ……………….. 20……….      


…………………………………………….
Plaintif (atau Peguam Syarie bagi Plaintif)


BORANG MAKLUMAT DIRI
(maklumat ini perlu di lengkapkan bersama borang permohonan)

Untuk Kegunaan Pejabat

Tarikh Pendaftaran
Rujuk Dokumen & Fail
No . Kes

No. Resit


* Untuk di isi oleh pemohon.Sila isi dengan HURUF BESAR


PLAINTIF

DEFENDAN
Nama




Nama

No Kad Pengenalan
(Sila isi salah satu yang berkenaan)
Baru          :
Lama         :
Tentera     :
Polis          :
Passport   :
No Kad Pengenalan
(Sila isi salah satu yang berkenaan)
Baru          :
Lama         :
Tentera     :
Polis          :
Passport   :
Alamat untuk dihubungi








Alamat untuk dihubungi



No.Tel
(Pejabat) :
(Rumah)  :
(H/P)        :
No.Tel
(Pejabat) :
(Rumah)  :
(H/P)        :
Tarikh Lahir

Tarikh Lahir

Umur

Umur

Bangsa

Bangsa

Warganegara

Warganegara

Asal

Asal

Pekerjaan

Pekerjaan

Majikan

Majikan


                                                    BUTIRAN                   PERKAHWINAN
Tarikh Nikah

Pernah Bercerai

Tempat Nikah

Bil Talaq

Bil . Anak

Tarikh Bercerai