Selasa, 22 Oktober 2013

Saman (Siri 2)

Prosedur Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 2).

Pemfailan Saman:
Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam posting sebelum ini setiap Saman hendaklah distaplerkan bersama dengan dokumen pliding yang bernama Pernyataan Tuntutan. Ini adalah kehendak seksyen 8 (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 yang berkenaan. Perkataan ‘hendaklah’ yang terdapat dalam seksyen 8 tersebut adalah membawa maksud kemestian dan mandatori. Maka dengan itu tanpa dokumen pliding ini (iaitu Pernyataan Tuntutan) disertakan bersama-sama Saman maka pemfailan Saman itu tidak akan diterima untuk pendaftaran.

Seksyen 8. Bentuk saman
Tiap-tiap saman—
(a) hendaklah dalam Borang MS 2; dan
(b) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tuntutan yang hendaklah mematuhi kehendak seksyen 63.

Peruntukan seksyen 63 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 adalah seperti berikut:

Seksyen 63. Pernyataan tuntutan
(1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi—
(a) suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan-perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
(b) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(c) suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan
(d) butir-butir mengenai apa-apa permohonan lain.

(2) Jika lebih daripada satu kausa tindakan dijadikan sandaran, alasan bagi setiap satu tindakan dan relief yang dituntut berdasarkan kausa itu hendaklah dinyatakan secara berasingan. 

Contoh Pernyataan Tuntutan kes mut’ah adalah seperti berikut:

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1.   Plaintif adalah bekas isteri kepada Defendan dan beralamat di No. 9XT Jalan KKK, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darulmakmur.

2.    Defendan adalah bekas suami kepada Plaintif dan beralamat di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

3.   Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 04.04.1999. Pada 04.04.2009 Plaintif telah bercerai dengan Defendan. Perceraian diluar Mahkamah tersebut kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lipis dalam kes mal No. 06010-054-0000-2009.

Dikepilkan disini salinan Surat Perakuan Perceraian No: SPP 00tttt dan ditanda sebagai ekshibit ‘A’.

4.  Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan telah di kurniakan dengan 4 orang anak (selepas dari ini dirujuk sebagai “anak-anak tersebut”) iaitu :

                   NAMA                                          TARIKH LAHIR   UMUR
a)      
b)      
c)      
d)

Dikepilkan disini salinan Sijil Kelahiran bagi setiap anak-anak tersebut dan secara kolektif  ditanda sebagai ekshibit ‘B’.

5.  Semasa bercerai tiada apa-apa perintah berhubung mut’ah dibuat. Sehingga kini tiada apa-apa pemberian samada berbentuk wang atau harta benda diberikan Defendan kepada Plaintif berhubung dengan perkara tersebut.

6.  Selepas perceraian, anak-anak tersebut dipelihara dan tinggal di bawah jagaan Plaintif.

7.  Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, Plaintif telah menjalankan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri menurut hukum syara’ serta tidak pernah berkelakuan yang tidak selayaknya sebagai seorang isteri kepada Defendan.

8.   Pada awal perkahwinan, Plaintif dan Defendan hidup dengan bahagia.

9.   Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, Plantif telah banyak memberi sokongan dari segi material dan fizikal serta berkorban untuk kebaikan Defendan dan demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

10.   Namun masalah rumahtangga antara Plaintif dan Defendan akhirnya muncul dan pada 04.04.2009 Defendan telah menceraikan Plaintif dengan talak tiga kali.

11.   Perceraian tersebut juga telah menyebabkan Plaintif berasa amat malu, terhina, kecewa dan tertekan. Plaintif amat memerlukan sokongan bagi menghadapi masyarakat sekeliling.

12.  Plaintif percaya bahawa berdasarkan peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 bahawa Defendan adalah seorang yang bertanggungjawab memberikan bayaran mut’ah kepada Plaintif selaku bekas isterinya.

13.   Defendan juga berkemampuan dari segi kewangan dan mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang Pengurus di Syarikat Kewangan XXYYZZ di Shah Alam dengan pendapatan yang lumayan. Defendan juga membuat pekerjaan lain sebagai punca pendapatan sampingannya.

14.     Oleh yang demikian Plaintif memohon Perintah berikut:-

i.  Defendan membayar wang sebanyak RM 50,000-00 sebagai bayaran mut’ah menurut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 kepada Plaintif atau apa-apa jumlah yang difikirkan patut oleh Mahkamah ini.

ii.  Defendan menanggung kos tindakan dan prosiding  ini;

iii. Lain-lain relief yang difikirkan sesuai manfaat oleh Mahkamah.

Bertarikh pada           haribulan            2013.



                                                                           ......………………………..
                                                                              Peguam Syarie Plaintif


Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.


Apabila pemfailan tuntutan hendak dilakukan di Mahkamah perkara/dokumen berikut perlu di serahkan kepada kaunter pejabat pendaftaran Mahkamah yang berkenaan:

i. Saman & Pernyataan Tuntutan – sebanyak tiga salinan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 9 enakmen. Namun secara amalan biasa Peguam Syarie akan memfailkan 4 salinan kerana di khuatiri serahan kediri Defendan tidak dapat dilaksanakan yang mana serahan secara gantian dengan menampalkan dokumen-dokumen ini di papan kenyataan Mahkamah dan premis alamat terakhir Defendan. Seksyen 9 itu memperuntukkan:

Seksyen 9. Salinan saman
Tiap-tiap saman terhadap seorang defendan hendaklah dikemukakan untuk difailkan dalam tiga salinan dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap defendan tambahan.

ii. Satu salinan Kad Pengenalan Plaintif/isteri;

iii.a. Surat/Dokumen Pengesahan Tempat Tinggal Plaintif (Pemohon)
(Jika alamat di dalam kad pengenalan anda bukan di dalam kawasan bidangkuasa tempatan Mahkamah tersebut sila dapatkan pengesahan tempat tinggal Qaryah daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua Kesatuan Penduduk/bil air/bil elektrik)

Contoh kandungan surat pengesahan mastautin/tempat tinggal yang di yang keluarkan oleh Penghulu ataupun oleh Pengerusi JKKK adalah seperti berikut:

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan,

PENGESAHAN BERMASTAUTIN BAGI PUAN .... [KPPN No: ....]

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Setelah mendapat maklumat daripada penama seperti di atas adalah dengan ini disahkan bahawa penama yang tersebut adalah bermastautin di Daerah ini semenjak ... tahun yang lalu dan kini menetap di alamat ....

3. Semoga permohonan beliau mendapat perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan.

Sekian di maklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


...... tt ....
( .... nama .... )
Penghulu Mukim ....  (meterai/cop resmi)

iii.b. Surat Pengesahan Majikan (Jika anda anggota Polis/Tentera);

iv. Salinan Surat Cerai

v. Sijil Kelahiran Anak – anak (jika ada)

vi. Satu salinan Wakalah - jika khidmat Peguam Syarie digunakan. Seksyen 34 enakmen adalah peruntukan mengenai wakalah ini.

Seksyen 34. Wakalah
(1) Pelantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar.
(2) Jika seorang Peguam Syarie telah menerima perlantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam Borang MS 5.

Borang MS 5
(Subseksyen 34 (2))

WAKALAH PEGUAM SYARIE

(Tajuk Am)

Saya ....................................................................... Plaintif (atau defendan) yang dinamakan di atas K.P.P.N. No. ................................ yang beralamat di ..................................................... dengan ini melantik ....................................... daripada Tetuan ................................... untuk mewakili saya dan bertindak bagi pihak saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan dengannya.

Bertarikh pada ................ haribulan ........... 20 ......

.................................
Plaintif/atau Defendan

Saya ............................................................ dengan ini menerima pelantikan yang disebut terdahulu.

Bertarikh pada .............. haribulan ............. 20 .......

........................
Peguam Syarie
Di hadapan saya,

.........................
Hakim/Pendaftar

Wakalah ini difailkan oleh Tetuan .................................................... bagi pihak plaintif (atau defendan) yang beralamat di ............ ................... ............................................................................................


Contoh wakalah:

Borang MS 5
[Subseksyen 34 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002]

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

WAKALAH

Saya, AAAA BINTI BBBB [KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot] Plaintif yang dinamakan di atas yang beralamat di No. 9XT Jalan KKK, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darulmakmur dengan ini melantik Peguam Syarie ENCIK RRRR dari Tetuan RRRR & SSSS untuk mewakili saya dan bertindak bagi pihak saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan dengannya.

Bertarikh pada       haribulan                     2013.


            .........................................................
AAAA BINTI BBBB

Saya ZULKIFLI BIN OTHMAN dengan ini menerima perlantikan yang disebut terdahulu.

Bertarikh pada                haribulan                      2013.


                                                   
 ------------------------------
RRRR / Peguam Syarie                                                                                  
Di hadapan saya,


.........................................
HAKIM / PENDAFTAR

WAKALAH ini difailkan oleh difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

vii. Jika Defendan/suami beralamat diluar bidangkuasa negeri Mahkamah yang terlibat maka Permohonan Serahan Saman Luar bidangkuasa perlu dikepilkan beserta Perintah Derafnya.
Lihat peruntukan seksyen 52 berikut:

Seksyen 52. Bila dibenarkan
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa jika—
(a) keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubungan dengan harta tak alih yang terletak dalam Negeri Pahang;
(b) apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Negeri Pahang;
(c) tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Negeri Pahang, seseorang di luar negeri Pahang ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
(d) dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, kemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di Negeri Pahang.

(2) Tertakluk kepada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu hendak dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.

Contoh Permohonan itu adalah dibawah ini:

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

PERMOHONAN (EX-PARTE)
[Subseksyen 13(1), 52 dan 54
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002]

Ambil perhatian bahawa AAAA BINTI BBBB Plaintif yang dinamakan diatas akan memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lipis pada hari           pada     haribulan                      2013 pukul
pagi/petang untuk mendapatkan suatu Perintah bahawa:-

i.             Penyampaian Saman dan Pernyataan Tuntutan dalam tindakan ini diluar bidang kuasa tempatan Mahkamah ini keatas Defendan dibenarkan untuk dilaksanakan oleh Plaintif dialamat Defendan di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan; dan/atau

ii.           Lain-lain relif atau Perintah yang Mahkamah ini rasakan sesuai.

Alasan-alasan permohonan adalah sepertimana yang dinyatakan didalam Afidavit yang dilampirkan. 

Bertarikh pada     haribulan Jun 2013.

                                                                                                ....................................
             Peguam Syarie Plaintif

PERMOHONAN ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.


DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

AFIDAVIT

Saya RRRR [KPPN NO: ------] yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

1.   Bahawa saya telah diarahkan Plaintif dengan sempurnanya untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pehaknya selaku Peguam Syarie. Plaintif ingin memfailkan suatu tindakan untuk menuntut pembayaran mut’ah terhadap Defendan yang beralamat di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tempat tersebut adalah disatu kawasan diluar bidangkuasa Mahkamah Yang Mulia ini.

2.   Bahawa saya sesungguhnya percaya bahawa Defendan adalah satu pihak yang perlu dan patut dalam tindakan tersebut selaku pihak yang terlibat. Plaintif dengan itu tidak dapat meneruskan tindakan ini dengan wajar terhadap Defendan jika Saman dan dokumen yang diperlukan dalam tindakan ini tidak dapat diserahkan terlebih dahulu keatas Defendan.

3.   Saya bagi pehak Plaintif dengan ini memohon agar suatu Perintah dibawah sub-seksyen 52 dan 54 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah supaya Saman dan proses yang berkaitan dengannya keatas Defendan dapat diserahkan dan disempurnakan diluar bidangkuasa tempatan Mahkamah ini.

Di ikrarkan pada    haribulan Jun 2013             ]
di                                                                        ]               
oleh RRRR                                                           ]

Dihadapan saya


……………………………….
Hakim/Pendaftar

AFIDAVIT ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Contoh Deraf Perintah: 

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

DI HADAPAN YANG ARIF  HAKIM
TUAN .....................................
HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH                       
KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR                       DALAM KAMAR
PADA     HARIBULAN JULAI 2013

[DRAF] PERINTAH UNTUK PENYAMPAIAN DILUAR BIDANGKUASA

PERMOHONAN INI setelah dipanggil pada pada hari ini untuk perbicaraan dan didalam kehadiran Peguam Syarie Plaintif Encik RRRR dan secara ex-parte dan setelah meneliti permohonan Plaintif serta dokumen yang difailkan

MAKA ADALAH PADA HARI INI DIPERINTAHKAN bahawa Penyampaian Saman dan Pernyataan Tuntutan dalam tindakan ini diluar bidang kuasa tempatan Mahkamah ini keatas Defendan dibenarkan untuk dilaksanakan oleh Plaintif dialamat Defendan di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bertarikh pada    haribulan Julai 2012.


Deraf Perintah untuk kelulusan Tuan,


……………………………
Peguam Syarie Plaintif

Diluluskan,


-----------------------------
HAKIM / PENDAFTAR

         PERINTAH (Deraf) ini telah difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Walaupun pada asalnya Permohonan Untuk Kebenaran Penyerahan Saman Luar Bidangkuasa di dengar di hadapan Hakim namun kuasa ini boleh di turunkan oleh Hakim kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar demi untuk mempercepatkan proses serahan Saman. Kuasa ini di berikan oleh Arahan Amalan No. 16 tahun 2002. Berikut ialah arahan amalan tersebut:

 Arahan Amalan No. 16 Tahun 2002
Penyerahan Saman Luar Kawasan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerimapakai arahan amalan berhubung tindakan penyerahan saman diluar bidangkuasa, Pendaftar dan Penolong Pendaftar bolehlah diperturunkan kuasa bagi mengeluarkan arahan berkaitan dengan perkara tersebut bagi menyegerakan prosiding kes.

Arahan amalan ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2002

viii. Bayaran Pendaftaran (ditentukan semasa pendaftaran) – di negeri Pahang bayaran ini di panggil fi Mahkamah dan ada di tetapkan di dalam Jadual Pertama KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005.

Kaedah 2. Fi Mahkamah
Fi Mahkamah hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

JADUAL PERTAMA
FI MAHKAMAH

No.
Butiran
Fi MRS
(RM)
Fi MTS
(RM)
Catatan
Am
1.
Apabila memeteraikan saman untuk memulakan tindakan atau memfaikan tuntutan balas, jika -
(a) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang tidak melebihi RM100,000.00;
25.00
(b) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang melebihi RM100,000.00.
50.00
6
Apabila memfailkan notis kehadiran/ wakalah bagi setiap orang.
5.00
10.00
7
Apabila memeteraikan notis permohonan 
interlokutori.
10.00
20.00
8
Apabila memohon penyampaian proses
atau notisnya di luar bidang kuasa.
20.00
20.00
Saman
12
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa perintah yang dibuat dalam Kamar.
10.00
20.00
13
Apabila mencatatkan atau memeteraikan penghakiman atau perintah yang diberikan, diarahkan atau dibuat dalam perbicaraan, pendengaran atau pertimbangan lanjut sesuatu kausa atau perkara dalam Mahkamah.
25.00
50.00
14
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa penghakiman atau perintah lain di mana tiada fi diperuntukkan dengan khususnya.
10.00
20.00
32
Apabila memfailkan afidavit atau afidavit tambahan, bagi setiap orang yang membuatnya.
3.00
3.00


Dan bagi setiap ekshibit yang dikehendaki ditandakan.
1.00
1.00

34.
Bagi setiap percubaan untuk menyampaikan kepada setiap orang akan apa-apa proses atau prosiding yang dikehendaki disampaikan oleh Mahkamah.
2.00
2.00

35.
Dan jika lebih daripada 3 kilometer dari Mahkamah bagi tiap-tiap kilometer tambahan.
2.00
2.00







Setelah semua dokumen dan maklumat diatas di serah di kaunter Mahkamah untuk tujuan pendaftaran maka proses selanjutnya ada di nyatakan di dalam seksyen 10 enakmen yang memperuntukan seperti berikut:

Seksyen 10. Pengeluaran dan penyampaian
(1) Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan—
(a)  jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
(b)  jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah diperlukan,

Pendaftar hendaklah memberikan suatu nombor bersiri padanya, memeteraikan, menandatangani dan mengeluarkannya.

(2)   Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.

Rujukan kes kepada Pegawai Sulh oleh Pendaftar Mahkamah semasa peringkat pendaftaran kes

Setelah Saman tuntutan mut’ah itu di daftarkan proses selanjutnya ialah kes tersebut di rujuk kepada Pegawai Sulh untuk tujuan penyelesaian tuntutan diantara pihak-pihak yang bertikai. Ini adalah terpakai bagi Mahkamah yang mempunyai Pegawai sulh. Jika tiada Pegawai sedemikian maka prosesnya adalah seperti kes biasa yakni Saman yang telah dimeteraikan akan di kembalikan kepada Peguam Syarie Plaintif ataupun jika Plaintif bertindak bersendirian maka proses serahan Saman akan di laksanakan oleh Plaintif ataupun oleh Penyampai Saman Mahkamah yang berkenaan.

Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ada mengeluarkan Arahan Amalan No. 1 tahun 2010 mengenai proses Sulh ini.

 ARAHAN AMALAN NO. 1 TAHUN 2010
Penentuan Kes Yang Perlu Dirujuk Ke Majlis Sulh
Pada Peringkat Pendaftaran Kes
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2010 pada 14 Sya’ban, 1431H bersamaan 26hb. Julai 2010 telah bersetuju dan mengesahkan bahawa kes-kes yang dinyatakan di bawah ini perlu dirujuk ke Majlis Sulh semasa peringkat pendaftaran kes di Mahkamah Syariah.

009 - Tuntutan Gantirugi Pertunangan
016 - Tuntutan Muta’ah
017 - Tuntutan Harta Sepencarian
018 - Tuntutan Nafkah Isteri
019 - Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
020 - Tuntutan Cagaran Nafkah
021 - Tuntutan Nafkah Eddah
022 - Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
023 - Tuntutan Tunggakan Nafkah
024 - Tuntutan Nafkah Anak
025 - Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
026 - Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
028 - Tuntutan Hadhanah
049 - Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
059 - Tuntutan Hak Tempat Tinggal
060 - Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
062 - Tuntutan Isteri Kembali Taat
063 - Tuntutan Mas Kahwin

2 Bagi kes-kes ex-parte (interim) tidak perlu melalui proses Sulh.

3. Bagi kes-kes yang telah melalui proses pengantaraan di Jabatan Bantuan Guaman Malaysia tidak perlu dirujuk ke Majlis Sulh pada peringkat pendaftaran

4. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2000, No. 9 Tahun 2003, No. 14 Tahun 2004 dan No. 14 Tahun 2005 adalah berkaitan.

Arahan ini berkuatkuasa mulai 30 Julai 2010.

Proses Sulh ini tidak akan di bincangkan dalam posting kali ini. Namun secara ringkasnya memadai di nyatakan bahawa sekiranya pihak-pihak suami-isteri tersebut bersetuju dan mencapai kata sepakat terhadap tuntutan mut’ah yang berkenaan maka kes tersebut tidak akan dibicarakan dan pihak-pihak akan memasuki Perjanjian Penyelesaian Sulh dan kemudian di rakamkan di hadapan Hakim sebagai Penghakiman Persetujuan. Penghakiman sedemikian menjadi muktamad - lihat peruntukan seksyen 131 dan seksyen 94 enakmen sebagaimana dibawah ini.

Seksyen 131. Penghakiman persetujuan
Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak, termasuklah sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada bila-bila masa.

Seksyen 94. Penyelesaian tindakan

Jika dengan persetujuan pihak-pihak sesuatu tindakan telah diselesaikan, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan persetujuan pihak-pihak itu merekodkan hakikat penyelesaian itu dengan terma-termanya, dan rekod penyelesaian itu hendaklah menjadi pembelaan dengan cara res judicata dalam tindakan kemudiannya bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matanya adalah sama.



1 ulasan:

  1. Electronic Arts has already announced that EA Play members will be able to play the Madden 22 Coins Early Access trial starting on August 12. Those members will also receive 10% off of their preorder, as well as other perks including a Launch Welcome Pack in Madden Ultimate Team, monthly Ultimate Team Pack rewards, and eligibility for a Madden Veteran Bonus based on the number of previous years played.

    BalasPadam