Di negara Qatar peruntukan mengenai tuntutan
mut’ah ada terkandung di dalam Undang-Undang Keluarga Qatar No. 22 tahun 2006.
Di bawah perundangan ini semua isteri yang di
ceraikan berhak mendapat bayaran mut’ah dari bekas suaminya. Namun hak tersebut
hilang atau gugur apabila berlaku ataupun terdapatnya faktor-faktor atau
sebab-sebab tertentu yang berikut:
a.
Perceraian
itu berlaku disebabkan oleh kesalahan dari pihak isteri seperti aib dsb;
b.
Jika
perceraian itu atas sebab suami tidak memberi nafkah atas sebab kepapaan suami;
atau
c. Lain-lain
sebab yang sah disisi Hukum Syarak yang menggugurkan serta menghilangkan hak
tersebut.
Kadar mut’ah yang dianugerahkan oleh Mahkamah pula
ditetapkan di bawah perundangan Qatar sebagai tidak melebihi kadaran jumlah
nafkah selama tiga tahun. Asas pengiraan kadar jumlah mut’ah itu adalah
berdasarkan kemampuan kewangan suami.
Berikut ialah peruntukan Perkara 115 Undang-Undang
Keluarga No. 22 tahun 2006 Qatar:
Article 115
A divorced woman shall be entitled to
enjoyment compensation if the divorce is made by the husband without any fault
on her part.
A divorce for non-support due to
insolvency of the husband shall be exempted from the provisions of the
preceding paragraph.
Enjoyment compensation shall be assessed
based on the wealth of the husband and the status of the wife and shall not
exceed three years of her alimony.
Peruntukan Perkara 115 ini tidaklah exhaustive. Ia
masih tertakluk kepada Hukum Syarak.
Perkara 3 Undang-Undang No. 22 tahun 2006 Qatar
memberi ruang kepada pemakaian pendapat yang dominan dari Mazhab Hanbali
sebagai sumber hukum tambahan kepada Mahkamah dalam menafsirkan dan membuat
keputusannya. Jika tiada terdapat pandangan Mazhab Hanbali di dalam isu yang di
bicarakan itu Mahkamah bolehlah menggunapakai pandangan-pandangan Mazhab Sunni
yang lain. Walaupun istilah ‘4 mazhab Sunni yang lain’ digunakan dalam
peruntukan Perkara 3 namun tiada tafsiran maksud istilah/rangkaikata ‘4 mazhab
Sunni yang lain’ itu dalam perundangan Qatar ini. Namun begitu Mahkamah masih
mempunyai pilihan untuk menggunapakai kaedah-kaedah umum yang terdapat dalam
jurisprudens Islam yakni kaedah qawa’id fiqiyyah sekiranya Mahkamah
berpandangan bahawa masih tiada teks pandangan-pandangan dari mazhab-mazhab
Sunni ini yang dapat membantunya untuk membuat keputusan yang memuaskan
terhadap isu yang perlu diputuskannya.
Berikut ialah peruntukan Perkara 3 Undang-Undang
Keluarga No. 22 tahun 2006 Qatar:
Article 3
Unless provided by this Law, or otherwise
decided by the Court, the prevailing view in the Hanbali School shall be
followed. If no such prevailing opinion in the Hanbali School is to be
found on a situation not specifically provided for in this Law, the judge may
apply as deemed appropriate the views of the other four Sunni Schools. The
judge can apply the general rules of jurisprudence in Islamic Sharia if all the
above recourses, in the order stated above, are unable to reach a satisfactory
outcome.
Di Qatar, Undang-Undang Keluarga No. 22 tahun 2006
ini terpakai kepada semua orang dari kalangan pengikut Mazhab Hanbali. Bagi
pengikut Mazhab Islam yang lain mereka pula tertakluk kepada pendapat/pandangan
Mazhab mereka masing-masing. Namun sekiranya pihak-pihak yang bukan bermazhab
Hanbali ingin memohon untuk menerima pakai perundangan No. 22 tahun 2006 dalam
pertikaiannya di Mahkamah. Ini di peruntukan dibawah Perkara 4 Undang-Undang
Keluarga Qatar tahun 2006.
Perkara 4 Undang-Undang Keluarga Qatar memperuntukan:
Article 4
This Law shall apply to those subjected to
the Hanbali School of Thought. Others shall be subject to their provisions.
Family matters of non-Muslim parties shall be subject to their own provisions.
The provisions of this Law shall be applicable, in all cases, to those who
request its application or are of different religions or schools.
This law shall apply to those subjected to
the Hanbali School of Thought. Those subjected to other schools of
thoughts and/or non-Muslim jurisprudence shall be subjected to provisions of
their respective Schools of Thought and/or non-Muslim jurisprudence. The
provisions of this law shall in all cases be applicable to those who request
its application or are of different religions or schools.
Qatar (Bahasa Arab: دولة
قطر Dawlah Qatar) adalah salah sebuah Negeri
di Telok Parsi. Sebahagian dari kawasannya terletak bersempadan dengan Arab
Saudi di selatan manakala bahagian yang lainnya kelilingi oleh Teluk Parsi. Terdapat
satu selat di Teluk Parsi yang memisahkan Qatar dari negara Bahrain.
Qatar telah diperintah secara mutlak dan
turun-temurun oleh keluarga diraja Al Thani semenjak pertengahan kurun ke-19. Asalnya Qatar adalah sebuah negeri yang paling
miskin di Teluk Parsi. Tanahnya gersang dan aktiviti utama ekonominya adalah
sebagai pencari mutiara. Ia adalah sebuah negeri naungan British sehingga ia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1971. Sejak itu Qatar telah menjadi salah satu
negeri terkaya di rantau Telok apabila mendapat penemuan hasil pengeluaran
minyak dan gas asli yang sangat besar. Pada tahun 1995, Sheikh Hamad bin
Khalifa Al Thani menjadi Emir memerintah Qatar selepas berjaya menggulingkan
ayahandanya Khalifa bin Hamad Al Thani melalui rampasan kuasa coup d'etat.
Warganegara Qatar adakah kecil dan tidak sampai
250,000 orang. Jumlah pekerja asing di Negara Qatar adalah jauh lebih besar
dari warga Qatar sendiri. Ekspatriat asing itu adalah dari negara-negara Arab
yang lain (seramai 13% daripada keseluruhan penduduk di Qatar); dari benua
kecil India (India 24%, Nepal 16%, Bangladesh 5%, 4% Pakistan, Sri Lanka 5%); dari Asia Tenggara (Filipina 11%); dan dari
negara-negara lain (7%).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan