Republik Yaman telah
di tubuhkan pada 22.05.1990 dengan penyatuan kerajaan Yaman Utara dengan Yaman
Selatan. Bahasa rasminya adalah Bahasa Arab. Penduduknya lebih kurang 55%
adalah dari kalangan Sunnah wal Jamaah Mazhab Shafi’I dan lebihkurang 45%
adalah dari Mazhab Shiah Zaidiyyah dan pengikut Mazhab Ismaili sebagai minoriti
kecil.
Perundangan mengenai bayaran
mut’ah di Negara Yaman ini menetapkan kadar serta had maksima bayaran mut’ah
dan cara bayaran mut’ah kepada bidangkuasa hakim Mahkamah. Bayaran mut’ah ini
di rujuk sebagai ta’wid di Negara Yaman. Namun istilah ta’wid ini adalah sama
sahaja dengan maksud mut’ah, mutaah mahupun mata’a dan seumpamanya. Istilah ini
semua merujuk kepada falsafah konsep pembayaran/pemberian saguhati oleh suami
kepada isteri yang diceraikan olehnya sebagaimana yang telah di terangkan dalam
posting-posting yang lalu.
Had maksima kadar mut’ah adalah
bersamaan dengan sejumlah yang tidak melebihi kadaran nafkah selama setahun
menurut kadaran nafkah isteri-isteri orang lain yang setara dengan isteri yang
diceraikan itu. Cara pembayaran boleh diperintahkan untuk dibayar secara
sekaligus ataupun melalui ansuran bulanan dan terpulang kepada pertimbangan
Mahkamah.
Ini berbeza dengan Negara
Malaysia di mana kadar dan had maksima jumlah bayaran mut’ah tiada ditetapkan.
Formula pengiraan jumlah mut’ah juga tiada ditetapkan mahupun di gariskan
dengan lebih terperinci di Malaysia. Oleh itu berlakulah beberapa jenis formula
yang di lakukan oleh Mahkamah Syariah di Negara ini. Lihat posting blog ini
yang lalu mengenai beberapa kaedah dan formula yang telah digunakan dan sedang
digunakan di Mahkamah Syariah Malaysia. Maka tidak hairanlah tuntutan ‘mega’
jumlah mut’ah kini berlaku di Malaysia seolah-olah perceraian itu menuntut
harga yang amat keterlaluan di dalam sistem perundangan Islam di Malaysia.
Menurut Perkara 71
Undang-Undang Status Peribadi Yemen [Dikri No. 20 tahun 1992] :
Jika
seseorang lelaki menceraikan isterinya dan ternyata kepada hakim bahawa suami
telah sewenang-wenangnya dalam menceraikan mereka tanpa sebab yang baik, dan
isterinya akan mengalami kesusahan dan kemiskinan dari perceraian itu, maka kadi
boleh memerintahkan supaya lelaki/suaminya itu membayar pampasan (ta’wid)
kepada isterinya itu mengikut kes dan takat kesembarangan penceraian, dengan
syarat jumlah ta’wid tersebut tidak melebihi jumlah nafkah setahun (nafkah
menurut kadar yang dialami oleh para isteri yang sepertinya), disamping bayaran
untuk nafkah bagi tempoh ‘idda. Hakim juga boleh memerintahkan agar pembayaran itu
dibuat secara sekaligus atau secara ansuran bulanan mengikut keadaan
kesesuaian.
Yemen Law of Personal Status [Decree No. 20 of 1992]
Article
71:
If
a man divorces his wife and it appears to the judge that the husband was
arbitrary in divorcing her without good reason, and that the wife will suffer
distress and poverty from this, the qadi may award her compensation (ta’wid)
against her divorcer according to the case and the extent of arbitrariness, provided
this does not exceed the amount of one year’s maintenance for her peers,
besides maintenance for the ‘idda period. The judge may require the payment
to be made in a lump sum or in monthly [instalments] according to the
circumstances.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan