Bagi setiap Negeri-Negeri di Malaysia
masing-masing kini mempunyai peruntukan mengenai tuntutan mut’ah secara asas.
Kesemuanya mempunyai tafsiran makna mut’ah didalam perundangan masing-masing sebagaimana
yang diperuntukan didalam seksyen 2 mereka. Kesemuanya juga merujuk kepada
maksud istilah mut’ah disisi Hukum Syarak atau undang-undang Islam.
Penulisan blog kali ini adalah suatu catatan
nota ringkas saya mengenai perkara berikut menurut peruntukan Undang-Undang
Keluarga Islam setiap negeri di Malaysia ketika ini:
i.
Makna perkataan “mut’ah” mengikut peruntukan statutnya;
ii. Mengenai
bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam memerintahkan pembayaran mut’ah; dan
iii. Tafsiran makna perkataan “Hukum Syarak” mengikut peruntukan statutnya.
Jika diteliti kesemua peruntukan
undang-undang tersebut memang terdapat persamaan dan juga terdapat perbezaan
antara satu sama lain. Namun secara umumnya perbezaan yang ujud tidaklah
mempunyai signifikan yang besar kerana pada dasarnya kesemuanya masih tertakluk
kepada Hukum Islam. Oleh itu keputusan Mahkamah Syariah dalam mana-mana negeri
di Malaysia masih boleh dijadikan panduan untuk negeri yang lain di Malaysia.
Tidak ada masalah.
Ingin dinyatakan disini bahawa perkataan ‘Hukum
Syarak’ yang dirujuk dalam tafsiran mut’ah bagi Negeri-Negeri di Malaysia
[selain Terengganu, Perlis, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Sarawak] mengikut
seksyen 2 statut Negeri-Negeri tersebut adalah ditafsirkan sebagai:
Hukum Syarak yang dimaksudkan mengikut mana-mana satu dari
pandangan Mazhab Shafie, Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali.
Perkataan Hukum Syara’ yang dirujuk dalam
tafsiran mut’ah bagi Negeri Terengganu pula tiada ditafsirkan oleh statutnya.
Perkataan Hukum Syarak yang dirujuk dalam
tafsiran mut’ah bagi negeri Perlis mengikut seksyen 2 statutnya adalah ditafsirkan
sebagai: Undang-undang Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah
Rasul Allah S.W.T.
Perkataan Hukum Syarak yang dirujuk dalam
tafsiran mut’ah bagi Wilayah Persekutuan mengikut seksyen 2 statutnya adalah ditafsirkan
sebagai: Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab
yang diiktiraf.
Negeri Sarawak pula menggunakan syarat ‘Undang-Undang
Islam’ kepada makna mut’ah dan tafsirannya adalah di seksyen 2 statutnya iaitu:
"Undang-Undang Islam" ertinya Undang-Undang Islam
mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau
Hanafi sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis.
Berikut ialah peruntukan-peruntukan
serta undang-undang yang berkaitan bagi kesemua negeri yang dinyatakan diatas.
1. AKTA 303 - AKTA UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
Perkataan mut’ah bagi Wilayah Persekutuan
mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi
negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 56 Akta tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang
diceraikan tanpa sebab yang patut
Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh
memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh,
selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu
telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah
wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen
2 dan seksyen 56 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum
Syara” ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;
2. ENAKMEN 17 TAHUN 2003
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
Perkataan mut’ah bagi Negeri Johor mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa dan
memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58
Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Fasal 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan.
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah
boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa
perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki,
Hanafi atau Hanbali;
3. ENAKMEN 11 - ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
Perkataan mut’ah bagi Negeri Kedah mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan untuk memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia
diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian sagu hati
kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah
boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa
perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi,
Maliki atau Hanbali;
4.
ENAKMEN 6 TAHUN 2002
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002 (kelantan)
Perkataan mut’ah bagi Negeri Kelantan
mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh
memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki,
Hanafi atau Hambali;
5. ENAKMEN 12 TAHUN 2002
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
Perkataan mut’ah bagi Negeri Melaka mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian sagu hati
kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau
pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar
pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan
tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar apa-apa jumlah wang yang
wajar dan adil mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki,
Hanafi atau Hambali;
6. ENAKMEN 11 TAHUN 2003
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
Perkataan mut’ah bagi Negeri Sembilan
mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang
diberikan dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian sagu hati
kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh
memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami supaya membayar sejumlah wang yang adil dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab
Hambali, Hanafi atau Maliki;
7.
ENAKMEN 3 TAHUN 2005
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005 (PAHANG)
Perkataan mut’ah bagi Negeri Pahang mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa Mahkamah
dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh
seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah
boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan
itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar
sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki,
Hanafi atau Hambali;
8. ENAKMEN 3 - ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
Perkataan mut’ah bagi Negeri Pulau Pinang
mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon
nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh
suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki,
Hanafi atau Hambali;
9. ENAKMEN 6 TAHUN 2004
- ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
Perkataan mut’ah bagi Negeri Perak mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
"mut'ah"
ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian sagu hati
kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh
memohon mut'ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah
boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa
perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan supaya
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
"Hukum
Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut
mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali
10. ENAKMEN 4 TAHUN 1992
- ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991 (PERLIS)
Perkataan mut’ah bagi Negeri Perlis mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
"mutaah"
ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 56 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 56. Mutaah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain dari haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mutaah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah
boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa
perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 56 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
"Hukum
Syarak" ertinya Undang-undang Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul
Allah S.W.T.
11.
ENAKMEN 8 TAHUN 2004
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004 (SABAH)
Perkataan mut’ah bagi Negeri Sabah mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
"Hukum
Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut
mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi, atau Hanbali
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian sagu hati
kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut'ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
"mut'ah"
ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
12.
ORDINAN 43 TAHUN 2001
- ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2001 (SARAWAK)
Perkataan mut’ah bagi Negeri Sarawak mengikut
seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
"mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari
segi Undang-Undang Islam kepada isteri yang diceraikan
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 56 Ordinan tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 56. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh
memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Undang-Undang
Islam.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 56 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
"Undang-Undang
Islam" ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Syafie atau mengikut
mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang diputuskan
oleh Majlis;
Menurut seksyen 2 Ordinan tafsiran "Majlis"
ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Majlis
Islam Sarawak, 2001 [Bab 41];
13.
ENAKMEN 2 TAHUN 2003
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
Perkataan mut’ah bagi Negeri Selangor
mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
“mut’ah” ertinya
bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah
boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa
perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:
“Hukum Syarak” ertinya
Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki,
Hanafi atau Hanbali;
14. ENAKMEN 12 TAHUN 1985
- ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 1985
Perkataan mut’ah bagi Negeri Terengganu
mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:
"mut'ah" ertinya pemberian
saguhati yang diberi menurut Hukum Syara' kepada isteri yang diceraikan;
Mengenai bidangkuasa
Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan
oleh seksyen 55 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:
Seksyen 55. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain dari haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut menurut Hukum Syara'.
Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam
seksyen 2 dan seksyen 55 diatas tiada ditafsirkan didalam perundangan negeri
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan