Sabtu, 13 April 2013

Peruntukan undang-undang di Singapura mengenai tuntutan MUT'AH.


Laman web Mahkamah Syariah Singapura adalah: http://www.muis.gov.sg



BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah Syariah Singapura mempunyai bidang kuasa yang tertentu sahaja dalam menerima aduan dan membicarakan kes pengaduan. Bidang kuasa ini diperuntukkan dalam seksyen 35 Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) Singapura yang menyatakan:

35 (1 ) - Mahkamah ini akan mempunyai kehakiman di seluruh Singapura

35 (2) - Mahkamah akan mendengar dan memutuskan segala tindakan-tindakan dan perkara-perkara dalam mana semua pihak yang terlibat adalah orang-orang Islam atau di mana pihak-pihak yang terlibat telah berkahwin menurut syarat-syarat dalam hukum Islam dan tindakan-tindakan dan perkara-perkara itu terbit daripada pertikaian berkaitan dengan :

             i.       Perkahwinan;
ii.      Perceraian yang diketahui dalam hukum Islam sebagai Fasakh, Cerai Taklik, Khulu' dan Talak.
iii. Pertunangan, tidak sahnya perkahwinan atau perpisahan menerusi kuasa kehakiman.
iv.    Pemberesan atau pembahagian harta manakala bercerai atau
v.       Pembayaran maskahwin, nafkah dan mut'ah.

Mut'ah ialah pemberian kepada bekas isteri sebagai hadiah saguhati perceraian di bawah seksyen 52 (3) (b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA).

Rencana ringkas dalam laman web tersebut diatas menyatakan:

Mut'ah itu boleh berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mut'ah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.

Dalam Islam pemberian Mut'ah ini bertujuan:

1.   Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.

2.   Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mut'ah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.

3.   Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.

Mengenai tuntutan mut’ah diperturunkan disini peruntukan seksyen 52 dan 53 AMLA tersebut dalam bahasa Inggeris yang diambil terus dari statut yang berkenaan:


52. Provisions consequent on matrimonial proceedings

(1)  ...
(2)  A woman who has been divorced by her husband may apply to the Court for a consolatory gift or mutaah and the Court may, after hearing the parties, order payment of such sum as may be just and in accordance with the Muslim law.
(3)  The Court may, at any stage of the proceedings for divorce or nullity of marriage or after making a decree or order for divorce or nullity of marriage, or after any divorce has been registered under section 102 before 1st March 2009, on the application of any party, make such orders as it thinks fit with respect to —

(a) the payment of emas kahwin and marriage expenses (hantaran belanja) to the wife;
(b)  the payment of a consolatory gift or mutaah to the wife;
(c)   ...; and
(d)   ...

53. Enforcement of order

(1)  Where the Court has made any of the following orders, whether before, on or after 1st March 2009, such order may be treated as a maintenance order made by a District Court under the Women’s Charter (Cap. 353), including a maintenance order for the purposes of Part IX of the Women’s Charter, solely for the purpose of the enforcement of that order by the District Court:
(a) ...
(b) an order for the payment of a consolatory gift or mutaah under section 52(2) or (3)(b);
(c)  ...

(2)  ...
(3)  For the purposes of subsection (1), the provisions of the Women’s Charter (Cap. 353) shall apply, with the necessary modifications, to the enforcement of any order of the Court referred to in that subsection by the District Court. [29/2008]
(4)  A District Court shall have jurisdiction to enforce any order in accordance with this section regardless of the monetary amount involved. [20/99; 29/2008]
(5)  ...
(6)  Where, on or after the commencement of proceedings in a District Court for the enforcement of an order made by the Syariah Court pursuant to subsection (1) or (2), a party aggrieved by that order has made any application under section 55 or commenced any proceedings in any court affecting that order, the District Court may, on its own motion or on the application of any party, stay the proceedings for the enforcement of that order on such terms as it thinks fit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan