Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam)
1999 adalah merupakan undang-undang yang khusus memperuntukan tuntutan mut’ah
di negara Brunei. Jika Malaysia menggunakan perkataan seksyen negara Brunei
menggunakan istilah bab bagi peruntukan didalam undang-undang bertulisnya itu. Manakala
istilah ceraian digunakan pula untuk merujuk kepada perkataan sub-seksyen yang
digunakan di Malaysia.
Menurut bab 2 (1) Perintah Darurat (Undang-Undang
Keluarga Islam) 1991 tersebut ditakrifkan mut’ah itu sebagaimana berikut:
Mut’ah
bermakna pemberian yang wajib keatas suami kepada jandanya mengikut Hukum Syara’.
Menurut bab 2 (1) itu juga Hukum Syara’ diberikan
takrifnya seperti berikut:
Hukum
Syara’ bermakna hukum-hukum menurut mana-mana mazhab yang sah pada pendapat
Mahkamah.
Bidangkuasa Mahkamah untuk mengeluarkan Perintah
terhadap suami untuk membayar mut’ah kepada jandanya ada diperuntukan oleh bab
57 Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1991 sebagaimana berikut:
57.
Pemberian saguhati kepada perempuan
Selain
dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan
oleh suaminya, boleh memohon pemberian saguhati (mut’ah) kepada Mahkamah, dan
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati
bahawa perempuan itu telah diceraikan, memerintahkan suami supaya membayar
sejumlah wang sebagaimana yang mungkin wajar dan patut mengikut Hukum Syara’.
Bayaran mut’ah tersebut tidak memberi kesan
mahupun menggugurkan hak janda itu kepada apajua bahagian mengenai mas
kahwinnya, belanja dan pemberian. Ini dinyatakan didalam bab 58 perundangan
tersebut yang memperuntukan:
58.
Hak terhadap mas kahwin dan sebagainya tidak akan terjejas
Tiada sebarang
apa pun yang terkandung dalam Perintah ini boleh menjejaskan apa-apa hak yang
mungkin ada pada seseorang isteri dibawah Hukum Syara’ terhadap mas
kahwinnya, belanja dan pemberian kepadanya atau mana-mana
bahagian mas kahwin, belanja dan pemberian itu apabila
perkahwinannya dibubarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan