Prosiding Hiwalah (Garnishmen)
Satu lagi relif yang boleh di
gunakan (jika sesuai) untuk melaksanakan perintah Mut’ah adalah dengan
mengadakan prosiding hiwalah kerana dalam prosiding Hiwalah/Garnishmen : apa-apa hutang yang terhutang kepada Defendan
daripada mana-mana orang lain, atau apa-apa harta alih kepunyaan Defendan yang
ada dalam kawalan atau milikan pihak ketiga seperti wang dalam bank yang ada
kredit Defendan, boleh ditahan oleh Mahkamah melalui Bailif Mahkamah untuk
pembayaran kepada Plaintif. Ini dikenali sebagai perintah garnishee/hiwalah.
Tidak perlu perintah garnishee ini dijadikan sementara (nisi) terlebih dahulu
tetapi wang tahanan tersebut akan
dibayar secara terus kepada Plaintif. Defendan disini bermaksud suami yang di
namakan di dalam prosiding tuntutan mut’ah di mana Perintah bayaran mut’ah
telah dikeluarkan Mahkamah. Plaintif adalah bermaksud isteri yang membuat
tuntutan mut’ah dalam prosiding tuntutan mut’ah yang tersebut itu.
Aburrahman Al-Jaziri dalam
kitab al-Fiqh ‘Ala Madzahib al-Arba’ah, hlm. 210 berpendapat bahawa yang
dimaksud dengan hiwalah menurut bahasa ialah
اَلنَّقْلُ مِنْ مَحَلٍّ إِلَى مَحَلِّ iaitu“Pemindahan dari satu tempat ke tempat yang lain.”
Dari segi istilah terdapat
beberapa tafsiran di berikan yang antara lain adalah seperti berikut :
1. Menurut Hanafiyah hiwalah ialah : نَقْلُ الْمُطَالَبَةِ
مِنْ ذِمَّةِالْمَدْيُوْنِ إِلَى ذِمَّةِ الْمُلْتَزَمِ -“Memindahkan
tagihan dari tanggung jawab yang berhutang kepada yang lain yang punya tanggung
jawab kewajiban pula.”
2. Al-Jaziri berpendapat bahawa hiwalah ialah : نَقْلُ الدَّيْنِ مِنْ ذِمَّةٍ إِلَى ذِمَّةٍ -“Perpindahan hutang dari tanggung jawab seseorang menjadi
tanggung jawab orang lain.”
3. Syihab Al-Din Al-Qalyubi dalam Qulyubi wa Umaira, Dar al-Ihya- al-Kutub al-Arabiyah Indonesia,
tth. 318 berkata bahawa hiwalah ialah: عَفْدٌ يَقْتَضِى
اِنْتِقَالَ دَيْنٍ مِنْ ذِمَّةٍ إِلَى ذِمَّة-“Akad
yang menetapkan pemindahan beban hutang dari seseorang kepada yang lain.”
4. Ibrahim Al-Bajuri dalam ‘Usaha Keluarga’, Semaran g. Tth. Hlm.
376 berpendapat bahawa hiwalah ialah : نَقْلُ الْحَقَّ
مِنْ ذِمَّةِ الْمُحِيْلِ إِلَى ذِمَّةِ الْمُحَالِ عَلَيْهِ - “Pemindahan
kewajipan dari beban yang memindahkan menjadi beban yang menerima pemindahan.”
5. Taqiyuddin dalam kitab Kifayah
al-Akhyar, hal. 274, berkata bahawa hiwalah ialah : اِنْتِقَالُ الدَّيْنِ
مِنْ ذِمَّةٍ إِلَى ذِمَّةٍ -“Pemindahan hutang dari beban seseorang menjadi beban orang lain.”
Nas-nas berikut adalah
menjadi sandaran kepada tindakan membenarkan proses hiwalah:
1. Firman Allah dalam surah albaqarah yang
bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara
tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar”
2. Hadits yang
di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللّه عَنْهَ اَنَّ رَسُوْلَ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَطْلُ
الغَنِيِّ ظُلْمٌ فَإِذَا أَتْبَعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِيءٍ فَلْيَتَّبِعْ
Bermaksud:
"... Menunda (pembayaran hutang) oleh orang yang mampu membayar itu adalah
suatu penganiayaan. Apabila salah seorang di antara kamu hutangnya dilimpahkan
kepada orang yang mampu, hendaklah kamu menerima”.
3. Ijma’ para
ulama bahawa hiwalah boleh dilakukan.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hiwalah dalam Kaedah fiqh
Salah
satu kaedah asas kepada kaedah fiqh ialah bahaya atau mudharat hendaklah di
hapuskan الضرر يزال
Kaedah
ini bermaksud bahawa apabila kenudharatan telah terjadi kemudhadaratan itu
wajib di hilangkan. Ia juga membawa maksud bahawa sesuatu yang mendatangkan
bahaya/kemudharatan hendaklah di hapuskan dan perkara yang memudharatkan itu
hendaklah juga di hapuskan sama [lihat 209 Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal
Ila al-Qawa’id al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, hlm. 92; Ibn Nujaym, al-Asybah
wa al-Naza’ir, hlm. 92; Al-Syeikh Ahmad bin al-Syeikh Muhammad al-Zarqa’,
Syarh Al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, hlm. 179.]
Antara
cabang kecil kepada kaedah fiqhiyyah diatas adalah ‘hajat atau keperluan
menepati darurat (al-hajah tanzilu manzilatad dharurah)’. Ia
bermaksud bahawa Islam mengambilkira keperluan-keperluan hidup manusia dengan
memberi beberapa kemudahan agar segala keperluan hidup dianggap sebagai
dharurat yang perlu diselesaikan kerana tanpa kemudahan tersebut maka umat
akan menanggung masalah besar. Lantaran itu suatu sistem yang berkesan
serta cekap perlu diwujudkan demi menjamin kesejahteraan umat agar Islam terus
berkembang. Suatu metod dan konsep yang di panggil al hiwalah (pindahkan hutang
kepada sesorang lain yang mampu) perlu di ujudkan dalam sistem pelaksanaan
penguatkuasaan Perintah Mahkamah Syariah untuk mendapatkan bayaran penghakiman
jumlah mut’ah sekiranya suami enggan/cuai/abai membayarnya sebagaimana yang
telah di fardhukan oleh Mahkamah.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kedudukan Prosedur Prosiding Hiwalah dalam Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang 2002
Seksyen 159 (1) (b) Enakmen
memperuntukan bahawa harta alih Defendan (suami dalam kes melaksanakan Perintah
bayaran Mut’ah) yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (muhal
‘alaih) ataupun hutang yang kena di bayar oleh muhal ‘alaih kepada suami boleh
di perintahkan untuk di tahan oleh Bailif. Tindakan ini merupakan satu lagi
cara untuk menguatkuasakan Perintah mut’ah.
Seksyen 159. Jenis pelaksanaan
(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya
mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:
(a) ...;
(b) menahan harta alih penghutang penghakiman
itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada
ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal ‘alaih
kepada penghutang penghakiman itu;
(c) ... ; atau
(d) ...
|
Menurut seksyen 159 (3) enakmen, jenis pelaksanaan ini
tidak menghalang atau di halang oleh lain-lain pelaksanaan yang sedang
berkuatkuasa.
Seksyen 159. Jenis
pelaksanaan
(3) Mahkamah boleh, atas
permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, mengeluarkan suatu perintah
pelaksanaan selanjutnya berkenaan dengan harta yang berlainan atau cara
pelaksanaan yang berlainan daripada yang telah dinyatakan dalam perintah
pelaksanaan yang sedang berkuat kuasa.
|
Berikut pula ialah langkah-langkah (secara ringkas) untuk
di ikuti dalam proses mendapatkan pelaksanaan secara penahanan harta alih atau
hutang yang berkenaan:
i.
Dapatkan
kebenaran Mahkamah secara permohonan ex-parte yang disertakan dengan afidavit
yang memuaskan Hati Mahkamah bahawa pelaksanaan melalui hiwalah patut
dikeluarkan. Ini di nyatakan di dalam seksyen 154 (1)(d); 154 (2) dan 154 (3)
enakmen:
Seksyen 154. Kebenaran
untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan
(1) Sesuatu perintah
pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak
boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah —
(a) ...;
(b) ...;
(c) ...; (d) jika pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;
(e) ...;
(f) ...; atau
(g) ...
(2) Permohonan untuk
mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte,
tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada
mana-mana pihak atau orang tertentu.
(3) Mahkamah hendaklah, jika
Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan,
memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.
|
ii.
Setelah
kebenaran di perolehi, isteri/peguam syarienya hendaklah mematuhi kehendak
seksyen 155 enakmen iaitu memfailkan kepada Mahkamah suatu Borang 35 yang
lengkap.
Seksyen 155. Mengeluarkan perintah pelaksanaan
Tertakluk kepada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh mengemukakan
kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 35 dan
Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh
dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua
salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada
bailif bagi pelaksanaan.
|
JADUAL KETIGA - Borang MS 35
(Seksyen 155)
PERINTAH
PELAKSANAAN
(Tajuk Am)
Kepada Bailif,
Atas permohonan pemiutang penghakiman,
anda dengan ini diperintahkan supaya melaksanakan penghakiman bertarikh
.................. haribulan ............. 20 .......... yang diperoleh oleh
pemiutang penghakiman terhadap penghutang penghakiman yang butir-butirnya
ialah seperti yang berikut:
Amaun penghakiman ..........................................................
...............Kos
.......................................................................................................... Kos bagi perintah ini .......................................................................... Amaun yang kena dibayar ........................................................... Tarikh perintah yang memberikan kebenaran untuk pelaksanaan ................................... dan anda hendaklah melaksanakan penghakiman tersebut melalui mana-mana cara yang berikut:
(1)
............................................................................................................
(2) ............................................................................................................. (3) ............................................................................................................. dan bahawa selepas membayar fee yang ditetapkan dan perbelanjaan pelaksanaan (termasuk kos bagi permintaan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan dan kos melaksanakannya), membawa ke dalam Mahkamah apa-apa wang yang telah dilevikan dan dengan serta-merta mengembalikan perintah ini kepada Mahkamah.
Bertarikh pada
..................... haribulan .................. 20 ..........
.................. Pendaftar |
Borang MS 35 itu hendaklah mematuhi kehendak seksyen 159
(2) yang berikut:
(4) Tiap-tiap perintah bagi
pelaksanaan —
(a) hendaklah
menyatakan mengikut cara yang mana sebagaimana yang dinyatakan di bawah
subseksyen (1) pelaksanaan itu hendak dijalankan; dan
(b) hendaklah
memperihalkan dengan khusus harta yang dimaksudkan oleh perintah itu.
|
Pelaksanaan yang di nyatakan diatas adalah di kenali
sebagai pelaksanaan Hiwalah. Prosedur lanjut adalah di tetapkan oleh seksyen
161 enakmen:
Seksyen 161. Hiwalah
(1) Dalam seksyen ini, “harta” termasuklah suatu hutang
yang kena dibayar oleh muhal ‘alaih kepada penghutang
penghakiman.
(2) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai jika
pelaksanaan diperintahkan melalui penahanan harta dalam milikan atau kawalan
seseorang muhal ‘alaih
(a) bailif hendaklah menyampaikan kepada muhal
‘alaih suatu notis hiwalah dalam Borang MS 37, dan
notis dalam Borang MS 38 hendaklah digunakan jika harta itu berada di dalam
Mahkamah;
(b) segala harta yang dinyatakan dalam notis hiwalah hendaklah
ditahan dari masa penyampaian notis itu kepada muhal ‘alaih setakat
atau pada nilai yang disebut dalam notis itu, dan apa-apa pemberi-milikan
atau pelupusan harta itu yang bertentangan dengan terma-terma notis itu,
kecuali dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan
perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan mahkamah;
(c) muhal ‘alaih boleh membayar kepada
bailif amaun yang dituntut atau boleh menghantarserahkan kepadanya harta yang
ditahan itu;
(d) jika muhal ‘alaih tidak membuat
pembayaran atau penghantarserahan itu, bailif boleh menyampaikan kepadanya
suatu saman hiwalah dalam Borang MS 39 dan Mahkamah hendaklah memeriksanya
tentang harta yang ditahan itu:
Dengan syarat bahawa —
(i)
tiada
saman yang sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang penjawat awam
berkenaan wang atau harta dalam milikannya atas sifatnya yang sedemikian,
melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis Perbendaharaan;
dan
(ii)
tiada
saman yang sedemikian boleh dikeluarkan dalam hal wang, kumpulan wang
pelaburan atau harta di dalam mana-mana Mahkamah;
(e) Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman hiwalah;
(f) selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh
membuat suatu perintah pembayaran atau penghantarserahan dan boleh
memerintahkan pelaksanaan dikeluarkan terhadap muhal ‘alaih mengenai
apa-apa harta dalam tangannya yang didapati telah ditahan dengan sah,
seolah-olah muhal ‘alaih itu sendiri ialah penghutang
penghakiman bagi amaun yang dituntut terhadap penghutang penghakiman yang
asal, atau bagi amaun atau nilai harta dalam tangan muhal ‘alaih,
mengikut mana yang kurang;
(g) Mahkamah —
(i)
boleh
memerintahkan kos terhadap muhal ‘alaih dan boleh
membenarkan atau tidak membenarkan muhal ‘alaih itu menuntut
kos itu daripada penghutang penghakiman;
(ii)
boleh
membenarkan kos kepada muhal ‘alaih terhadap pemiutang
penghakiman, dan boleh memberikan atau tidak memberikan kebenaran untuk
menjadikan kos itu sebagai kos pelaksanaan;
(h) jika hutang yang kena dibayar secara ansuran
menurut suatu penghakiman ditahan, muhal ‘alaih tidaklah
bertanggungan membuat pembayaran kecuali mengikut perintah ansuran itu;
(i) pembayaran oleh muhal
‘alaih di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu pelepasan yang
sah terhadap penghutang penghakiman;
(j) bailif boleh, atas permintaan pemiutang
penghakiman dan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh Mahkamah,
menarik balik mana-mana notis hiwalah atau saman hiwalah;
(k) sesuatu notis hiwalah hendaklah
disifatkan telah terbatal tiga bulan selepas penyampaian, melainkan jika
prosiding di bawah saman itu masih belum selesai atau Mahkamah memerintahkan
selainnya.
|
Dalam seksyen 161 ini, pihak-pihak yang di rujuk adalah:
i.
muhal
‘alaih;
ii.
penghutang
penghakiman; dan
iii.
pemiutang
penghakiman.
Bagi perintah bayaran mut’ah, penghutang penghakiman adalah
merujuk kepada suami; penghutang penghakiman adalah isteri; dan muhal ‘alaihi
adalah pihak ketiga yang samada terhutang dengan suami (dan mampu membayar
hutang itu) ataupun pihak ketiga yang mempunyai kawalan atau milikan harta alih
kepunyaan suami (harta alih seperti bon, saham, wang simpanan, simpanan tetap,
peti simpanan selamat, hasil mahsul, harta alih amanah dsb).
Setelah bailif Mahkamah menerima perintah Pelaksanaan di
bawah seksyen 155 enakmen beliau hendaklah menyampaikan Notis Hiwalah (Borang
MS 37) kepada muhal ‘alaih.
JADUAL KETIGA
Borang MS 37
(Subseksyen 161 (2) (a))
NOTIS HIWALAH
(Tajuk Am) Atas perintah pelaksanaan bertarikh pada ....... haribulan ..................... 20 ..... Adalah diperintahkan bahawa segala hutang yang kena dibayar atau terakru kena dibayar oleh muhal ‘alaih yang dinamakan di atas kepada penghutang penghakiman yang dinamakan di atas (dalam jumlah wang sebanyak RM ................... hendaklah ditahan untuk menjawab penghakiman yang didapatkan terhadap penghutang penghakiman tersebut oleh pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas di Mahkamah ........................... Syariah pada ...... haribulan .......... 20 ..... untuk jumlah wang (atau untuk menjawab suatu perintah yang dibuat di Mahkamah ...................... Syariah pada ......... haribulan ....... 20 ........ yang memerintahkan pembayaran oleh penghutang penghakiman tersebut kepada pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas jumlah wang sebanyak RM .............. (hutang dan kos RM .............) (beserta dengan kos bagi prosiding hiwalah) yang atas penghakiman (atau perintah) itu jumlah wang sebanyak RM ............ masih lagi terhutang dan belum dibayar.
Ambil perhatian juga bahawa segala transaksi pelupusan
atau pelepasan yang dibuat selepas penyampaian notis ini adalah tak sah dan
anda boleh dikenakan membayar ganti rugi dan kos kepada pemiutang
penghakiman.
Jika anda mempertikaikan tanggungan anda di bawah notis
ini, anda hendaklah dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis ini memfailkan
suatu notis bantahan tentang tanggungan di bawah notis ini kepada Mahkamah.
Bertarikh pada ........ haribulan
.......................... 20 ..........
(Meterai) ........................... Hakim/Pendaftar Kepada muhal ‘alaih dan pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas. Notis Bantahan Ambil perhatian bahawa saya, ........................................................................... muhal ‘alaih yang dinamakan di atas dengan ini membantah tanggungan yang dikenakan ke atas saya melalui notis ini atas alasan-alasan yang berikut: ............................................................................. Muhal ‘alaih (atau Peguam Syarie bagi Muhal ‘alaih) Notis ini difailkan oleh muhal ‘alaih (atau Peguam Syarie bagi muhal ‘alaih) yang alamat penyampaiannya ialah di ............... |
Jika muhal ‘alaih membayar amaun yang di tuntut itu atau
menghantarserah harta alih yang di tahan itu kepada bailif maka muhal ‘alaih di
lepaskan dari tanggungannya.
Jika muhal ‘alaih mempertikaikan tuntutan hiwalah itu
maka beliau hendaklah memfailkan Notis Bantahan yang ada di sertakan dalam
Notis Hiwalah (Borang MS 37) dalam tempoh 7 hari. Notis Bantahan itu boleh di
tandatangani oleh beliau atau oleh Peguam Syarienya.
Jika tiada bayaran ataupun penghantarserahan yang di
maksudkan oleh Notis Hiwalah itu di buat dalam tempoh 7 hari atau setelah Notis
Bantahan di failkan dalam tempoh itu maka suatu Saman Hiwalah dalam Borang 39
akan di keluarkan oleh Mahkamah. Pihak yang terlibat dalam prosiding Saman
Hiwalah itu adalah isteri dan muhal ‘alaih sahaja. Suami tidak menjadi pihak.
Setelah serahan Borang MS 39 (Saman Hiwalah) di serahkan
maka proses perbicaraan akan di jalankan di Mahkamah yang mengeluarkan Saman
itu di bawah seksyen 161 enakmen tersebut.
Dalam perbicaraan itu Muhal ‘alaihi akan naik ke kandang
saksi untuk memberi keterangan secara lisan dan bersumpah syarie dan akan di
soal oleh isteri/peguam syarienya dan/atau Mahkamah. Muhal ‘alaihi hendaklah
membawa kesemua buku-buku dan dokumen yang berkaitan dengan hutangnya kepada
muhal/muhtal (penghutang penghakiman
yakni suami) yang berada di dalam milikan,
jagaan atau kawalan muhal ‘alaihi. Ini adalah
bertepatan dan sesuai dengan kehendak serta kandungan Saman Hiwalah (Borang MS
39) itu sendiri yang berbunyi:
‘ ...
diperiksa mengenai apa-apa
harta penghutang penghakiman (nama) ............................ yang mungkin
ada atau, sejak penyampaian notis hiwalah kepada anda, mungkin pernah ada dalam
milikan, jagaan atau kawalan anda dan mengenai apa-apa hutang yang kena dibayar
atau yang terakru kena dibayar daripada anda kepada penghutang penghakiman
tersebut, dan supaya membawa bersama anda kesemua buku dan dokumen lain yang
berhubungan dengannya yang berada dalam milikan, jagaan atau kawalan anda.’
Namun sekiranya pihak yang ingin di jadikan muhal ‘alaihi itu membantah tututan permohonan hiwalah dan bantahannya tidak di persetujui oleh pihak isteri maka beliau juga akan memberi keterangan serta mengemukakan alasan bantahannya bersama apa jua keterangan atau fakta sokongan kepada alasan bantahannya, ini ada di nyatakan di bawah peruntukan seksyen 161 (2) (e) enakmen yang berbunyi: ‘Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman hiwalah.’
Setelah mendengar semua keterangan dan meneliti
bukti-bukti serta hujahan (jika ada) Mahkamah akan membuat keputusannya samada
mengeluarkan perintah hiwalah ataupun menolak permohonan hiwalah. Mengenai kos
untuk pihak-pihak ianya adalah budibicara Mahkamah samada untuk
menganugerahkannya ataupun tidak.
Sekiranya muhal ‘alaihi tidak hadir di perbicaraan penuh
Saman Hiwalah itu maka prosiding Saman Hiwalah akan/boleh di teruskan juga dan
Mahkamah akan membuat keputusannya terhadap permohonan hiwalah si isteri dengan
melihat kepada semua keterangan, bukti serta notis bantahan muhal ‘alaihi yang
ada dihadapannya. Perlu di ingat bahawa Mahkamah hanya akan memutuskan apa yang
pada zahirnya sahaja. Perkara lain adalah di luar kemampuan Mahkamah. Mengenai
perintah ex-parte sedemikian ianya juga ada di nyatakan di dalam Borang MS 39 :
‘Ambil perhatian bahawa, jika ingkar untuk hadir
sedemikian, perintah akan dibuat terhadap anda semasa ketakhadiran anda.’
Di bawah ini adalah format Borang MS 39 tersebut untuk
rujukan mudah perbincangan kita.
JADUAL KETIGA - Borang MS 39
(Subseksyen
161(2) (d))
SAMAN HIWALAH (Tajuk Am) Perintah bagi pelaksanaan bertarikh .................. haribulan .................. 20 .....
Notis Hiwalah bertarikh
................ haribulan ................. 20 .....
Kepada
....................................................... yang beralamat di
.................................. muhal ‘alaih.
Anda dengan ini disaman
supaya hadir di hadapan Mahkamah yang dinamakan di atas pada hari
...................... pada .................... haribulan ............. 20
......... pukul ............ pagi/petang untuk diperiksa mengenai apa-apa
harta penghutang penghakiman (nama) ............................ yang mungkin
ada atau, sejak penyampaian notis hiwalah kepada anda, mungkin pernah ada
dalam milikan, jagaan atau kawalan anda dan mengenai apa-apa hutang yang kena
dibayar atau yang terakru kena dibayar daripada anda kepada penghutang
penghakiman tersebut, dan supaya membawa bersama anda kesemua buku dan
dokumen lain yang berhubungan dengannya yang berada dalam milikan, jagaan
atau kawalan anda.
Ambil perhatian bahawa, jika ingkar untuk hadir sedemikian, perintah akan dibuat terhadap anda semasa ketakhadiran anda.
Bertarikh pada
...................... haribulan .................... 20 ........
(Meterai) ......................... Hakim/Pendaftar |
Seperkara lagi keadaan yang perlu kita ketahui adalah
bahawa Saman Hiwalah (Borang 39) ini tidak boleh di keluarkan dalam keadaan
yang di nyatakan di dalam seksyen 161 (2) (d) (i) dan (ii) enakmen iaitu:
Dengan syarat bahawa —
(i)
tiada
saman yang sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang penjawat awam
berkenaan wang atau harta dalam milikannya atas sifatnya yang sedemikian,
melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis
Perbendaharaan; dan
(ii)
tiada
saman yang sedemikian boleh dikeluarkan dalam hal wang, kumpulan wang
pelaburan atau harta di dalam mana-mana Mahkamah;
|
Peruntukan seksyen 161 (2) (d) (ii) ini ada pula
pengecualiannya sebagaimana yang di nyatakan di dalam seksyen 162 yang berikut:
Seksyen 162. Wang dan harta di dalam Mahkamah
Wang, kumpulan wang yang dilaburkan, atau harta lain penghutang
penghakiman dalam atau di bawah kawalan Mahkamah yang memberikan penghakiman
itu boleh, jika suatu perintah pelaksanaan telah dibuat, digunakan dengan
kebenaran Mahkamah untuk menunaikan hutang penghakiman itu, dan pelaburan
serta harta selain wang boleh diperintahkan supaya dijual untuk tujuan itu.
|
Merujuk kembali kepada seksyen 161 (2) (a) diatas perlu
di nyatakan di sini bahawa sekiranya harta yang ingin di tahan itu berada di
mahkamah maka Bailif hendaklah menggunakan Notis Hiwalah dalam bentuk Borang 38
sepertimana berikut:
JADUAL KETIGA - Borang MS 38
(Subseksyen 161 (2) (a)) NOTIS HIWALAH (HARTA DI DALAM MAHKAMAH) (Tajuk Am) Perintah bagi pelaksanaan bertarikh ............. haribulan ....................... 20 .....
Kepada:
Hakim/Pendaftar Mahkamah ................................................ Syariah.
Bahawasanya adalah
dinyatakan oleh pemiutang penghakiman bahawa sejumlah wang sebanyak RM
....................... ada di dalam Mahkamah
.................................... Syariah di
........................................... untuk kredit penghutang
penghakiman, dalam prosiding, ........ ................. ................... ..........................
Bersama-sama ini saya kemukakan suatu salinan perintah bagi pelaksanaan yang disebut di atas dan meminta anda mengirimkan ke Mahkamah ini apa-apa wang, yang selainnya boleh atau kena dibayar kepada penghutang penghakiman daripada Mahkamah tersebut oleh sebab prosiding berkenaan, sehingga, tetapi tidak melebihi, apa-apa amaun yang disebut dalam perintah pelaksanaan tersebut sebagai kena dibayar kepada pemiutang penghakiman.
Bertarikh pada
................. haribulan ............... 20 ........
............................ Hakim/Pendaftar |
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Wallahu’alam. Jumpa lagi ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan