Isnin, 1 September 2014

PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH MUT’AH - Siri 3 -

Penahanan dan pemotongan gaji/pendapatan

Prosiding untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dibawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 pula adalah diperuntukan secara khas di dalam bab 4 Bahagian 18 Enakmen tersebut.

Setiap perintah Mahkamah Syariah mengenai pembayaran wang seperti dalam kes mut’ah boleh dilaksanakan melalui prosiding saman penghutang penghakiman dan perintah penyitaan dan penjualan; hiwalah dan perintah pengkomitan.

Mengenai perkara pelaksanaan melalui perintah penyitaan dan penjualan; hiwalah dan perintah pengkomitan ianya ada dinyatakan didalam seksyen 148 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002.

Seksyen 148. Penguatkuasaan penghakiman, dsb. Bagi pembayaran wang

(1)           Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(a) perintah penyitaan dan penjualan;
(b) prosiding hiwalah; atau
(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.

(2) Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.

(3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.

Bahkan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan dalam kes NORMAH BINTI ALI v MAZLAN BIN JAMALUDIN mengatakan bahawa peruntukan seksyen 148 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah adalah sebagai satu-satunya jenis tindakan pelaksanaan yang ada sebagai remedi di Mahkamah Syariah.

Selain dari itu seksyen 175 Enakmen tersebut menambah satu lagi remedi iaitu pelaksanaan melalui Saman Penghutang Penghakiman.

Seksyen 175. Pemakaian

(1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, Bab ini hendaklah terpakai bagi pelaksanaan penghakiman untuk pembayaran wang.

(2) Dalam Bab ini “penghakiman” termasuklah apa-apa perintah bagi pembayaran wang.

Permohonan Untuk Memotong Gaji sebenarnya adalah suatu cara pelaksanaan untuk mendapatkan bayaran wang yang terhutang dibawah Akta Penghutang 1957 [dimana seksyen 2 dan 3(f) adalah berkaitan untuk di rujuk].

Seksyen 2 Akta Penghutang 1957 jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah bukanlah Mahkamah yang di peruntukkan untuk pemakaian Akta ini. Mahkamah yang dimaksudkan didalam Akta tersebut merujuk kepada Mahkamah sivil sahaja apabila seksyen 2-nya menafsirkan makna ‘Mahkamah’ sebagaimana berikut:

2. In this Act, unless the context otherwise requires—

“court” means the court in which the original proceedings were commenced; being the High Court, a Sessions Court or a Magistrates’ Court;

Selain dari itu Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 sendiri tidak ada pun mempunyai peruntukan untuk merujuk kepada Akta Penghutang 1957 ini. Lihat Bahagian 18 Bab 4 Enakmen tersebut.

Namun sekiranya seksyen 3 Akta Penghutang 1957 di andaikan dapat di rujuk sebagai nas untuk memohon prosiding memotong gaji suami dalam kes pelaksanaan Perintah mut’ah, maka keputusan kes Mahkamah Tinggi Malaya di bawah ini yang telah menafsirkan penggunaan seksyen 3 boleh dijadikan panduan untuk penafsiran pemakaiannya dalam permohonan pelaksanaan sedemikian:

RAYMOND MICHAEL IGNATIUS A/L JOHN IGNATIUS & YG LN v D &C FINANCE BERHAD Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang 18 May 1994 (Rayuan Sivil No 12-13-93) Keputusan Abdul Hamid b Hj Mohamed, H

Fakta kes tersebut adalah bahawa pada 13hb Mei 1991, D & C Finance Berhad (penentang) telah memperolehi satu penghakiman ingkar terhadap kedua-dua perayu dalam Saman No 72-331-91. Mereka diperintahkan membayar sejumlah wang sebanyak RM4,047.30, faedah-faedah kerana bayaran lewat dan kos. 

Melalui satu notis permohonan bertarikh Julai 1, 1992, penentang membuat permohonan untuk mendapat perintah supaya majikan perayu-perayu memotong gaji perayu-perayu untuk membayar hutang perayu-perayu kepada penentang. Permohonan itu dibuat dalam saman asal dimana B Braun Medical Industries Sdn Bhd bukan satu pihak.

Yang Arif Hakim dalam kes itu berkata:


‘Peguam perayu-perayu telah membangkitkan bantahan awal membantah permohonan itu atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk membuat perintah yang dipohon itu. ...

Maka untuk menjawab soalan ini perlulah dilihat sama ada terdapat apa-apa peruntukan undang-undang, walaupun yang berbentuk umum, yang memberikan kuasa kepada mahkamah membuat perintah yang dipohon itu. Sehubungan dengan ini kita mestilah waspada kepada peruntukan Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan

“… and the High Courts and inferior courts shall have such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.”

Peruntukan undang-undang persekutuan yang berkenaan ialah Akta Penghutang 1957. Seksyen 3, setakat yang berkenaan memperuntukkan:

“3.  Subject to and in accordance with any rules of court any sum of money payable under the judgment of a court may be recovered in case of default or failure of payment thereof forthwith or at a time or times, or in the manner thereby directed by execution whether legal or equitable against the property movable or immovable of the party against whom the judgment was obtained:

Provided that the following shall not be liable to attachment, seizure or sale in such execution, namely:

(a) …
(b) …
            (c) …  
(d) …
(e) …
(f) wages or salary of the judgment debtor:

Provided that where such wages or salary exceed two hundred ringgit a month —

(i) the court may authorize execution to be levied in such manner as may be prescribed by rules of court in respect of such excess or part thereof as the court may think just;”

Ringkasnya, mengikut peruntukan ini, gaji seseorang yang melebihi RM200/- boleh ditahan (attached), tertakluk kepada dan mengikut cara yang diperuntukan oleh kaedah-kaedah mahkamah.

Soalnya adakah terdapat apa-apa kaedah mahkamah dibuat dalam perkara ini.

Aturan 37 Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 (KMR 1980) adalah satu peruntukan yang berkenaan. Aturan itu bertajukkan “Akta Penghutang 1957”. Ia memperuntukkan dengan khusus prosedur mengenai “penangkapan penghutang penghakiman” “penangkapan atau penahanan sebelum penghakiman”, “saman penghutang penghakiman”, “notis penghakiman”, dan “pengkomitan”.

Perlu diambil perhatian bahawa pertama, semua tindakan yang diperuntukan itu adalah terhadap penghutang itu sendiri, bukan terhadap majikannya. Kedua, tidak terdapat peruntukan berkenaan perintah seperti yang dipohon dalam kes ini.

Selain daripada itu terdapat Aturan 30 yang memperuntukan cara penguatkuasaan penghakiman dan perintah. Berkenaan penguatkuasaan penghakiman bagi pembayaran wang, tiga cara diperuntukan iaitu —

(a)     writ penyitaan dan penjualan;
(b)     prosiding garnismen,
(c)     dalam hal, di mana kaedah 5 terpakai, suatu perintah pengkomitan.

Peruntukan lanjut mengenai cara-cara itu diperuntukan dalam Aturan 32, 33 dan 34.

Jadi, saya dapati bahawa tidak terdapat peruntukan khusus baik di bawah KMR 1980 atau dibawah mana-mana “kaedah mahkamah” yang memperuntukan cara bagi membuat perintah seperti yang dipohon ini.

Peguam penentang menghujahkan bahawa Aturan 24 KMR 1980 adalah kaedah-kaedah yang diperuntukan seperti yang dikehendaki oleh s 3(1)(f) Akta Penghutang 1957 itu.

Disini eloklah diperturunkan peruntukan itu:
“1.
(i)   Jika menurut kaedah-kaedah ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding sebelum atau selepas penghakiman dibenarkan secara nyata atau implikasi dibuat kepada mahkamah, maka permohonan itu mestilah dibuat melalui notis dan hendaklah didengar dalam kamar.” 

Dengan hormat, hujah ini tidak berasas, kerana, permohonan itu mestilah satu permohonan yang dibenarkan dibuat menurut KMR 1980 itu sendiri. Ertinya mestilah terlebih dahulu ada peruntukan yang membolehkan sesuatu permohonan itu dibuat kepada mahkamah oleh KMR 1980 seperti permohonan untuk mendapat kebenaran meminda saman atau pliding (Aturan 15, Kaedah 1 KMR 1980), maka, dalam keadaan itu, permohonan itu bolehlah dibuat mengikut acara yang diperuntukan oleh Aturan 24 itu. Dalam kata-kata lain, sebelum menggunakan acara yang diperuntukan oleh Aturan 24 itu, mestilah ada peruntukan lain yang membenarkan permohonan itu dibuat. Sayugia diingati tidak ada peruntukan seperti yang akhir disebut itu bagi membuat permohonan seperti yang dibuat dalam kes ini.

Peguam penentang juga menghujahkan jika prosedur yng diikuti olehnya itu salah pun, itu cuma satu “irregularity” dan bukanlah satu “nullity”.

Beliau mungkin bermaksud untuk menarik perhatian mahkamah kepada Aturan 2 KMR 1980. Tetapi adalah jelas bahawa, dalam hal ini Aturan 2 itu tidak berkenaan. Apa yang dipertikaikan ini bukan cuma sekadar prosedur mana yang hendak diikuti, tetapi sama ada terdapat peruntukan atau tidak yang membenarkan permohonan seperti ini dibuat. Dalam kata-kata lain isunya ialah soal bidangkuasa, bukanlah cuma bentuk permohonan itu.

Peguam penentang juga merujukkan saya kepada Aturan 30, kaedah 8(2) yang berbunyi:        

“(2) Mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terdapatnya pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan kepada penghakiman atau perintah itu seolah-oleh dia adalah suatu pihak.”

Dengan hormat, dalam penghakiman saya, peruntukan ini juga tidak boleh membantu penentang. Pihak ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pihak ketiga “yang pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan”. Penghakiman yang diperolehi oleh penentang hanya terhadap perayu-perayu. Perintah itu tidak menyebut bahawa B Braun Medical Industries Sdn Bhd mesti mematuhinya. Juga tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang yang membolehkan penghakiman itu dikuatkuasakan terhadap B Braun Medical Industies Sdn Bhd dengan cara yang dilakukan ini. Lainlah halnya, jika misalnya, penentang memohon mengikut prosiding garnismen yang dibolehkan dibawah Aturan 33.

Akhir sekali peguam penentang menghujahkan bahawa sebagai satu alternatif, permohonan ini dibuat dibawah bidangkuasa sedia ada mahkamah. Beliau merujukkan saya kepada peruntukan Aturan 1, kaedah 4 terutama sekali perenggan (2). Tetapi untuk memberi gambaran yang menyeluruh eloklah kesemua kaedah 4 itu diperturunkan:

“4.
(1) Dalam apa-apa perkara mengenai prosedur atau amalan yang tidak diperuntukkan dalam Kaedah-kaedah ini, prosedur atau amalan yang sedang digunakan atau berkuatkuasa di Mahkamah Tinggi hendaklah, dengan sehampir yang boleh, diikuti dan diterimapakai.
(2) Dalam apa-apa perkara sedemikian jika tidak mungkin memakai perenggan (1), Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah dan memberikan apa-apa arahan yang mungkin dapat menjaminkan keadilan yang substansial di antara pihak-pihak itu, dengan memberikan perhatian kepada penyelesaian terus perkara-perkara yang menjadi isu dan penjimatan kos.”

Tetapi untuk memakai perenggan (2) pun ujiannya ialah bahawa perintah itu mungkin dapat menjaminkan keadilan yang substansial.

Rasanya peruntukan Aturan 53, kaedah 11 adalah lebih berkenaan dengan hujah peguam penentang itu. Jadi eloklah saya bincang kedua-duanya sekali.

Aturan 53, kaedah 11 memperuntukkan:

“11. Bagi menghapuskan keraguan maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketakadilan atau untuk mencegah penyalahgunaan proses Mahkamah.”

Seperti yang diperuntukkan oleh kaedah itu perintah itu mestilah suatu yang perlu untuk mencegah ketakadilan atau untuk mencegah penyalahgunaan proses mahkamah. Soal sama ada perintah yang dipohon ini perlu untuk mencegah penyalahgunaan proses mahkamah tidak timbul. Maka soalnya ialah sama ada perintah yang dipohon itu perlu untuk mencegah ketakadilan. Dalam hal ini terdapat beberapa acara lain yang diperuntukkan oleh KMR 1980 seperti writ penyitaan dan jualan, garnismen dan saman penghutang penghakiman. Semua ini boleh digunakan tetapi tidak digunakan. Nampaknya, jalan yang sedia ada tidak hendak dilalui; jalan yang belum ada cuba diterokai. Dalam keadaan ini perintah yang dipohon ini bukanlah satu perintah yang perlu dibuat untuk mencegah ketakadilan.

Sehubugnan dengan ini peguam penentang merujukkan saya kepada beberapa penghakiman. Pertama kes Loo Chay Meng lwn Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee) [1990] 1 MLJ 445. Dalam kes itu VC George, H membuat perintah mengenepikan perintah garnismen mutlak yang dibuat secara ex parte. Dua alasan diberi. Pertama bidangkuasa diberikan kepada mahkamah dibawah Aturan 32, kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Kedua, sebagai alternatif, di bawah bidangkuasa sedia ada mahkamah.

Perlu diambil perhatian, Hakim yang arif itu dalam penghakimannya, di halaman 446 berkata:

“If Order 32, r 6 cannot be applied in an Order 49 situation, then we have a situation of “a lacuna in the face of the rules which causes a procedural injustice” in that it cannot be said that the “rules contain 6 provision making available sufficient remedies”. In my judgment in that kind of situation and if there is injustice, the court is not only entitled to but is obliged to make any order entitled to but is obliged to make any order as may be necessary to prevent injustice.”

Dalam hal ini penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Permodalan MBf Sdn Bhd & Ors lwn Tan Sri Datuk Hamzah b Abu Samah & Ors [1990] 1 MLJ 446, yang kepadanya dirujuk dalam kes itu adalah berkenaan. Penghakiman itu antara lain mengatakan:

“It follows that where the rules contain provision making available sufficient remedies, the court will not invoke its inherent powers.”

Dalam kes ini, terdapat remedi yang mencukupi seperti prosiding garnismen, saman penghutang penghakiman dan penyitaan dan penjualan. Dalam keadaaan ini tidak boleh dikatakan ketidakadilan akan berlaku jika mahkamah tidak menggunakan bidangkuasa sedia adanya. Dalam kata-kata lain saya berpendapat bahawa ini bukanlah satu keadaan dimana mahkamah patut menggunakan bidangkuasa sedia adanya.

Peguam perayu-perayu mengemukakan satu alasan lagi mengapa perintah yang dipohon itu tidak patut diberi. Penentang memohon perintah supaya gaji perayu-perayu dipotong mulai daripada tarikh perintah itu berkuatkuasa sehinggalah hutang itu selesai selama mereka bekerja dengan B Braun Medical Industries Sdn Bhd. Beliau menghujahkan ini bererti menahan (attach) hutang yang belum terakru kerana pada masa perintah dibuat, jika ia dibuat, gaji perayu-perayu bagi bulan-bulan selepas itu belum kena dibayar kepada mereka. Beliau merujuk kepada dua kes iaitu TS Doss lwn PRM Ramasamy Pillai FMSLR Vol 1 ms 445 dan Hongkong & Shanghai Banking Corporation v Goh Su Liat (Telecommunication Authority of Singapore, Garnishee) [1986] 2 MLJ 86.

Kes TS Doss telah diputuskan berdasarkan peruntukan s 265 Kanun Acara Sivil 1918. Malangnya peruntukan seksyen itu tidak diperturunkan dalam penghakiman itu. Jadi adalah tidak selamat mengikutinya dengan buta tuli. Kes Hongkong & Shanghai Banking Corporation adalah berkenaan prosiding garnismen. Saya fikir kes itu juga tidak berkenaan. Permohonan untuk menahan pendapatan, jika diperuntukkan seperti dalam Akta 356, semestinya ke atas pendapatan yang akan diterima. Tetapi, tidak terdapat peruntukan seperti itu untuk tujuan permohonan ini. Walau bagaimanapun, prinsip yang terdapat dalam kedua-dua kes yang disebut itu boleh digunakan bagi menguatkan hujah bahawa gaji yang akan dibayar dimasa hadapan tidak boleh ditahan melainkan jika terdapat peruntukan khusus mengenainya, misalnya, seperti dalam Akta 356 atau diperuntukkan dalam kaedah-kaedah Mahkamah.

Kesimpulannya saya berpendapat bahawa Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidangkuasa untuk membuat perintah penahanan gaji seperti yang dipohon dalam kes ini. Saya meluluskan rayuan ini dengan kos.’


Dalam posting yang lalu saya telah menyatakan bahawa: Kuasa kepada Bailif untuk pelaksanaan ada di nyatakan dalam seksyen155 dan 159 terutama s. 159 (1)(d). Berikut ialah seksyen-seksyen tersebut:

Seksyen 155. Mengeluarkan perintah pelaksanaan

Tertakluk kepada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 35 dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada bailif bagi pelaksanaan.


JADUAL KETIGA
Borang MS 35

(Seksyen 155)

PERINTAH PELAKSANAAN

(Tajuk Am)

Kepada Bailif,

Atas permohonan pemiutang penghakiman, anda dengan ini diperintahkan supaya melaksanakan penghakiman bertarikh .................. haribulan ............. 20 .......... yang diperoleh oleh pemiutang penghakiman terhadap penghutang penghakiman yang butir-butirnya ialah seperti yang berikut:

Amaun penghakiman .................................... ..........................
Kos ..............................................................
Kos bagi perintah ini ..........................................
Amaun yang kena dibayar .................

Tarikh perintah yang memberikan kebenaran untuk pelaksanaan ................... ............ dan anda hendaklah melaksanakan penghakiman tersebut melalui mana-mana cara yang berikut:

(1) ............................... ............................................
(2) ................................................. ................................. (3) ................................. .............................................

dan bahawa selepas membayar fee yang ditetapkan dan perbelanjaan pelaksanaan (termasuk kos bagi permintaan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan dan kos melaksanakannya), membawa ke dalam Mahkamah apa-apa wang yang telah dilevikan dan dengan serta-merta mengembalikan perintah ini kepada Mahkamah.

Bertarikh pada ..................... haribulan .................. 20 ..........


..................
Pendaftar



Seksyen 159. Jenis pelaksanaan

(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:

(a) mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;

(b) menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal ‘alaih kepada penghutang penghakiman itu;

(c) menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu ; atau

(d) menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.

Persoalannya: bagaimana bailif boleh menahan pendapatan yakni gaji penghutang penghakiman. Apakah tugasan dan bidangkuasa bailif itu termasuk menahan pendapatan/gaji seseorang yang menjadi penghutang penghakiman. Apa prosedurnya?

Arahan Amalan No. 12 tahun 2006 ada menyatakan berkenaan bidang tugas bailif dalam bentuk manual garis panduan gerak kerja bailif. Langsung tiada dinyatakan di dalan Arahan Amalan dan Manual tersebut mengenai tugasan menahan pendapatan penghutang penghakiman.

Maka dengan itu jelaslah bahawa seksyen 159 tersebut adalah tidak mempunyai kesan atau makna di sisi perundangan. Ia adalah suatu bentuk lakuna dalam perundangan. Bahkan seksyen 155 dan 159 itu sendiri merujuk kepada penyitaan dan penjualan harta serta penyitaan dan penghantar serahan harta sahaja dan tiada peruntukan mengenai pemotongan gaji.

Terdapat sebuah rencana oleh Susan Leong mengenai isu penahanan gaji di Singapura sebagaimana berikut yang boleh di jadikan renungan bersama.

Apa yang menarik ialah apa yang di katakan oleh Wood ACJ dalam kes MPLA Peyna Carpen Chitty v Max J D’Souza:

‘On the supposition that the wages of the clerk are his sole means of living, I think that the salary of such a clerk is not attachable taking into consideration the provisions of the Ordinance (ie the Civil Procedure Ordinance 1878) as to the examination of Judgment Debtors and the power given to order payment of the debt by instalment, provisions which in my judgment point to the policy of the Law in not permitting a man to be stripped of all means of livelihood and entirely pauperized.’



Attachment of Salaries and Wages in Singapore — Recent Developments
The article discusses the garnishment of salaries and wages

For many years, lawyers have taken the position that salaries and wages were debts that could be garnished or restrained in Singapore pursuant to O 49 of the Rules of Court 1996 (‘RC’) or s 33 of the Government Proceedings Act (Cap 121) respectively. The courts have indeed also granted orders to attach the salaries and wages of the judgment debtor for a long time.

With the onset of economic recession and in the face of mounting debts and increasing repayment delinquency, most financial institutions in Singapore resort to attachment of salaries and wages of recalcitrant debtors who are gainfully employed and yet refuse to offer any form of repayment of their debts.

In March 2003, the learned Deputy Registrar, Mr Earnest Lau, refused applications to garnish the salary of the judgments debtors to satisfy the judgment on the ground that s 13 of the Supreme Court of Judicature Act (Cap 322) (‘SCJA’) read in its historical context, exempts salaries and wages from garnishment or restraint. 1

Three banks, the American Express Bank, Standard Chartered Bank and United Overseas Bank appealed against the learned Deputy Registrar’s decision. The appeals were dismissed by the learned District Judge, Mr Jeffrey Sim. 2 On further appeal, the learned High Court Judge, Mr Lai Kew Chai, also dismissed all three appeals. 3  

It would be pertinent to examine the grounds of decision which brought the attachment of salaries and wages to a grinding halt.

The primary issue was whether pursuant to s 13 (c) of the SCJA , the subordinate courts and the High Court were prohibited from issuing garnishee orders under O 49 of the RC.

Section 13 of the SCJA provides:

Writs of execution

A judgment of the High Court for the payment of money to any person or into court may be enforced by a writ, to be called a writ of seizure and sale, under which all the property, movable or immovable, of whatever description, of a judgment debtor may be seized, except:     

(a) the wearing apparel and bedding of the judgment debtor or his family, and the tools and implements of his trade, when the value of such apparel, bedding, tools and implements does not exceed $1,000;

(b) tools of artisans, and, where the judgment debtor is an agriculturist, his implements of husbandry and such animals and seed-grain or produce as may in the opinion of the court be necessary to enable him to earn his livelihood as such;

(c) the wages or salary of the judgment debtor;

(d) any pension, gratuity or allowance granted by the Government; and

(e) the share of the judgment debtor in a partnership, as to which the judgment creditor is entitled to proceed to obtain a charge under any provision of any written law relating to partnership. (emphasis added)

The courts ruled that s 13 of the SCJA applies equally to garnishee orders for two main reasons. Firstly, the historical context of its antecedent legislation suggests such a reading. Secondly, any other reading would lead to the RC derogating from its parent legislation, the SCJA.

Purposive Approach to s 13 of the SCJA

The courts studied the legislative history behind s 13 (c) of the SCJA and concluded that parliament had always regarded a writ of seizure and sale as a generic term encompassing all modes of seizing the property of a judgment debtor, including the garnishment of his salaries or wages. They accorded a wider meaning and purposive reading of the phrase ‘writ of seizure and sale’ and considered that it was in substance, albeit not in name, the same as garnishment which is a direction of the court to the garnishee to pay the judgment creditor.

The honourable Justice Lai relied on the ruling in Planmarine AG v Maritime and Port Authority of Singapore 4 and s 9A of the Interpretation Act (Cap 1) and concluded that a purposive approach can be adopted even when there is a clear and unambiguous meaning to the words.

Legislative History of the SCJA and Related Provisions

To determine the proper construction of s 13 of the SCJA, the courts also noted that the statute is primarily a consolidating statute. At the second reading of the Supreme Court of Judicature Bill, it was explained by the then Minister for Law and National Development 5 that:

The Bill generally does no more than to revert to the position obtaining before we joined Malaysia. The powers of jurisdiction of the Supreme Court of Singapore are the same as heretofore, before we joined Malaysia ...

In order, therefore, to come to a proper interpretation of the SCJA, the courts looked to its precursors, particularly the Civil Procedure Ordinance of 1878 (‘CPO 1878’) and the Civil Procedure Code of 1907 (‘CPC 1907’). 

Section 407 of the CPO 1878 provides:

Where the judgment debtor is beneficially interested in any moneys, securities for money, goods, chattels, or other property, or rights or claims whatsoever, in the custody or under the control of or against any other person within the Colony, or where such other person (hereinafter called the Garnishee) is indebted to the defendant, the Sheriff, in executing a writ of seizure and sale, shall seize the same, by giving a notice in writing, in the prescribed form, to the garnishee, which notice shall bind the property of the judgment-debtor in the hands of such garnishee, as hereinafter mentioned, in satisfaction of the decree. (emphasis added) 

The courts held that garnishment in Singapore was a creature of the CPO 1878 and all succeeding local legislation.

In the context of CPO 1878, the courts also considered the case of MPLA Peyna Carpen Chitty v Max J D’Souza 6 where Wood, ACJ stated in his brief judgment as follows:

On the supposition that the wages of the clerk are his sole means of living, I think that the salary of such a clerk is not attachable taking into consideration the provisions of the Ordinance (ie the Civil Procedure Ordinance 1878) as to the examination of Judgment Debtors and the power given to order payment of the debt by instalment, provisions which in my judgment point to the policy of the Law in not permitting a man to be stripped of all means of livelihood and entirely pauperized.

The Courts were of the view that it was implicitly accepted by the Chief Justice that attachment of a debt was the same as ‘seizure’ of a debt.

The CPO 1878 was subsequently repealed by the CPC 1907. Section 617 of the CPC 1907 provides:

(1)    the following property is liable to be seized under a writ of seizure and sale, viz: lands, houses, goods, money, Government and bank notes, cheques, bills of exchange, promissory notes, ... debts, and, except as hereinafter mentioned, all other saleable property, moveable or immovable, belonging to the judgment debtor, ... whether the same be held in the name of the judgment debtor, or by another person in trust for him, or on his behalf.

(2)     The following property shall not be liable to seizure under such writ viz: 

(b) the wages or salary of the judgment debtor. (emphasis added)

Section 617 of the CPC 1907 is in many respects in pari materia with s 407 of the CPO 1878. It was consolidated as s 13 of the Courts Ordinance 1934, which was the precursor to our present s 13 of the SCJA.

Section 13 of the Courts Ordinance 1934 provides:

(1) A judgment of the High Court for the payment of money to any person or into Court, may be enforced by a writ, to be called a writ of seizure and sale, under which all the property, moveable or immoveable, of whatever description, of a judgment debtor may be seized except:

(c)  the wages or salary of the judgment debtor. (emphasis added)

Section 13 of the Courts Ordinance 1934 remained the same in substance and form until today as s 13 of the SCJA.

The Courts also turned their attention to Rules of the Supreme Court 1970 (‘RSC 1970’) which replaced the Civil Procedure Rules of Supreme Court 1934. The RSC 1970 adopted the English garnishee procedures and introduced new garnishee procedures as well as confined the kind of seizable property in Singapore to debts.

It was held that the RSC 1970 did not confer new rights to attach salaries and wages on the judgment creditors. The RSC 1970 and the Rules of the Subordinate Courts 1986 were subsequently consolidated into the present Rules of Court 1996 (‘ROC 1996’). Eventually, the RSC 1970 provision on garnishment became O 49 of our ROC 1996 which prescribes the mode of executing a writ of seizure and sale on debts.

Conclusion

The decision of the honourable Justice Lai finally puts an end to any suggestion that the decision of FA Chua J in the case of Hong Kong and Shanghai Banking Corp v Goh Su Liat (Telecommunication Authority of Singapore, Garnishee 7 impliedly stands for the binding principle that the wages or salary of judgment debtor can be garnished in Singapore. The courts held that as Chua J did not address his mind to s 13(c) of the SCJA, his decision is therefore not binding authority for that proposition.

In conclusion, with the clear ruling that s 13(c) of the SCJA exempts the wages or salary of a judgment debtor from being garnished, what creditors have now to grapple with is that they can no longer have access to one of the most effective modes of enforcement of judgment, something to which they have been accustomed in the past two decades or so. Ultimately, there are only a few remaining modes of enforcement of judgment which are effective. It is indeed an unfortunate timing for creditors since this coincides with an era of record-breaking bad debt write-off. Perhaps it is timely for legislature to look into the provision of attachment of earnings which already exists in various forms in other jurisdictions.

Susan Leong

Endnotes

1    MC Suit No 24159 of 2002, MC Suit No 37125 of 2002 and MC Suit No 4707 of 1999 amongst others.

2     [2003] SGMC 16.

3     [2003] SGHC 256.

4     [1999] 2 SLR 1.

5    Mr EW Barker at the Second Reading of the Supreme Court of Judicature Bill as quoted by Earnest Lau DR in his written grounds of decision in MC 24159 of 2002 and Jeffrey Sim DJ in [2003] SGMC 16.

6   [1892] 1 SSLR 64. Another Straits Settlement case, CK Peria Jurpen Chitty v Rodrigues [1891] SLR (NS) 45 J was also considered. In that case, Goldney J held there was no applicable statute exempting salaries from garnishment. However, he conceded there were conflicting decisions as to whether salaries could be attached and made no order as to costs. Jeffrey Sim DR was of the view that Goldney J’s decision did not assist the judgment creditors as it was decided before the CPC 1907 which introduced s 617(2)(b) which was the precursor to s 13(c) of the SCJA.

7    [1984–1985] SLR 804.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan