– siri1 – muqaddimah
AM
Setelah si isteri berjaya
dalam tuntutan mut’ahnya dengan muktamad dan tiada penangguhan pelaksanaan
Perintah di keluarkan oleh Mahkamah Syariah maka pihak suami hendaklah membayar
jumlah mut’ah yang diperintahkan itu. Pihaksuami juga hendaklah dari masa
kesemasa menghubungi dan memberitahu Mahkamah yang mengeluarkan Perintah
Penghakiman yang berkenaan akan alamat tempat tinggalnya selagi bayaran mut’ah
yang di perintahkan itu belum di jelaskan sepenuhnya. Jika gagal berbuat
demikian maka ianya adalah di sifatkan sebagai satu tindakan menghina
Mahkamah. Kewajipan mematuhi perkara
sedemikian adalah di peruntukkan oleh seksyen-seksyen 147 dan 135 (3) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang 2002 secara bersesama.
Seksyen
147. Kewajipan mematuhi
(1)
Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan
apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu
disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman itu
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam sub-seksyen 135 (3).
(2)
Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu
Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak
subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan mahkamah.
Seksyen
135. Penghakiman, dsb. yang menghendaki perbuatan dilakukan; masa untuk
melakukannya
(1)
Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan
apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang
dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika masa tidak dinyatakan
sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh
penghakiman atau perintah itu.
(2) Jika
orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh
Peguam Syarienya semasa penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka
salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan kepadanya.
(3) Jika
orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak hadir sendiri atau tidak
diwakili, tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil
melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan
dengan notis dalam Borang MS 28, telah disampaikan kepadanya.
JADUAL KETIGA - Borang MS
28
(Subseksyen 135 (3))
PERINTAH/PENGHAKIMAN
(Tajuk Am)
(Nyatakan Jenis
Perintah/Penghakiman)
Bertarikh pada .............................. haribulan
.......................20 ............
.......................... Hakim/Pendaftar PENGENDORSAN Ambil perhatian bahawa, jika anda abai mematuhi perintah (atau penghakiman) ini, dalam masa yang dihadkan dalamnya, atau dalam masa empat hari selepas penyampaian perintah ini kepada anda, mengikut mana-mana yang terkemudian, maka anda melakukan suatu penghinaan Mahkamah dan dengan itu boleh dikomitkan ke penjara. .......................... Hakim/Pendaftar |
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
PENGUATKUASAAN PERINTAH MUT’AH
Sekiranya pihak suami gagal
untuk mematuhi atau membayar jumlah mut’ah sebagaimana yang di perintahkan maka
tindakan penguatkuasaan perintah / penghakiman boleh di ambil oleh pihak isteri
bagi mendapatkan bayaran mut’ah dari suami. Terdapat beberapa seksyen yang
memperuntukan pelaksanaan tertentu di bawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah 2002. Dalam posting ini kita hanya perturunkan peruntukan
seksyen-seksyen yang berkaitan sahaja dahulu.
Jenis-jenis pelaksanaan
I.
Jenis-jenis pelaksanaan sedemikian yang di peruntukan
oleh seksyen 148 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 adalah:
a.
Perintah penyitaan dan penjualan;
b.
Hiwalah;
c.
Pengkomitan.
Seksyen 148 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 memperuntukkan:
Seksyen
148. Penguatkuasaan penghakiman, dsb. bagi pembayaran wang
(1)
Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran
wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah,
bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang
berikut, iaitu—
(a) perintah penyitaan dan penjualan;
(b) prosiding hiwalah; atau
(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
pengkomitan.
(2)
Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran
wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151
terpakai, melalui perintah pengkomitan.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat
bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk
mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah
dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.
Seksyen 148 tersebut merujuk
kepada seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 dan peruntukan
yang berkaitan adalah seksyen 151(1)(a)(aa) :
Seksyen
151. Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada
melakukan sesuatu perbuatan
(1) Jika—
(a) seseorang
yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman atau perintah supaya melakukan
sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah
itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau dalam masa yang
dilanjutkan atau dipendekkan di bawah seksyen 238, mengikut mana-mana yang
berkenaan; atau
(b) ...,
maka,
tertakluk kepada Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah
dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(aa) dengan
kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan; atau
(bb) ...
Merujuk kepada seksyen
151(1)(a) tersebut, kebiasaannya perintah membayar mut’ah tidak dinyatakan
tempohmasa ia hendaklah di buat. Oleh itu seksyen 152(2) dan (3) Enakmen dapat
membantu jika suami tidak membayar mut’ah setelah Perintah mut’ah yang
bermetrai telah di keluarkan. Berikut ialah peruntukan seksyen 152 tersebut:
Seksyen
152. Kuasa Mahkamah untuk menetapkan masa
(1)
Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan
sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah
dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat
perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang
dinyatakan dalam perintah itu.
(2) Jika
sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu
perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah
dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat suatu perintah
kemudiannya yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang
dinyatakan dalam perintah itu.
(3)
Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah
dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun
apa-apa peruntukan lain Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki
melakukan perbuatan yang berkenaan.
Borang MS 34 yang di sebutkan
itu adalah seperti berikut:
JADUAL KETIGA
Borang MS 34
(Subseksyen 152 (3))
PERMOHONAN UNTUK MENETAPKAN MASA
(Tajuk Am)
Kepada ................................................ defendan (atau Peguam Syarie bagi defendan)
Ambil perhatian bahawa
........................................ pemohon yang dinamakan di atas akan
memohon kepada Mahkamah ..................................... Syariah di
....................................... pada hari ............ pada
................... haribulan .......... 20 ....... pada pukul ..........
pagi/petang untuk mendapatkan suatu perintah menetapkan masa untuk
............................................ sebagaimana yang diperintahkan
oleh Mahkamah ............................ Syariah dalam perintah bertarikh
pada ........... haribulan ......... 20 .......
2. Permohonan ini disokong dengan afidavit sebagaimana
yang dilampirkan.
Bertarikh pada ....................... haribulan
.......................... 20 ........
..................................................................... Pemohon (atau Peguam Syarie bagi Pemohon) Permohonan ini difailkan oleh pemohon (atau Peguam Syarie bagi pemohon) yang alamat ............................... ...................................... .................... ...................... .......................... ................................... ........................... |
II.
Selain dari jenis-jenis tersebut, terdapat juga
pelaksanaan yang berikut untuk menguatkuasakan Perintah bayaran mut’ah di bawah
enakmen yang sama:
a.
Saman Penghutang Penghakiman [s. 176(1);
b.
Perintah pengkomitan kerana enggan mematuhi Perintah
melunaskan hutang yang di keluarkan dalam prosiding Saman Penghutang
Penghakiman Penghakiman [s. 179 hingga 183 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah 2002];
Seksyen
176. Permohonan untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman
(1) Jika
penghakiman Mahkamah adalah untuk mendapatkan pembayaran wang, pemiutang
penghakiman yang berhak menguatkuasakan penghakiman itu boleh menghendaki
penghutang penghakiman yang bertanggungan di bawah penghakiman itu hadir di
Mahkamah untuk diperiksa secara lisan tentang keupayaannya membayar atau
menyelesaikan hutang penghakiman itu dan untuk mendapatkan apa-apa harta yang
boleh digunakan bagi pembayaran itu.
Seksyen
179. Permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman
(1) Jika
seseorang penghutang penghakiman tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat
oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, pemiutang penghakiman boleh,
melalui notis penghakiman, meminta penghutang penghakiman itu hadir di Mahkamah
untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana
keingkaran itu.
(2)
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat dan diangkat sumpah oleh pemohon dalam Borang MS 44.
JADUAL KETIGA
Borang MS 44
(Subseksyen 179 (2))
PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN NOTIS PENGHAKIMAN
(Tajuk Am)
Saya .................................................... yang beralamat di ........................ plaintif (atau defendan) dan pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas memohon supaya suatu notis penghakiman dikeluarkan terhadap penghutang penghakiman untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana ingkar membuat pembayaran.
(butir-butir penghakiman dan penghutang penghakiman)
(a) Nama dan alamat penuh penghutang penghakiman.
(b) Tarikh dan butir-butir peirntah bagi pembayaran
yang berkenaan dengannya kemungkiran telah dilakukan.
(c) Jumlah amaun yang telah
dibayar sejak tarikh perintah itu.
(d) Jumlah wang atau ansuran yang berkenaan dengannya
kemungkiran telah dilakukan.
(e) Tarikh jumlah wang atau ansuran itu sepatutnya
telah dibayar mengikut perintah itu.
(f) Pekerjaan penghutang, hal keadaan dan
kemampuannya untuk membayar, setakat yang diketahui oleh pemohon.
Bertarikh pada .............................. haribulan
....................... 20 .........
.................................... Plaintif (atau Defendan) AFIDAVIT SOKONGAN Saya, ............................................................. pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas bersumpah dan menyatakan:
Bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar
sepanjang yang saya ketahui dan percaya.
Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).
|
III.
Satu lagi jenis cara mendapatkan bayaran adalah melalui
apa yang di sebut sebagai pembahagian mengikut kadar [s. 186 dan s. 56
Enakmen];
Seksyen 186. Hasil jualan pelaksanaan hendaklah
dibahagikan mengikut kadar di kalangan pemiutang penghakiman
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika aset dihasilkan
melalui penjualan atau selainnya pada melaksanakan suatu perintah atau
penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan
harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan pada melaksanakan perintah
atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang sama
tetapi belum lagi mendapat penunaiannya, maka aset itu, setelah dipotong kos
penghasilan itu, hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan semua orang
itu:
Dengan syarat bahawa—
(a) jika
harta itu dijual tertakluk kepada suatu gadaian, pemegang gadaian tidaklah
berhak berkongsi dalam apa-apa lebihan yang berbangkit daripada hasil jualan
itu;
(b) jika
mana-mana harta yang kena dijual pada melaksanakan suatu perintah atau
penghakiman adalah tertakluk kepada suatu gadaian, Mahkamah boleh, dengan
persetujuan pemegang gadaian itu, memerintahkan supaya harta itu dijual bebas
daripada gadaian itu, dengan memberi pemegang gadaian itu hak yang sama
terhadap hasil jualan itu seperti yang dipunyai olehnya terhadap harta yang
dijual itu; dan
(c) jika
mana-mana harta tak alih dijual pada melaksanakan suatu perintah atau
penghakiman yang memerintahkan penjualannya bagi melepaskan bebanan atas harta
itu, hasil jualan itu hendaklah digunakan—
(i) pertamanya, bagi menjelaskan perbelanjaan penjualan
itu;
(ii) keduanya, bagi melepaskan wang pokok yang kena
dibayar atas bebanan itu;
(iii) ketiganya, bagi melepaskan wang pokok yang kena
dibayar atas bebanan kemudiannya, jika ada; dan
(iv) keempatnya, dibahagikan mengikut kadar antara
pemegang-pemegang perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap
penghutang penghakiman yang telah, terdahulu daripada penjualan harta itu,
memohon kepada Mahkamah yang meluluskan perintah atau penghakiman itu dan belum
lagi mendapat penunaiannya.
(2) Jika kesemua atau mana-mana aset yang kena
dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang
yang tidak berhak menerima pembahagian itu, mana-mana orang yang berhak
sedemikian boleh mendakwa orang itu supaya memulangkan aset itu.
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat
kuasa untuk mengecewakan atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang di bawah
peruntukan undang-undang bertulis lain patut dibayar mengikut keutamaannya.
Seksyen 56. Hak mendapatkan relief dengan cara
interplider
Jika—
(a) seseorang
bertanggungan berkenaan dengan hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang,
barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan
didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh
dua orang atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan berkenaan dengannya;
atau
(b) tuntutan
dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil
atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa
penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta
sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu
dikeluarkan,
maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh
memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.
IV.
Adakah Saman Interplider juga adalah juga satu lagi cara
[peruntukan Saman Interplider ini terdapat dalam s. 56 – 62 Enakmen]:
Seksyen 57. Tuntutan untuk mendapatkan barang, dsb., yang
diambil dalam pelaksanaan
(1) Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk
mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain
yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa
penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta
sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada
bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah
memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu
hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.
(2) Apabila menerima tuntutan yang dibuat di bawah
seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai
tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang
pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu,
memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia
mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.
(3) Jika—
(a) bailif
menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2)
yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan gagal, dalam
tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki
itu; dan
(b) tuntutan
yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik,
maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk
mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.
(4) Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang
pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah
seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta
tak alih lain yang dituntut itu.
Seksyen 62. Perbicaraan isu interplider
(1) Bahagian XV hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang
perlu, terpakai berhubungan dengan isu interplider sebagaimana Bahagian itu
terpakai berhubungan dengan apa-apa kausa atau perkara lain.
(2) Mahkamah yang membicarakan isu interplider boleh
memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat
dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding
interplider itu.
(3) Penghakiman itu mestilah dalam salah satu bentuk
dalam Borang MS 15.
JADUAL
KETIGA
Borang
MS 15
(Subseksyen 62 (3))
PENGHAKIMAN
(ATAU PERINTAH) MENGENAI SAMAN INTERPLIDER
(Tajuk
Am)
Apabila sahaja Saman Interplider (atau Saman) ini dikemukakan untuk pendengaran di hadapan Yang Arif Tuan Hakim .............................................. pada hari ........... pada .......... haribulan ....... 20 .... dan setelah mendengar keterangan yang dikemukakan dan apa yang dikatakan oleh pihak-pihak (atau Peguam Syarie mereka)
(Masukan
Bahagian Berkuat Kuasa yang berkenaan).
(Bahagian-Bahagian
Berkuat Kuasa)
(a) Di bawah pelaksanaan
Dihakimi mengenai tuntutan ....................................................
ke atas (nyatakan harta) (atau ke atas hasil jualan) (atau nilai) bagi
(nyatakan harta itu) yang diambil dalam pelaksanaan di bawah proses yang
dikeluarkan daripada Mahkamah ini atas permintaan .....................................
pemiutang pelaksanaan, bahawa (nyatakan harta) (atau hasil jualan) (atau
nilai) (atau sebahagian daripada harta tersebut) (atau hasil jualan) (atau
nilai) tersebut iaitu (nyatakannya) itu ialah (atau bukanlah) harta pihak menuntut.
Dan diperintahkan bahawa
............................................................... tersebut
hendaklah membayar kepada ........................ tersebut sejumlah wang
sebanyak RM .............bagi perbelanjaan tambahan pelaksanaan dan
penyimpanan dalam milikan yang disebabkan oleh tuntutan itu).
(Masukkan
arahan tentang pelupusan apa-apa wang di dalam Mahkamah).
(b) Dalam suatu tindakan belum selesai
Pada hari ini dihakimi mengenai tuntutan plaintif dan
pihak menuntut ke atas ...................................... (sebahagian
daripada) hal perkara tindakan ini bahawa tuntutan plaintif (atau pihak
menuntut) adalah sah dan bahawa pihak menuntut (atau plaintif) tidak
mempunyai apa-apa tuntutan mengenainya.
(Dan dihakimi selanjutnya bahawa plaintif (atau pihak
menuntut) berhak mendapat daripada defendan sejumlah wang sebanyak RM
........... kerana hutang dan RM .............. bagi kos yang semua sekali
berjumlah sebanyak RM ...........)
(Dan
diperintahkan - di sini masukkan apa-apa perintah untuk penghantaranserahan
harta itu).
Dan dihakimi selanjutnya bahawa planitif (atau pihak
menuntut) berhak mendapat jumlah wang sebanyak RM ......... daripada pihak
menuntut (atau plaintif) bagi kos ................. (tambah jika apa-apa kos
diawardkan kepada defendan terhadap plaintif atau pihak menuntut).
Dan dihakimi selanjutnya bahawa defendan berhak
mendapat jumlah wang sebanyak RM .......... bagi kos daripada plaintif (atau
pihak menuntut).
(Jika pihak menuntut tidak hadir dan suatu perintah dibuat menghalang tuntutannya, maka teruskan seperti yang berikut:
Dan oleh sebab pihak menuntut
....................................................... tidak hadir, maka
diisytiharkan bahawa ........................................ tersebut dan
semua orang yang menuntut di bawahnya terhalang selama-lamanya daripada
membuat tuntutan itu terhadap palintif dan semua orang yang menuntut di
bawahnya).
(c) Dalam apa-apa hal lain
Pada hari ini dihakimi (di sini nyatakan penghakiman
yang menentukan tuntutan antara pemohon dan mana-mana pihak menuntut yang
hadir atau, jika semua pihak menuntut hadir, penghakiman yang menentukan hak
dan tuntutan semua pihak dan apa-apa perintah tentang pembayaran, atau
penghantarserahan harta dan kos) ....................... ................ ............................................
(Jika mana-mana pihak menuntut tidak hadir dan suatu
perintah dibuat menghalang tuntutannya, maka teruskan seperti yang berikut:
Dan oleh sebab pihak menuntut
................................................. tidak hadir, maka
diisytiharkan bahawa .................................................
tersebut dan semua orang yang menuntut di bawahnya terhalang selama-lamanya
daripada membuat tuntutan terhadap ............................ pemohon dan semua
orang yang menuntut di bawahnya).
(Testimonium)
Bertarikh pada ................ haribulan ................ 20 ............ (Meterai) .............. Pendaftar |
V.
Kuasa kepada Bailif untuk pelaksanaan ada di nyatakan
dalam seksyen155 dan 159 terutama s. 159 (1)(d). Berikut ialah seksyen-seksyen
tersebut:
Seksyen 155. Mengeluarkan perintah pelaksanaan
Tertakluk kepada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh
mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS
35 dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh
dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua
salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada
bailif bagi pelaksanaan.
JADUAL
KETIGA
Borang
MS 35
(Seksyen
155)
PERINTAH
PELAKSANAAN
(Tajuk
Am)
Kepada Bailif,
Atas permohonan pemiutang penghakiman, anda dengan ini
diperintahkan supaya melaksanakan penghakiman bertarikh ..................
haribulan ............. 20 .......... yang diperoleh oleh pemiutang
penghakiman terhadap penghutang penghakiman yang butir-butirnya ialah seperti
yang berikut:
Amaun penghakiman
.................................... ..........................
Kos ..............................................................
Kos bagi perintah ini
..........................................
Amaunyang kena dibayar
.................
Tarikh perintah yang memberikan kebenaran untuk
pelaksanaan ............................... dan anda hendaklah melaksanakan
penghakiman tersebut melalui mana-mana cara yang berikut:
(1)
............................... ............................................
(2) ................................................. ................................. (3) ................................. .............................................
dan bahawa selepas membayar fee yang ditetapkan dan
perbelanjaan pelaksanaan (termasuk kos bagi permintaan untuk mendapatkan
kebenaran pelaksanaan dan kos melaksanakannya), membawa ke dalam Mahkamah
apa-apa wang yang telah dilevikan dan dengan serta-merta mengembalikan
perintah ini kepada Mahkamah.
Bertarikh
pada .......... haribulan .................. 20 ..........
.................. Pendaftar |
Seksyen 159. Jenis pelaksanaan
(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan
bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang
berikut:
(a) mendapatkan
apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih
penghutang penghakiman itu;
(b) menahan
harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan
pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang
kena dibayar oleh muhal ‘alaih kepada penghutang penghakiman itu;
(c) menyita
dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang
diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu ; atau
(d) menahan
pendapatan penghutang penghakiman itu.
VI.
Seksyen 244 Enakmen menyebut mengenai Kuasa sedia ada
Mahkamah. Persoalan mengenai samada dalam
seksyen 244 tersebut terdapat atau tidak bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk
melaksanakan sebarang cara pelaksanaan itu akan di bincangkan kelak termasuklah
persoalan mengenai bidangkuasa untuk memotong gaji/pendapatan, penjualan harta
tak alih dsb. Berikut ialah peruntukan seksyen tersebut:
Seksyen 244. Kuasa sedia ada Mahkamah
Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan
sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat
apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan
penyalahgunaan proses Mahkamah.
VII.
Satu lagi cara untuk isteri menguatkuasakan Perintah mut’ah ialah
dengan memohon sabitan Penghinaan Mahkamah dari Mahkamah di bawah seksyen 229 [walaupun
seksyen itu adalah mengenai kesalahan jenayah tetapi ia berada dalam Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah].
Seksyen 229. Notis menunjukkan sebab
(1) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan
prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam
prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu
ringgit.
(2) Jika penghinaan dilakukan di dalam Mahkamah, maka
tidaklah perlu bagi Mahkamah menyampaikan notis untuk menunjukkan sebab tetapi
Mahkamah hendaklah memastikan bahawa orang yang dikatakan melakukan penghinaan
itu faham tentang jenis kesalahan yang dikatakan terhadapnya dan diberi peluang
untuk didengar untuk membela dirinya, dan Mahkamah hendaklah membuat suatu
rekod yang sepatutnya mengenai prosiding itu.
(3) Dalam hal penghinaan yang dilakukan di luar Mahkamah,
notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh
diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan
melakukan penghinaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan