Sabtu, 2 November 2013

Saman (Siri 5)

Prosedur Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 5).

Berikut ialah ialah satu (1) lagi isu penting mengenai ‘Saman’:

-      Arahan Amalan dari JKSM berkaitan dengan Penyampaian Saman

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Mengenai persoalan tatacara penyampaian Saman ini Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pahang) 2005 seperti juga negeri-negeri lain di Malaysia masih mempunyai lakuna. Ada perkara yang tidak dinyatakan secara terperinci. Maka pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di pertanggungjawabkan untuk memperincikan keperluan yang tidak di nyatakan didalam Enakmen Tatacara tersebut. Perlu di ingat bahawa Arahan Amalan ini tidak sama sekali bertujuan untuk bercanggah dengan peruntukan Enakmen tetapi sebagai penjelasan lanjut mengenai perkara prosedur mal agar prosedur mal di seluruh Malaysia dapat di seragamkan serta selaras. Pihak Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sememangnya akan mematuhi arahan amalan yang disediakan dan diluluskan sebagai amalan prosedur mal yang di gunapakai.

Arahan Amalan ini merupakan surat resmi dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang di tandatangani dan di keluarkan oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kepada semua Y.A.A Ketua-Ketua Hakim Syarie di Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri-Negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu perkataan ‘saya’ dalam Aragan Amalan yang berkenaan adalah merujuk kepada gantinama pertama ‘Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia’. Manakala perkataan ‘Y.A.A’ dalam arahan amalan itu adalah merujuk kepada ‘semua Y.A.A Ketua-Ketua Hakim Syarie, Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri-Negeri di Malaysia’.

Antara Arahan Amalan berkaitan Penyampaian Saman adalah seperti berikut:

1.    Arahan Amalan No. 2 Tahun 2011

ARAHAN AMALAN NO. 2 TAHUN 2011

Tempoh Penyampaian Saman Kediri
Dalam Masa 14 Hari Dari Tarikh Saman Dikeluarkan

Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2011 pada 12 Muharram 1433H bersamaan 7hb Disember 2011 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bagi tujuan penyelarasan tempoh penyampaian saman kediri Defendan. Tempoh penyampaian saman kediri kepada Defendan selain saman yang beralamat di luar bidang kuasa sesebuah mahkamah hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 7 Disember 2011.
2.    Arahan Amalan No. 16 Tahun 2002

 Arahan Amalan No. 16 Tahun 2002
Penyerahan Saman Luar Kawasan

Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerimapakai arahan amalan berhubung tindakan penyerahan saman diluar bidangkuasa, Pendaftar dan Penolong Pendaftar bolehlah diperturunkan kuasa bagi mengeluarkan arahan berkaitan dengan perkara tersebut bagi menyegerakan prosiding kes.
Arahan amalan ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2002

Makna/definisi Arahan Amalan – lihat glosari Mahkamah Syariah dalam laman web:

Amalan:     
Cara suatu prosiding menguatkuasakan hak undang-undang. Ia sebetulnya sama dengan prosedur, tetapi kadangkala ia digunakan untuk menandakan peraturan prosedur yang berbeza dengan yang didapati daripada peraturan-peraturan Mahkamah. Atau boleh diertikan dengan buku mengenai sesuatu amalan dan prosedur, contohnya seperti Arahan Amalan Mahkamah.

Arahan Amalan:  
Pernyataan-pernyataan bercetak, selalunya dikeluarkan oleh ketua Mahkamah atau bahagian yang berkaitan, menunjukkan prosedur yang perlu diikuti dalam hal-hal tertentu atau polisi yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah dalam kes-kes tertentu. Tidak seperti peraturan-peraturan Mahkamah, ia tidak mempunyai kuasa status. Ia selalu diterbitkan dalam laporan undang-undang.

Namun begitu dalam blog ini saya menafsirkan arahan Amalan itu merujuk kepada pemberitahuan bertulis atau arahan bercetak yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kepada semua YAA Ketua-Ketua Hakim Negeri-Negeri di Malaysia mengenai setiap kali keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia yang bersidang pada tarikh yang berkenaan bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai amalan yang harus digunapakai serta dilaksanakan di Mahkamah Syariah agar pentadbiran semua Mahkamah Syariah dapat di selaraskan dan di seragamkan.

Untuk memahami sedikit sebanyak dan secara umum mengenai prosedur serta proses gerak kerja sebelum sesuatu arahan amalan itu di keluarkan, di perturunkan di bawah ini penerangan ringkas oleh Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bertarikh pada 6 Disember 2012 mengenai proses kerja kajian penyelidikan keperluan pembinaan Arahan Amalan sebelum dibentangkan dalam Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan. Selamat membaca.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
PROSEDUR KUALITI
KAJIAN KEPERLUAN PEMBINAAN ARAHAN AMALAN
DISEMAK OLEH
Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Tarikh : 6 Disember 2012

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan menerangkan proses kerja kajian penyelidikan keperluan pembinaan Arahan Amalan sebelum dibentangkan dalam Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan.

2. SKOP

Prosedur ini diguna pakai di JKSM untuk kajian penyelidikan keperluan pembinaan Arahan Amalan bagi pelaksanaan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

3. DEFINISI

BIL.
ISTILAH
PENGERTIAN
3.1

Arahan Amalan
Arahan-arahan bercetak yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie bagi tujuan penyelarasan pentadbiran kehakiman di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

4. SINGKATAN

BIL.
SINGKATAN
PENGERTIAN
4.1
KHS
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
4.2
PBPKR
Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod
4.3
KPP
Ketua Penolong Pengarah
4.4
PPK
Penolong Pengarah Kanan
4.5
PYD
Penyelidik Yang Dilantik (terdiri daripada Penyelidik Hakim Rayuan, Pengarah Bahagian, Penolong Pengarah Kanan/Penolong Pengarah Bahagian Dasar & Penyelidikan dan Pegawai Syariah)
4.6
MJKAA
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan
4.7
MJIAA
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan
4.8
PKHSSM
Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia
4.9
AA
Arahan Amalan

5. RUJUKAN

5.1 Manual Kualiti
5.2 JKSM PKPS 01 – Kawalan Dokumen
5.3 JKSM PKPS 02 – Kawalan Rekod

6. PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
PBPKR/KPP

1. Mengemukakan draf memo perlantikan ahli MJKAA kepada KHS untuk kelulusan dan perlantikan.
KHS
2. Melantik ahli bagi MJKAA.
PBPKR /KPP

3. Menyediakan senarai semak perlantikan Pengerusi dan ahli-ahli MJKAA sebagaimana dalam Lampiran 1.

4. Menerima cadangan maklum balas daripada PKHSSM / Mesyuarat / Muzakarah dan lain-lain forum atas perkara yang perlu dibuat Arahan Amalan.

5. Mengagihkan tugasan kepada PYD untuk menjalankan kajian awal berhubung dengan isu berkaitan pembinaan Arahan Amalan;

PYD

6. Membuat penyelidikan dan menyediakan draf Arahan Amalan.

7. Menyerahkan satu salinan kertas konsep dan draf Arahan Amalan kepada PBPKR untuk dibincangkan di dalam MJKAA.

PBPKR/KPP

8. Mengeluarkan memo mesyuarat kepada ahli-ahli MJKAA yang telah dilantik dengan merujuk kepada senarai perlantikan Pengerusi dan ahli-ahli MJKAA yang terkini.

MJKAA

9. Menyemak, membincang dan memutuskan kertas konsep dan draf Arahan Amalan yang dibentangkan oleh PYD.

10. Jika MJKAA tidak bersetuju dengan kertas konsep yang dibentangkan, arahkan PYD membuat kajian semula untuk penambahbaikkan dan mengulangi langkah kerja 4 hingga 6.

11. Mengangkat kertas konsep AA yang dipersetujui ke MJIAA untuk dimuktamadkan.



7. CARTA ALIRAN [ – kepada proses kerja dan tindakan yang di gariskan di dalam para 6 di atas ini.]

a.  Mula

b. Kemukakan draf memo perlantikan ahli MJKAA kepada KHS untuk kelulusan dan perlantikan.

c.  Lantik Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan

d.  Sediakan senarai semak perlantikan Pengerusi dan ahli-ahli MJKAA

e.  Terima cadangan maklum balas untuk bina AA

f.   Agihkan tugasan untuk membuat kajian kepada PYD

g.  Buat penyelidikan dan sediakan draf Arahan Amalan

h. Serah kertas konsep dan draf Arahan Amalan kepada PBPKR untuk dibincangkan dalam MJKAA

i.  Keluarkan memo mesyuarat kepada ahli-ahli MJKAA dengan rujuk kepada senarai semak terkini

j.  Semak, bincang dan putuskan kertas konsep

k. Setuju -  Ya atau Tidak - [jika setuju teruskan ke bawah (l) dan jika tidak setuju hantar semula ke atas (j) untuk semak, bincang dan putuskan sehingga ada keputusan meneruskan atau tidak]

l. Angkat kertas konsep Arahan Amalan yang dipersetujui ke MJIAA untuk dimuktamadkan

m. Tamat

8. REKOD

BIL.

KETERANGAN

LOKASI

TEMPOH SIMPANAN
8.1
Surat Pelantikan
BPKR
5 tahun
8.2
Minit Mesyuarat
BPKR
5 tahun
8.3
Kertas konsep dan draf Arahan Amalan
BPKR
5 tahun
8.4
Surat/memo agihan tugasan
BPKR
5 tahun

LAMPIRAN 1
SENARAI SEMAK
PENGERUSI DAN AHLI MJKAA

JAWATAN

NAMA

TARIKH LANTIKAN

NOMBOR
SURAT / MEMO LANTIKAN
PENGERUSI



AHLI



AHLI



AHLI





................................................................
NAMA :
JAWATAN :
TARIKH :


Nota: Senarai semak ini hendaklah dikemas kini setiap kali ada pelantikan baru pengerusi dan ahli- ahli MJKAA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan