Rabu, 30 Oktober 2013

Saman (Siri 3)

Prosedur Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 3).

Berikut ialah ialah dua (2) isu mengenai ‘Saman’:

1.       Tempohmasa keesahan Saman; dan
2.       Saman Hilang selepas dikeluarkan oleh Mahkamah.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Isu Pertama: Tempohmasa keesahan Saman.

Saman yang hendak di sampaikan atau di serahkan kepada pihak yang di tuntut (Defendan) [dalam kes mut’ah Defendan itu merujuk kepada si suami] adalah sah kuatkuasanya selama tempoh 12 bulan bermula dari tarikh Saman di keluarkan. Tarikh itu ada di catatkan dalam Saman itu di ruangan sebelum tandatangan dan meterai Mahkamah. Tempohmasa ini boleh di lanjutkan atas permohonan kepada Mahkamah dengan memberi alasan kukuh dan munasabah kenapa Saman itu perlu di lanjutkan tempoh keesahannya serta menyatakan apa usaha munasabah yang telah di ambil sebagai percubaan untuk menyerahkan Saman itu. Permohonan lanjutan masa itu seeloknya di failkan dan di mohon sebelum tarikh tempoh luput Saman tersebut. Jika lanjutan tempoh itu di benarkan ianya hanya untuk tempoh lanjutan masa selama 12 bulan dari tarikh luputnya tempoh keesahan Saman itu ataupun dari tarikh luputnya lanjutan masa yang telah di benarkan sebelum itu.

Contoh:

Tarikh Asal Saman
23.10.10
Tempoh keesahan
23.10.10.hingga 22.10.11
Tarikh Luput
23.10.11
Tarikh Lanjutan Masa @ tempoh keesahan Saman (1) apabila di luluskan
23.10.11
Tempoh keesahan masa lanjutan (1)
23.10.11.hingga 22.10.12
Tarikh Luput lanjutan (1)
23.10.12
Tarikh Lanjutan Masa (2) apabila di luluskan
23.10.12
Tempoh keesahan masa lanjutan (2)
23.10.12.hingga 22.10.13
Tarikh Luput lanjutan (2)
23.10.13

Perkara ini adalah sebagaimana yang di peruntukkan oleh seksyen 11 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 (Negeri Pahang). Berikut ialah kandungan seksyen tersebut:

Seksyen 11. Masa penyampaian
(1) Bagi maksud penyampaian, setiap saman hendaklah sah pada mulanya selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.
(2) Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh keesahan saman itu sebelum tarikh habis tempoh saman itu atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada, sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
(3) Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan tempoh keesahan saman itu dari semasa ke semasa selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua belas bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang mengikuti hari saman itu akan, kalau tidak kerana lanjutan itu, habis tempoh.
Peruntukan seksyen 11 (2) diatas memberi peluang agar permohonan lanjutan masa itu di buat walaupun selepas tempoh Saman itu luput. Ini berdasarkan rangkaikata ‘atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada,’  yang terdapat dalam seksyen itu. Bagi menyokong tafsiran ini seksyen 238 (2) di bahagian XXV Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pahang) 2002 juga di dasarkan. Seksyen 238 itu adalah yang berikut:

Seksyen 238 – Memanjangkan atau memendekkan masa
(1)      Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yamg difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.
(2)      Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam sub-seksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.
Bahkan seksyen 45 Akta Parlimen Malaysia No. 388 iaitu INTERPRETATION ACTS 1948 AND 1967  memperuntukkan:

s. 45 Construction of power to extend time
45. Where in any written law a time is prescribed for doing any act or taking any proceeding and power is given to a court or other authority to extend that time, the power may be exercised by the court or authority although the application for its exercise is not made until after the expiration of the time prescribed.

Akta 388 ini di terima pakai di negeri Pahang oleh Enakmen 2 tahun 1990 - Enakmen Tafsiran (Penerimaan-Pakai Bahagian III Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967) 1990

Seksyen 2. Penerimaan-pakai Bahagian III Akta 388.
2. Peruntukan-peruntukan Bahagian III Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 adalah dengan ini diterimapakai oleh Negeri Pahang.

Apabila Bahagian III diterima pakai maka keseluruhan Akta 388 adalah terpakai kepada negeri Pahang. Lihat seksyen 131 Akta yang memperuntukkan :

PART I of this Act to have effect in adopting States
131. (1) Where one of the States of West Malaysia adopts PART III of this Act in pursuance of Article 76(3) of the Federal Constitution, PART I of this Act with the modifications and additions contained in the Second Schedule, shall apply for the interpretation of  and interpretation otherwise in relation to Enactments of the adopting State enacted after the date of adoption as it applies for the interpretation of and otherwise in relation to Acts of Parliament enacted after the commencement of that Act.
(2) Where by virtue of subsection (1), PART I of this Act applies for the interpretation of and otherwise in relation to an Enactment, that PART shall apply for the interpretation of and otherwise in relation to subsidiary legislation made under that Enactment.

Dalam kes Mat Jagi @ Mohd Razali Bin Hassan (kes Mal No. 12000-099-0001-2010 tidak di lapurkan) Mahkamah Rayuan memberi panduan bahwa terdapat 4 faktor perlu dipertimbangan sebelum lanjutan masa di benarkan apabila berkata:

Kebenaran untuk melanjutkan masa rayuan adalah merupakan budibicara Mahkamah dan Mahkamah dalam melaksanakan budibicaranya akan mengambil kira tempoh kelewatan, alasan kepada kelewatan, kebarangkalian untuk rayuan tersebut dibenarkan dan juga tahap prejudis kepada Responden jika permohonan untuk lanjutan di benarkan.
Walaupun faktor ini hanyalah berbentuk panduan bagi tujuan melaksanakan budibicara tersebut dan tidak bermaksud menjadi satu keperluan yang ketat dan mandatori. Ianya bukan suatu keperluan bahawa semua faktor perlu menyebelahi Pemohon di dalam melaksanakan kuasa budibicara tersebut.

Dalam melaksanakan budicara Mahkamah Sivil dalam kes Thiruchelvasegaran v Mahadevi (1998) 4 MLJ 297 berkata:

Pertimbangan utama dalam menjalankan kuasa budibicara untuk melanjutkan masa ialah samada pihak yang memohon itu jelas dapat menunjukkan bahawa beliau tiada niat untuk mengabaikan atau melanggar sesuatu peraturan atau prosedur itu dan bahawa berlaku kegagalan untuk mematuhi sesuatu peraturan adalah disebabkan oleh faktor luaran.
Menurut Aturan 4 Kaedah 5 (3) Kaedah-Kaedah Prosedur Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Mahkamah tidak akan memberi lanjutan masa tersebut kecuali usaha-usaha yang munasabah telah dibuktikan dibuat untuk menyampaikan saman itu, atau kerana sebab-sebab lain yang dianggap munasabah. Aturan 4 Kaedah 5 (3) itu memperuntukkan :

Kaedah 5. Jangka masa dan pembaharuan saman.

(1) Bagi maksud penyampaian, saman adalah sah pada mula-mulanya selama 12 bulan bermula dari tarikh pengeluarannya. 

(2) Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan, maka Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan keesahan saman itu dari semasa ke semasa bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi 12 bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang berikutan selepas hari yang saman itu akan kalau tidak kerana lanjutan itu tamat, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, jika permohonan minta lanjutan dibuat kepada Mahkamah sebelum hari tersebut atau suatu hari kemudian kelak (jika ada) sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(3) Mahkamah tidak akan memberi lanjutan masa tersebut kecuali usaha-usaha yang munasabah telah dibuktikan dibuat untuk menyampaikan saman itu, atau kerana sebab-sebab lain yang dianggap munasabah.

Walaupun peruntukkan KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH (Negeri Sembilan) 1992 telah di di mansuhkan dan di gantikan  oleh enakmen yang baru iaitu Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang terkini di mana tiada terdapat lagi peruntukkan seumpama Aturan 4 Kaedah 5 (3)  dalam peruntukan prosedur tahun 1992 ini namun prosedur yang lama sedemikian masih boleh di jadikan panduan tafsiran kepada maksud phrasa ‘Kuasa Sedia Ada Mahkamah bagi mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses mahkamah’ sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 244 di bahagian XXV Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang berikut:

Seksyen 244 Kuasa Sedia Ada Mahkamah
Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.
Peruntukkan yang sama sedemikian terdapat juga di bawah seksyen 244 di bahagian XXV Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pahang) 2002 dan adalah sama sepenuhnya.

Satu lagi sandaran untuk mengatakan bahawa dalam afidavit kepada permohonan lanjutan masa yang berkenaan perlu menyatakan alasan kukuh dan munasabah kenapa Saman itu perlu di lanjutkan tempoh keesahannya serta menyatakan apa usaha munasabah yang telah di ambil sebagai percubaan untuk menyerahkan Saman itu adalah kerana terdapat Arahan Amalan No. 2 tahun 2011 dan No. 3 tahun 2011. Arahan-arahan amalan ini menetapkan bahawa tempohmasa serahan penyampaian adalah penting dan di tekankan. Maka jika arahan ini tidak di patuhi maka alasan kukuh perlu di beri mengenainya.

ARAHAN AMALAN NO. 2 TAHUN 2011
Tempoh Penyampaian Saman Kediri
Dalam Masa 14 Hari Dari Tarikh Saman Dikeluarkan

Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2011 pada 12 Muharram 1433H bersamaan 7hb Disember 2011 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bagi tujuan penyelarasan tempoh penyampaian saman kediri Defendan. Tempoh penyampaian saman kediri kepada Defendan selain saman yang beralamat di luar bidang kuasa sesebuah mahkamah hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 7 Disember 2011.

ARAHAN AMALAN NO. 3 TAHUN 2011
Tempoh Penyampaian Saman Gantian Dalam
Masa 14 Hari Dari Tarikh Perintah Saman Gantian Dikeluarkan

Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2011 pada 12 Muharram 1433H bersamaan 7hb Disember 2011 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bagi tujuan penyelarasan tempoh proses penyempurnaan saman gantian. Tempoh penyampaian Saman Gantian hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Perintah Saman Gantian dikeluarkan.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 7 Disember 2011.

Kuasa Mahkamah untuk mebenarkan lanjutan masa terikat dengan faktor mencegah ketidakadilan dan salah guna proses Mahkamah. Oleh itu jika perlanjutan masa keesahan Saman itu di buat selepas berkuatkuasanya tempoh had batasan masa  membuat tuntutan (merujuk kepada kausa tindakan) maka permohonan lanjutan masa itu wajar di tolak. Had batasan masa yang di rujuk kini adalah terhadap batasan had masa kepada kausa tindakan. Kausa tindakan adalah perkara yang ingin di tuntut di mahkamah oleh Plaintif seperti tuntutan harta sepencarian, mut’ah, nafkah dan lain-lain. Arahan Amalan No. 2 tahun 2008 adalah berkaitan dan di perturunkan di sini:

ARAHAN AMALAN NO. 2 TAHUN 2008
Permohonan / Tuntutan Yang Tiada Had Masa

Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2008 pada 11 Jamadilakhir 1429H bersamaan 15hb. Jun 2008 telah bersetuju dan mengesahkan bahawa mana-mana permohonan atau tuntutan yang perlu diambil perhatian oleh seseorang yang berkepentingan di Mahkamah.

2. Permohonan atau tuntutan tersebut tidak menyatakan had masa untuk mengambil tindakan hendaklah ianya dilakukan dengan apa cara sesegera yang mungkin. Mahkamah dalam hal ini bolehlah merujuk kepada penghakiman kes Kerajaan Negeri Terengganu lwn. Tengku Ibrahim dalam Jurnal Hukum Jld. 24 Bhg. 2 sebagai panduan sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada menerima atau menolak tuntutan tersebut.

Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai 30 Jun, 2008.

ARAHAN AMALAN NO. 2 TAHUN 2008  adalah mengenai tuntutan seperti mut’ah yang tidak di peruntukan oleh enakmen. Arahan ini memberikuasa untuk Mahkamah merujuk kepada suatu kes keputusan Mahkamah Rayuan Syariah iaitu kes Kerajaan Negeri Terengganu v Y.A.M. Tengku Ibrahim bin Sultan Ismail Nasaruddin Shah 24 [2007] 2 JH 251 di mana Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu di ms 263 – 268 telah berkata:

a) Berkenaan memfailkan kes melebihi had masa

Semasa di Mahkamah Tinggi Syariah, isu yang di timbulkan untuk di pertimbangkan sama ada sah atau tidak ke atas sesuatu tuntutan yang melangkau masa 80 tahun, melalui kronologi kes, hujah-hujah, ekshibit dari kedua-dua pihak kami dapati sehingga kes ini di failkan, sejarahnya telah melewati lebih 80 tahun.
...
Setelah kami meneliti segala hujah, kami dapati benarlah tempoh had masa bagi sesuatu tuntutan tidak diperuntukan. Oleh itu kami berpendapat hanya melalui Hukum Syarak sahajalah satu-satunya yang masih ada untuk menyelesaikan dalam rayuan ini. Bersesuaian dengan sek. 245(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Seksyen ini memperuntukkan:

‘Jika terdapat lacuna atau apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.’

Dalam Hukum Syarak, Islam tidak mengiktiraf kaedah berlalu masa yang lama itu sebagai pemilikan atau pengguguran sesuatu hak, tetapi dianggap masa yang lama itu sebagai penghalang daripada mendengar sesuatu dakwaan tentang hak yang didakwa ada pada suatu masa dahulu yang telah lama berlalu. Halangan ini dikenakan bagi mengelakkan masalah pembuktian dan keraguan asal hak.

Kes Tuan Awang bin Tuan Mamat dan 7 Orang Lain v Tuan Alam bin Tuan Ahmad dan Seorang Lain [2006] 22 (ii) JH 207 ... Setelah menyedari, di mana tuntutan ini dibuat, masanya telahpun berlalu melewati 50 tahun. Y.A. Hakim ketika memutuskan had masa ini, beliau dengan memetik huraian mengenai masa berlalu oleh Dr. Wahbah Zuhaili yang berkata, bahawa ahli fekah telah menetapkan dengan 33 tahun, dan dalam al-Majallah (Perkara 1661 dan 1662) telah menetapkan 15 tahun. Ini bermakna Plaintif boleh dibenar membuat tuntutan harta sepencarian dalam tempoh yang tidak melebihi 33 tahun.

1.       Berbalik  kepada kes rayuan ini, undang-undang yang terpakai ialah Hukum Syarak. Dalam Hukum Syarak mengikut huraian Dr Wahbah Zuhaili dihadkan kepada 33 tahun sebagai berlalu masa. Pada hemat kami sekalipun hujah Responden had masa 33 tahun sebagai tidak terpakai dalam kes ini lantaran kes ini berlaku terlebih dahulu daripada pendapat ini, tetapi dengan berlalu masa yang lama itu menjadikan ia satu penghalang pula kepada hakim untuk mendengar sesuatu dakwaan yang didakwa ada pada suatu masa lama dahulu. Seperti mana yang ditegaskan oleh Dr Wahbah Zuhaili dalam bukunya, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Jld.4, hlm. 69 yang menyatakan:

... bermaksud:
Islam tidak mengakui kaedah berlalunya masa lama itu sebagai sebab pemilikan, tetapi kaedah berlalu masa dianggap sebagai penghalang daripada didengar sesuatu dakwaan tentang hak yang didakwa ada pada suatu masa dahulu yang lama telah berlalu demi untuk melicinkan perjalanan kehakiman pada waktunya dan supaya masalah pembuktian dan keraguan tentang asal hak dapat dielakkan.

Mengikut pendapat al-Alim al-‘Allamah al-Sayed Mohamad Amin bin Omar Abd Aziz bin Ahmad bin Abdul Rahim yang keturunannya sampai kepada Sayyidina al-Hussain menerangkan dalam kitab Tanqih al-Fatawa al-Hamidiyah di bawah tajuk kitab al-Da’wa menyatakan:

... bermaksud:
Ditanya berhubung dengan harta tak alih yang berada di tangan Zaid yang menerimanya serta menmerintahnya dan menguruskannya dalam masa lebih daripada empat puluh tahun (40 tahun) tanpa ada bangkangan dan bantahan dan omar mengetahui keadaan itu dan dia tidak mendakwa atas Zaid menuntut harta itu sedangkan tidak ada halangan dari segi syarak untuk berbuat demikian, maka adakah tidak boleh didengar dakwaan ke atas Zaid dan waris-warisnya selepas itu dan biar sahaja di tangan orang yang menguruskannya kerana suasana itu sendiri sebagai saksi? (Jawapannya:) Ia, begitulah sepertimana dijelaskan dalam kitab Jami’ al-Fatawa dan mereka yang kemudian dari kalangan ahli fatwa menjelaskan juga tidak boleh didengar sesuatu dakwaan selepas tempoh tiga puluh enam tahun (36 tahun) dikecualikan orang yang berhak mendakwa itu ghaib (tidak ada atau kanak-kanak atau gila) dan kedua-duanya tidak ada penjaga atau pihak yang kena dakwa, raja yang zalim ditakuti daripadanya, ini dijelaskan di dalam al-Fatawa al_Attabiah dan dijelaskan lagi dalam kitab al-Bahri ‘An al-Mabsur tinggal tidak membuat apa-apa dakwa selama tiga puluh tiga tahun (33 tahun) tanpa ada apa-apa halangan daripada membuat demikian, kemudian selepas itu baru dikemukakan dakwaan (tuntutan), tidak boleh didengar dakwaannya kerana tinggal tidak membuat dakwaan sedangkan dia boleh berbuat demikian menunjukkan dia tidak mempunyai hak pada zahirnya.

Oleh yang demikian, dengan berpandukan alasan yang di kemukakan, maka kami membuat keputusan Rayuan isu ini diterima.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu ‘Arahan Amalan’? Secara ringkasnya Arahan-Arahan Amalan ini di keluarkan oleh Pengarah/Ketua Hakim Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk di gunapakai dan di tadbirkan secara seragam di semua Mahkamah Syariah di Malaysia. Dalam siri lain blog ini akan menulis mengenai perkara Arahan Amalan ini.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Isu Kedua: Saman Hilang selepas dikeluarkan oleh Mahkamah.

Mengenai perkara ini seksyen 12 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pahang) 2002 ada jawapannya. Apa yang perlu dibuat ialah menghubungi Mahkamah secara bertulis memaklumkan kehilangan Saman tersebut dan selepas itu jika Mahkamah berpuashati akan kedudukannya maka Mahkamah boleh membuat Perintah sebagaimana yang disebut dalam peruntukan seksyen 12 tersebut.

Seksyen 12. Kehilangan saman
Jika sesuatu saman hilang selepas dikeluarkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya dikeluarkan suatu saman baru yang mengandungi tarikh, dan mempunyai kesan yang sama seperti saman asal.



Selasa, 22 Oktober 2013

Saman (Siri 2)

Prosedur Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 2).

Pemfailan Saman:
Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam posting sebelum ini setiap Saman hendaklah distaplerkan bersama dengan dokumen pliding yang bernama Pernyataan Tuntutan. Ini adalah kehendak seksyen 8 (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 yang berkenaan. Perkataan ‘hendaklah’ yang terdapat dalam seksyen 8 tersebut adalah membawa maksud kemestian dan mandatori. Maka dengan itu tanpa dokumen pliding ini (iaitu Pernyataan Tuntutan) disertakan bersama-sama Saman maka pemfailan Saman itu tidak akan diterima untuk pendaftaran.

Seksyen 8. Bentuk saman
Tiap-tiap saman—
(a) hendaklah dalam Borang MS 2; dan
(b) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tuntutan yang hendaklah mematuhi kehendak seksyen 63.

Peruntukan seksyen 63 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 adalah seperti berikut:

Seksyen 63. Pernyataan tuntutan
(1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi—
(a) suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan-perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
(b) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(c) suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan
(d) butir-butir mengenai apa-apa permohonan lain.

(2) Jika lebih daripada satu kausa tindakan dijadikan sandaran, alasan bagi setiap satu tindakan dan relief yang dituntut berdasarkan kausa itu hendaklah dinyatakan secara berasingan. 

Contoh Pernyataan Tuntutan kes mut’ah adalah seperti berikut:

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1.   Plaintif adalah bekas isteri kepada Defendan dan beralamat di No. 9XT Jalan KKK, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darulmakmur.

2.    Defendan adalah bekas suami kepada Plaintif dan beralamat di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

3.   Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 04.04.1999. Pada 04.04.2009 Plaintif telah bercerai dengan Defendan. Perceraian diluar Mahkamah tersebut kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lipis dalam kes mal No. 06010-054-0000-2009.

Dikepilkan disini salinan Surat Perakuan Perceraian No: SPP 00tttt dan ditanda sebagai ekshibit ‘A’.

4.  Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan telah di kurniakan dengan 4 orang anak (selepas dari ini dirujuk sebagai “anak-anak tersebut”) iaitu :

                   NAMA                                          TARIKH LAHIR   UMUR
a)      
b)      
c)      
d)

Dikepilkan disini salinan Sijil Kelahiran bagi setiap anak-anak tersebut dan secara kolektif  ditanda sebagai ekshibit ‘B’.

5.  Semasa bercerai tiada apa-apa perintah berhubung mut’ah dibuat. Sehingga kini tiada apa-apa pemberian samada berbentuk wang atau harta benda diberikan Defendan kepada Plaintif berhubung dengan perkara tersebut.

6.  Selepas perceraian, anak-anak tersebut dipelihara dan tinggal di bawah jagaan Plaintif.

7.  Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, Plaintif telah menjalankan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri menurut hukum syara’ serta tidak pernah berkelakuan yang tidak selayaknya sebagai seorang isteri kepada Defendan.

8.   Pada awal perkahwinan, Plaintif dan Defendan hidup dengan bahagia.

9.   Sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, Plantif telah banyak memberi sokongan dari segi material dan fizikal serta berkorban untuk kebaikan Defendan dan demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

10.   Namun masalah rumahtangga antara Plaintif dan Defendan akhirnya muncul dan pada 04.04.2009 Defendan telah menceraikan Plaintif dengan talak tiga kali.

11.   Perceraian tersebut juga telah menyebabkan Plaintif berasa amat malu, terhina, kecewa dan tertekan. Plaintif amat memerlukan sokongan bagi menghadapi masyarakat sekeliling.

12.  Plaintif percaya bahawa berdasarkan peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 bahawa Defendan adalah seorang yang bertanggungjawab memberikan bayaran mut’ah kepada Plaintif selaku bekas isterinya.

13.   Defendan juga berkemampuan dari segi kewangan dan mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang Pengurus di Syarikat Kewangan XXYYZZ di Shah Alam dengan pendapatan yang lumayan. Defendan juga membuat pekerjaan lain sebagai punca pendapatan sampingannya.

14.     Oleh yang demikian Plaintif memohon Perintah berikut:-

i.  Defendan membayar wang sebanyak RM 50,000-00 sebagai bayaran mut’ah menurut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 kepada Plaintif atau apa-apa jumlah yang difikirkan patut oleh Mahkamah ini.

ii.  Defendan menanggung kos tindakan dan prosiding  ini;

iii. Lain-lain relief yang difikirkan sesuai manfaat oleh Mahkamah.

Bertarikh pada           haribulan            2013.



                                                                           ......………………………..
                                                                              Peguam Syarie Plaintif


Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.


Apabila pemfailan tuntutan hendak dilakukan di Mahkamah perkara/dokumen berikut perlu di serahkan kepada kaunter pejabat pendaftaran Mahkamah yang berkenaan:

i. Saman & Pernyataan Tuntutan – sebanyak tiga salinan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 9 enakmen. Namun secara amalan biasa Peguam Syarie akan memfailkan 4 salinan kerana di khuatiri serahan kediri Defendan tidak dapat dilaksanakan yang mana serahan secara gantian dengan menampalkan dokumen-dokumen ini di papan kenyataan Mahkamah dan premis alamat terakhir Defendan. Seksyen 9 itu memperuntukkan:

Seksyen 9. Salinan saman
Tiap-tiap saman terhadap seorang defendan hendaklah dikemukakan untuk difailkan dalam tiga salinan dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap defendan tambahan.

ii. Satu salinan Kad Pengenalan Plaintif/isteri;

iii.a. Surat/Dokumen Pengesahan Tempat Tinggal Plaintif (Pemohon)
(Jika alamat di dalam kad pengenalan anda bukan di dalam kawasan bidangkuasa tempatan Mahkamah tersebut sila dapatkan pengesahan tempat tinggal Qaryah daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua Kesatuan Penduduk/bil air/bil elektrik)

Contoh kandungan surat pengesahan mastautin/tempat tinggal yang di yang keluarkan oleh Penghulu ataupun oleh Pengerusi JKKK adalah seperti berikut:

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan,

PENGESAHAN BERMASTAUTIN BAGI PUAN .... [KPPN No: ....]

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Setelah mendapat maklumat daripada penama seperti di atas adalah dengan ini disahkan bahawa penama yang tersebut adalah bermastautin di Daerah ini semenjak ... tahun yang lalu dan kini menetap di alamat ....

3. Semoga permohonan beliau mendapat perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan.

Sekian di maklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


...... tt ....
( .... nama .... )
Penghulu Mukim ....  (meterai/cop resmi)

iii.b. Surat Pengesahan Majikan (Jika anda anggota Polis/Tentera);

iv. Salinan Surat Cerai

v. Sijil Kelahiran Anak – anak (jika ada)

vi. Satu salinan Wakalah - jika khidmat Peguam Syarie digunakan. Seksyen 34 enakmen adalah peruntukan mengenai wakalah ini.

Seksyen 34. Wakalah
(1) Pelantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar.
(2) Jika seorang Peguam Syarie telah menerima perlantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam Borang MS 5.

Borang MS 5
(Subseksyen 34 (2))

WAKALAH PEGUAM SYARIE

(Tajuk Am)

Saya ....................................................................... Plaintif (atau defendan) yang dinamakan di atas K.P.P.N. No. ................................ yang beralamat di ..................................................... dengan ini melantik ....................................... daripada Tetuan ................................... untuk mewakili saya dan bertindak bagi pihak saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan dengannya.

Bertarikh pada ................ haribulan ........... 20 ......

.................................
Plaintif/atau Defendan

Saya ............................................................ dengan ini menerima pelantikan yang disebut terdahulu.

Bertarikh pada .............. haribulan ............. 20 .......

........................
Peguam Syarie
Di hadapan saya,

.........................
Hakim/Pendaftar

Wakalah ini difailkan oleh Tetuan .................................................... bagi pihak plaintif (atau defendan) yang beralamat di ............ ................... ............................................................................................


Contoh wakalah:

Borang MS 5
[Subseksyen 34 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002]

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

WAKALAH

Saya, AAAA BINTI BBBB [KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot] Plaintif yang dinamakan di atas yang beralamat di No. 9XT Jalan KKK, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darulmakmur dengan ini melantik Peguam Syarie ENCIK RRRR dari Tetuan RRRR & SSSS untuk mewakili saya dan bertindak bagi pihak saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan dengannya.

Bertarikh pada       haribulan                     2013.


            .........................................................
AAAA BINTI BBBB

Saya ZULKIFLI BIN OTHMAN dengan ini menerima perlantikan yang disebut terdahulu.

Bertarikh pada                haribulan                      2013.


                                                   
 ------------------------------
RRRR / Peguam Syarie                                                                                  
Di hadapan saya,


.........................................
HAKIM / PENDAFTAR

WAKALAH ini difailkan oleh difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

vii. Jika Defendan/suami beralamat diluar bidangkuasa negeri Mahkamah yang terlibat maka Permohonan Serahan Saman Luar bidangkuasa perlu dikepilkan beserta Perintah Derafnya.
Lihat peruntukan seksyen 52 berikut:

Seksyen 52. Bila dibenarkan
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa jika—
(a) keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubungan dengan harta tak alih yang terletak dalam Negeri Pahang;
(b) apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Negeri Pahang;
(c) tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Negeri Pahang, seseorang di luar negeri Pahang ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
(d) dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, kemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di Negeri Pahang.

(2) Tertakluk kepada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu hendak dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.

Contoh Permohonan itu adalah dibawah ini:

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

PERMOHONAN (EX-PARTE)
[Subseksyen 13(1), 52 dan 54
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002]

Ambil perhatian bahawa AAAA BINTI BBBB Plaintif yang dinamakan diatas akan memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lipis pada hari           pada     haribulan                      2013 pukul
pagi/petang untuk mendapatkan suatu Perintah bahawa:-

i.             Penyampaian Saman dan Pernyataan Tuntutan dalam tindakan ini diluar bidang kuasa tempatan Mahkamah ini keatas Defendan dibenarkan untuk dilaksanakan oleh Plaintif dialamat Defendan di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan; dan/atau

ii.           Lain-lain relif atau Perintah yang Mahkamah ini rasakan sesuai.

Alasan-alasan permohonan adalah sepertimana yang dinyatakan didalam Afidavit yang dilampirkan. 

Bertarikh pada     haribulan Jun 2013.

                                                                                                ....................................
             Peguam Syarie Plaintif

PERMOHONAN ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.


DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

AFIDAVIT

Saya RRRR [KPPN NO: ------] yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

1.   Bahawa saya telah diarahkan Plaintif dengan sempurnanya untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pehaknya selaku Peguam Syarie. Plaintif ingin memfailkan suatu tindakan untuk menuntut pembayaran mut’ah terhadap Defendan yang beralamat di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tempat tersebut adalah disatu kawasan diluar bidangkuasa Mahkamah Yang Mulia ini.

2.   Bahawa saya sesungguhnya percaya bahawa Defendan adalah satu pihak yang perlu dan patut dalam tindakan tersebut selaku pihak yang terlibat. Plaintif dengan itu tidak dapat meneruskan tindakan ini dengan wajar terhadap Defendan jika Saman dan dokumen yang diperlukan dalam tindakan ini tidak dapat diserahkan terlebih dahulu keatas Defendan.

3.   Saya bagi pehak Plaintif dengan ini memohon agar suatu Perintah dibawah sub-seksyen 52 dan 54 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah supaya Saman dan proses yang berkaitan dengannya keatas Defendan dapat diserahkan dan disempurnakan diluar bidangkuasa tempatan Mahkamah ini.

Di ikrarkan pada    haribulan Jun 2013             ]
di                                                                        ]               
oleh RRRR                                                           ]

Dihadapan saya


……………………………….
Hakim/Pendaftar

AFIDAVIT ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Contoh Deraf Perintah: 

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO: 06010-016- ???      TAHUN 2013

ANTARA

AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii / paspot ]                                            … PLAINTIF

DAN

CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss]                                                …DEFENDAN

DI HADAPAN YANG ARIF  HAKIM
TUAN .....................................
HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH                       
KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR                       DALAM KAMAR
PADA     HARIBULAN JULAI 2013

[DRAF] PERINTAH UNTUK PENYAMPAIAN DILUAR BIDANGKUASA

PERMOHONAN INI setelah dipanggil pada pada hari ini untuk perbicaraan dan didalam kehadiran Peguam Syarie Plaintif Encik RRRR dan secara ex-parte dan setelah meneliti permohonan Plaintif serta dokumen yang difailkan

MAKA ADALAH PADA HARI INI DIPERINTAHKAN bahawa Penyampaian Saman dan Pernyataan Tuntutan dalam tindakan ini diluar bidang kuasa tempatan Mahkamah ini keatas Defendan dibenarkan untuk dilaksanakan oleh Plaintif dialamat Defendan di No. 4 Jalan  XYZ, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bertarikh pada    haribulan Julai 2012.


Deraf Perintah untuk kelulusan Tuan,


……………………………
Peguam Syarie Plaintif

Diluluskan,


-----------------------------
HAKIM / PENDAFTAR

         PERINTAH (Deraf) ini telah difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Walaupun pada asalnya Permohonan Untuk Kebenaran Penyerahan Saman Luar Bidangkuasa di dengar di hadapan Hakim namun kuasa ini boleh di turunkan oleh Hakim kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar demi untuk mempercepatkan proses serahan Saman. Kuasa ini di berikan oleh Arahan Amalan No. 16 tahun 2002. Berikut ialah arahan amalan tersebut:

 Arahan Amalan No. 16 Tahun 2002
Penyerahan Saman Luar Kawasan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerimapakai arahan amalan berhubung tindakan penyerahan saman diluar bidangkuasa, Pendaftar dan Penolong Pendaftar bolehlah diperturunkan kuasa bagi mengeluarkan arahan berkaitan dengan perkara tersebut bagi menyegerakan prosiding kes.

Arahan amalan ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2002

viii. Bayaran Pendaftaran (ditentukan semasa pendaftaran) – di negeri Pahang bayaran ini di panggil fi Mahkamah dan ada di tetapkan di dalam Jadual Pertama KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005.

Kaedah 2. Fi Mahkamah
Fi Mahkamah hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

JADUAL PERTAMA
FI MAHKAMAH

No.
Butiran
Fi MRS
(RM)
Fi MTS
(RM)
Catatan
Am
1.
Apabila memeteraikan saman untuk memulakan tindakan atau memfaikan tuntutan balas, jika -
(a) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang tidak melebihi RM100,000.00;
25.00
(b) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang melebihi RM100,000.00.
50.00
6
Apabila memfailkan notis kehadiran/ wakalah bagi setiap orang.
5.00
10.00
7
Apabila memeteraikan notis permohonan 
interlokutori.
10.00
20.00
8
Apabila memohon penyampaian proses
atau notisnya di luar bidang kuasa.
20.00
20.00
Saman
12
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa perintah yang dibuat dalam Kamar.
10.00
20.00
13
Apabila mencatatkan atau memeteraikan penghakiman atau perintah yang diberikan, diarahkan atau dibuat dalam perbicaraan, pendengaran atau pertimbangan lanjut sesuatu kausa atau perkara dalam Mahkamah.
25.00
50.00
14
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa penghakiman atau perintah lain di mana tiada fi diperuntukkan dengan khususnya.
10.00
20.00
32
Apabila memfailkan afidavit atau afidavit tambahan, bagi setiap orang yang membuatnya.
3.00
3.00


Dan bagi setiap ekshibit yang dikehendaki ditandakan.
1.00
1.00

34.
Bagi setiap percubaan untuk menyampaikan kepada setiap orang akan apa-apa proses atau prosiding yang dikehendaki disampaikan oleh Mahkamah.
2.00
2.00

35.
Dan jika lebih daripada 3 kilometer dari Mahkamah bagi tiap-tiap kilometer tambahan.
2.00
2.00







Setelah semua dokumen dan maklumat diatas di serah di kaunter Mahkamah untuk tujuan pendaftaran maka proses selanjutnya ada di nyatakan di dalam seksyen 10 enakmen yang memperuntukan seperti berikut:

Seksyen 10. Pengeluaran dan penyampaian
(1) Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan—
(a)  jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
(b)  jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah diperlukan,

Pendaftar hendaklah memberikan suatu nombor bersiri padanya, memeteraikan, menandatangani dan mengeluarkannya.

(2)   Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.

Rujukan kes kepada Pegawai Sulh oleh Pendaftar Mahkamah semasa peringkat pendaftaran kes

Setelah Saman tuntutan mut’ah itu di daftarkan proses selanjutnya ialah kes tersebut di rujuk kepada Pegawai Sulh untuk tujuan penyelesaian tuntutan diantara pihak-pihak yang bertikai. Ini adalah terpakai bagi Mahkamah yang mempunyai Pegawai sulh. Jika tiada Pegawai sedemikian maka prosesnya adalah seperti kes biasa yakni Saman yang telah dimeteraikan akan di kembalikan kepada Peguam Syarie Plaintif ataupun jika Plaintif bertindak bersendirian maka proses serahan Saman akan di laksanakan oleh Plaintif ataupun oleh Penyampai Saman Mahkamah yang berkenaan.

Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ada mengeluarkan Arahan Amalan No. 1 tahun 2010 mengenai proses Sulh ini.

 ARAHAN AMALAN NO. 1 TAHUN 2010
Penentuan Kes Yang Perlu Dirujuk Ke Majlis Sulh
Pada Peringkat Pendaftaran Kes
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil. 1 Tahun 2010 pada 14 Sya’ban, 1431H bersamaan 26hb. Julai 2010 telah bersetuju dan mengesahkan bahawa kes-kes yang dinyatakan di bawah ini perlu dirujuk ke Majlis Sulh semasa peringkat pendaftaran kes di Mahkamah Syariah.

009 - Tuntutan Gantirugi Pertunangan
016 - Tuntutan Muta’ah
017 - Tuntutan Harta Sepencarian
018 - Tuntutan Nafkah Isteri
019 - Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
020 - Tuntutan Cagaran Nafkah
021 - Tuntutan Nafkah Eddah
022 - Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
023 - Tuntutan Tunggakan Nafkah
024 - Tuntutan Nafkah Anak
025 - Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
026 - Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
028 - Tuntutan Hadhanah
049 - Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
059 - Tuntutan Hak Tempat Tinggal
060 - Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
062 - Tuntutan Isteri Kembali Taat
063 - Tuntutan Mas Kahwin

2 Bagi kes-kes ex-parte (interim) tidak perlu melalui proses Sulh.

3. Bagi kes-kes yang telah melalui proses pengantaraan di Jabatan Bantuan Guaman Malaysia tidak perlu dirujuk ke Majlis Sulh pada peringkat pendaftaran

4. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2000, No. 9 Tahun 2003, No. 14 Tahun 2004 dan No. 14 Tahun 2005 adalah berkaitan.

Arahan ini berkuatkuasa mulai 30 Julai 2010.

Proses Sulh ini tidak akan di bincangkan dalam posting kali ini. Namun secara ringkasnya memadai di nyatakan bahawa sekiranya pihak-pihak suami-isteri tersebut bersetuju dan mencapai kata sepakat terhadap tuntutan mut’ah yang berkenaan maka kes tersebut tidak akan dibicarakan dan pihak-pihak akan memasuki Perjanjian Penyelesaian Sulh dan kemudian di rakamkan di hadapan Hakim sebagai Penghakiman Persetujuan. Penghakiman sedemikian menjadi muktamad - lihat peruntukan seksyen 131 dan seksyen 94 enakmen sebagaimana dibawah ini.

Seksyen 131. Penghakiman persetujuan
Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak, termasuklah sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada bila-bila masa.

Seksyen 94. Penyelesaian tindakan

Jika dengan persetujuan pihak-pihak sesuatu tindakan telah diselesaikan, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan persetujuan pihak-pihak itu merekodkan hakikat penyelesaian itu dengan terma-termanya, dan rekod penyelesaian itu hendaklah menjadi pembelaan dengan cara res judicata dalam tindakan kemudiannya bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matanya adalah sama.