Prosedur
Tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah – Saman (Siri 1).
Merangka
‘Saman’ :
Sebagaimana yang telah diterangkan dalam posting
sebelum ini setiap prosiding tuntutan untuk pembayaran bayaran mut’ah yang
ingin difailkan ke Mahkamah oleh pihak isteri yang telah diceraikan terhadap
bekas suaminya hendaklah dimulakan dengan memfailkan Saman. Ini adalah
keperluan yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 (1) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Pahang) 2002. Kedudukan sedemikian juga perlu di patuhi
di bawah peruntukan undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah di kesemua
negeri-negeri lain di Malaysia. Perundangan di setiap negeri mempunyai
undang-undang tatacara mal masing-masing untuk di gunapakai oleh Mahkamah
Syariah di negeri masing-masing namun peruntukan di kesemua negeri itu adalah
sama yakni in pari-materia.
Seksyen 7. Cara memulakan prosiding mal
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau
mana-mana undang-undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah
dimulakan melalui saman.
Dalam merangka
dan memfailkan Saman pihak yang ingin menuntut bayaran mut’ah itu perlu
terlebih dahulu mengenalpasti Mahkamah Syariah mana yang berbidangkuasa untuk
mendengar dan membicarakan kes tuntutan mut’ah yang berkenaan.
Jika nilaian
tuntutan adalah kurang dari RM 100,000.00 maka Saman hendaklah difailkan di
failkan di Mahkamah Rendah Syariah. Jika nilai yang ingin di tuntut adalah RM
100,000.00 ataupun lebih maka Saman hendaklah di failkan di Mahkamah Tinggi
Syariah.
Diperuntukkan
oleh seksyen 48 (2)(b) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (Negeri
Pahang) 1991 bahawa:
(2)
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
(a) ...
(b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang Mahkamah Rendah Syariah dibenarkan mendengar dan
memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak
melebihi seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan
wang.
Diperuntukkan
oleh seksyen 47 (2)(b) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (Negeri
Pahang) 1991 bahawa:
Seksyen
47. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
(1)
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri
Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2)
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah -
(a) ...
(b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan -
(b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan -
(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (faraq);
(ii) ...
(iii) ...
(iv) ...
(v) ...
(vi) ...
(vii) ...
(viii) ...
(ix) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa
diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Peruntukan seksyen 48 di atas adalah
spesifik serta jelas bahawa tuntutan hendaklah di failkan di Mahkamah Rendah
Syariah sekiranya nilai bayaran mut’ah yang ingin dituntut adalah kurang dari
RM 100,000.00. Jika nilai tuntutan
adalah RM 100,000.00 dan keatas maka Saman atau tuntuan hendaklah di failkan di
Mahkamah Tinggi Syariah yang berkenaan. Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa
juga mendengar dan memutuskan kes yang difailkan sedemikian walaupun untuk
memerintahkan bahawa nilai anugerah jumlah mut’ah yang diperintahkan adalah
kurang dari RM 100,000.00 ataupun menolak tuntutan yang di buat.
Selain dari bidangkuasa had nilai tuntutan
perlu juga dilihat aspek bidangkuasa tempatan Mahkamah juga.
Diperuntukkan
oleh seksyen 48 (1) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (Negeri
Pahang) 1991 bahawa:
Seksyen
48. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1) Mahkamah
Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan
bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim
Mahkamah Rendah Syariah.
Di negeri
Pahang carta organisasi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang mengenai Mahkamah
Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah adalah sebagaimana berikut:
Terdapat dua
(2) buah Mahkamah Tinggi Syariah – sebuah di Kuantan dan sebuah lagi di
Bentong.
Terdapat 13
buah Mahkamah Rendah Syariah di seluruh negeri Pahang.
Mahkamah
Rendah Syariah (MRS) di kawasan berikut adalah di bawah hierarki Mahkamah
Tinggi Syariah (MTS) di Kuantan:
i.
MRS
Kuantan;
ii.
MRS
Pekan;
iii.
MRS
Rompin;
iv.
MRS
Maran;
v.
MRS
Muadzam Shah;
vi.
MRS
Maran; dan
vii.
MRS
Chenor
Mahkamah
Rendah Syariah (MRS) di kawasan berikut pula adalah di bawah hierarki Mahkamah
Tinggi Syariah (MTS) di Bentong:
i.
MRS
Temerloh;
ii.
MRS
Bera;
iii.
MRS
Jerantut;
iv.
MRS
Raub;
v.
MRS
Kuala Lipis;
vi.
MRS
Cameron Highlands; dan
vii.
MRS
Bentong.
Kawasan
pembahagian bidangkuasa tempatan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang di sebut diatas
adalah berdasarkan daerah permastautinan pihak yang terlibat.
Bagi kawasan
Gugusan FELDA Jengka pula ianya di bahagi kepada 3 kawasan had bidangkuasa
tempatan Mahkamah Rendah Syariah iaitu
MRS Maran, MRS Chenor dan MRS Jerantut. Sehubungan dengan itu Gugusan FELDA
Jengka ini terletak dibawah 2 bidangkuasa kawasan tempatan Mahkamah Tinggi Syariah iaitu MTS Kuantan dan
MTS Bentong.
Kawasan
pembahagian bidang kuasa Mahkamah bagi Gugusan FELDA ini adalah seperti
berikut:
1. MRS Maran @ MTS Kuantan:
i.
Kawasan Bandar Pusat Jengka;
ii.
Kawasan Felda Jengka 1;
iii.
Kawasan Felda Jengka 2;
iv.
Kawasan Felda Jengka 3;
v.
Kawasan Felda Jengka 4;
vi.
Kawasan Felda Jengka 5;
vii.
Kawasan Felda Jengka 10;
viii.
Kawasan Felda Jengka 11;
ix.
Kawasan Felda Jengka 14;
x.
Kawasan Felda Jengka 15; dan
xi.
Kawasan Felda Jengka 16.
2. MRS Chenor @ MTS Kuantan:
i.
Kawasan Felda Jengka 6;
ii.
Kawasan Felda Jengka 7;
iii.
Kawasan Felda Jengka 17;
iv.
Kawasan Felda Jengka 18;
v.
Kawasan Felda Jengka 19;
vi.
Kawasan Felda Jengka 20;
vii.
Kawasan Felda Jengka 22; dan
viii.
Kawasan Felda Jengka 23.
3. MRS Jerantut @ MTS Bentong:
i.
Kawasan Felda Jengka 8;
ii.
Kawasan Felda Jengka 9;
iii.
Kawasan Felda Jengka 12;
iv.
Kawasan Felda Jengka 13;
v.
Kawasan Felda Jengka 24; dan
vi.
Kawasan Felda Jengka 25.
Persoalan
bidangkuasa ini penting untuk dikenalpasti sedemikian.
Menurut satu
kes SALIM SULONG v YUSOF SULONG DAN 6 YANG LAIN 22 (2006) 1 JH 79
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu bahawa:
‘Berkenaan bidangkuasa seorang Hakim ini
telah diperjelaskan oleh Abd Karim Zaidan dalam kitabnya Nizam al Qada fi al
Syariati al Islamiyyah berkenaan pembahagian atau had bidangkuasa seorang
Hakim yang dilantik oleh seorang pemerintah.
Dr Abd Karim Zaidan menyatakan bahawa
“apabila khalifah melantik seorang Hakim dengan beberapa batasan tertentu dari
segi tempat atau masa atau jenis-jenis kes pertikaian atau jenis-jenis orang yang
bertikai maka perlantikan kehakiman bagi Hakim ini adalah dalam bentuk yang
dinamakan perlantikan khas/khusus. Pembatasan kuasa Hakim yang dilantik dalam
bentuk itulah yang dikenali dikalangan fuqaha dengan istilah al Taqlid al
‘Am wa ’al Taqlid al Khas.”
Manakala dalam kitab al Fiqh al Islam
Wa Adilatuh karangan Dr Wahbah al Zuhaili, berkenaan bidangkuasa Qadi itu
adalah terletak dibawah orang yang melantik. Pihak yang melantik (pemerintah)
hendaklah menentukan ikhtisas Qadi dan menetapkan daerah yang teletak dibawah
bidangkuasanya.
Pihak yang melantik hendaklah
mengetahui sifat yang wajib ada pada orang yang dilantik, pihak yang melantik
hendaklah tahu kelayakan orang yang dilantik dan menetapkan ikhtisas Qadi, dan
menentukan daerah yang terletak dibawah bidangkuasanya.
Maka
dengan itu jelaslah bahawa Sultan [Pemerintah] berhak memberi kepada Mahkamah
Rendah Syariah had atau batasan bidangkuasa mendengar dan memutuskan
mengenai perkara-perkara yang tertentu.
Mahkamah
Rayuan Syariah Terengganu dalam kes KERAJAAN NEGERI TERENGGANU v Y.A.M.
TENGKU IBRAHIM BIN SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SHAH 24 (2007) 2 JH 251 dimukasurat 270
berkata:
‘Tidak dapat dinafikan
bahawa kewajipan seorang Hakim adalah untuk menegakkan keadilan di bumi Allah
dan apabila menghukum sesuatu kes hendaklah menghukum dengan hukum Allah. Ini
adalah matlamat asal kehakiman syariah. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan
adalah merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia dan tiada siapa boleh
mempertikaikannya. Bidangkuasa Mahkamah Syariah begitu terhad sekali. Batas
sempadan bidangkuasa hendaklah sentiasa diawasi oleh semua hakim Mahkamah
Syariah ketika membuat penghakiman.
Mengikut Perlembagaan
Malaysia, pentadbiran hukum syarak adalah dalam bidangkuasa Negeri, akan tetapi
kuasa yang diberi terlalu sempit dan terhad. Oleh itu kami sarankan agar semua
Hakim Mahkamah Syariah hendaklah meneliti had bidangkuasa yang telah ditetapkan
ini dan mempastikan bahawa apa jua perkara yang dibawa untuk dibicarakan di
hadapan seseorang Hakim, perkara itu hendaklah berada dalam lingkungan
bidangkuasanya. Jika berlaku sesuatu perbicaraan dimana hakim telah mendengar
suatu kes yang terkeluar dari had bidangkuasanya maka keputusannya adalah tidak
sah.'
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Bentuk
Saman:
Mengenai
bentuk Saman yang perlu di failkan di Mahkamah Syariah peruntukan seksyen 8
enakmen telah menetapkan bahawa Saman hendaklah berbentuk sebagaimana dalam
Borang MS 2 dalam Jadual Ketiga dan disertakan dengan suatu Pernyataan Tuntutan
yang disyaratkan mematuhi seksyen 63 enakmen. Oleh kerana perkataan ‘hendaklah’
terdapat dalam seksyen 8 itu maka pematuhan dan keperluan ini adalah sesuatu
kemestian atau mandatori. Maka jika ianya tidak di patuhi maka Mahkamah berkuasa
untuk tidak melayan tuntutan mut’ah yang ingin di failkan itu.
Di peruntukkan
oleh seksyen 10 (2) enakmen bahawa jika Saman itu tidak sempurna bentuknya
semasa difailkan di pendaftaran maka Pendaftar (yakni Pendaftar Mahkamah
Syariah di mana Saman itu di serahkan untuk difailkan) berkuasa untuk menolak
pendaftaran Saman itu ataupun mengarahkan agar Saman itu dipinda terlebih
dahulu.
Seksyen
10. Pengeluaran dan penyampaian
(1)
Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan —
(a) jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
(b) jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi
bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah diperlukan,
Pendaftar
hendaklah memberikan suatu nombor bersiri padanya, memeteraikan, menandatangani
dan mengeluarkannya.
(2)
Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh
menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.
Bahkan
keperluan dokumen Saman ini juga ada di nyatakan didalam seksyen 16 enakmen.
Peruntukan seksyen 16 di perturunkan di sini untuk rujukan mudah:
Seksyen
16. Tuntutan atau pembelaan lisan
(1)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budi
bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:
Dengan
syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah
merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira
kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah
subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.
(3)
Apabila dia menerima rekod yang tersebut dalam subseksyen (2), pihak yang
kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah—
(a) memperakui butir-butir yang terkandung dalamnya dengan
menurunkan tandatangannya atau cap ibu jari kanannya pada rekod itu;
(b) menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya
satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu;
dan
(c) menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak
itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran.
(4)
Jika Mahkamah membenarkan suatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut
subseksyen (1), maka Mahkamah hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan
sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen ini.
Berikut ialah peruntukan seksyen 8 yang dirujuk di
atas:
Seksyen
8. Bentuk saman
Tiap-tiap
saman—
(a) hendaklah dalam Borang MS 2; dan
(b) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tuntutan yang
hendaklah mematuhi kehendak seksyen 63.
Borang MS 2 dalam
Jadual Ketiga enakmen adalah seperti di bawah ini:
JADUAL KETIGA -
Borang MS 2
(Seksyen 8(a))
SAMAN (Tajuk Am) Kepada ............................................................ (defendan yang dinamakan di atas) yang beralamat di ................... ................................ .... .................. ................................. Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah .......................................... Syariah di .................................... pada hari ................... pada .......... haribulan ......... 20 ..... pukul........ pagi/petang, untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh plaintif yang dinamakan di atas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendroskan di sini.
Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir
di Mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh terus
mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.
Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin
membela diri terhadap tuntutan itu, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini
dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan
sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.
Bertarikh pada .................. haribulan
.......................... 20 .........
(Meterai) .......................... Hakim/Pendaftar (Pengendorsan di belakang saman) PERNYATAAN TUNTUTAN (dalam perenggan bernombor) Kepada.......................................................................... defendan yang dinamakan di atas yang tinggal di .............................................................................. Bertarikh pada ....................... haribulan ................ 20 ............. ............................................................. Plaintif (atau Peguam Syarie bagi Plaintif) |
Jika di lihat Borang MS 2 di atas terdapat perkara ‘(Tajuk Am)’ tercatat
selepas perkataan ‘SAMAN’. Tajuk am yang di maksudkan itu ada di sebutkan
didalam seksyen 4 enakmen sebagai:
Seksyen 4. Tajuk am borang
Tiap-tiap dokumen, termasuk borang, yang
difailkan di Mahkamah hendaklah mempunyai tajuk am seperti dalam Borang MS 1.
Borang MS 1 dalam
Jadual Ketiga itu adalah sebagaimana di bawah ini:
BORANG MS 1
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002 (Seksyen 4) TAJUK AM DI DALAM MAHKAMAH RENDAH/TINGGI SYARIAH DI ......................................... DI NEGERI ............................................................................................................
(1)
............................................................ No. ............
Tahun 20 ................
Antara
Catatan :
(1) Jenis prosiding
(misalnya Saman; Permohonan; dsb.)
(2) Nama, jika tak berkeupayaan atau atas sifat wakilan, berikan butir-butir perwakilan. Contoh :
(a) A.B.
pentadbir bagi C.D. yang sudah mati;
(b) A.B. seorang budak, melalui C.D. penjaga ad litemnya. |
Borang MS 2
(Seksyen 8(a))
DALAM MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH DI KUALA LIPIS
DALAM NEGERI PAHANG
DARUL MAKMUR MALAYSIA
KES MAL NO:
06010-016- ??? TAHUN 2013
ANTARA
AAAA BINTI BBBB – (nama penuh isteri)
[KPPN NO: xxxxxx-yy-iiii
/ paspot ]
… PLAINTIF
DAN
CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami)
[KPPN NO: wwwwww- xx-ssss] …DEFENDAN
SAMAN
Kepada:
CCCC BIN DDDD – (nama penuh suami dan alamat)
No.
4 Jalan XYZ,
40170
Shah Alam,
Selangor
Darul Ehsan.
Anda dengan ini disaman
supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda di hadapan
Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lipis pada hari pada haribulan 2013 pukul pagi/petang, untuk menjawab suatu
tuntutan terhadap anda oleh Plaintif yang dinamakan diatas, yang
butir-butirnya ada dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendorskan
disini.
Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir
di Mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar
dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda.
Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda
hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu
pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas
atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.
Bertarikh pada
haribulan 2013.
..................................
Hakim/Pendaftar
Saman ini difailkan oleh Tetuan RRRR & SSSS, Peguam
Syarie Plaintif yang beralamat
di No. 1 Jalan PQR, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
|
Sebagai satu
lagi contoh mengenai pemfailan tuntutan mut’ah untuk posting ini rujukan di buat
kepada borang berikut yang di ambil dari laman web jabatan kehakiman syariah
negeri selangor -
PERHATIAN:
SILA KEMUKAKAN BORANG PENDAFTARAN INI DALAM (3) SET
|
Borang Permohonan Mut’ah
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN
KES MAL
BIL
|
DOKUMEN
|
TANDAKAN
|
SEMAKAN MAHKAMAH
|
|
Nota :
Sila pastikan
nilaian tuntutan adalah tidak melebihi RM100,000.00.(Bidangkuasa Mahkamah
Rendah Syariah)
|
ü
|
|
1.
|
Saman & Penyata Tuntutan &
Borang Maklumat Diri
|
ü
|
|
2.
|
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
|
ü
|
|
3.
|
3.1 Pengesahan Tempat Tinggal
Plaintif (Pemohon)
(Jika alamat di dalam kad pengenalan anda
bukan di dalam Negeri Selangor atau di luar daerah ini sila dapatkan
pengesahan tempat tinggal Qaryah daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi
JKKK/Ketua Kesatuan Penduduk/bil air/bil elektrik)
3.2 Surat
Pengesahan Majikan
(Jika anda anggota Polis/Tentera)
|
ü
|
|
4.
|
Salinan Surat Cerai
|
ü
|
|
5.
|
Sijil Kelahiran Anak – anak (jika
ada)
|
ü
|
|
7.
|
Bayaran Pendaftaran (ditentukan
semasa pendaftaran)
|
ü
|
|
*Pemohon dikehendaki hadir sendiri membuat pendaftaran.
URUSAN PENDAFTARAN & PEMBAYARAN
Isnin – Khamis 8.00 pagi hingga
12.30 tengahari
2.00
petang hingga 3.30 petang
Jumaat 8.00 pagi hingga
12.00 tengahari
2.45
petang hinga 3.30 petang
Untuk kegunaan pejabat sahaja
Nota: tandakan ( ü ) pada petak
berkenaan.
Disemak :……….....................
Tarikh
:
Disahkan :…….......................
Tarikh :
BORANG
MS 2
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH
(NEGERI SELANGOR 2003)
(Seksyen 8(a) )
SAMAN
DI DALAM MAHKAMAH RENDAH / TINGGI
SYARIAH DI ………………………………
DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
(1) ……………………… NO. ………………………...……Tahun
20………..
(2) ………………………………………………………………………….. Plaintif
Pemohon
(3) …………………………………………………………….…………… Defendan
Responden
Kepada
………………………………………………………….. (defendan yang dinamakan di atas) yang
beralamat di ……… …… ……… ……… ……… ……………. .………………………………….……. ………………………………………………… ……………………………………………
Anda
dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie
anda di hadapan Mahkamah……………………………………Syariah di …………………………… (DEWAN
………) Pada hari …………………… pada ………...…… Haribulan ………………… 20…………….....
pukul ……………… pagi/ petang , untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh
plaintif yang dinamakan di atas, yang butir – butirnya ada dinyatakan dalam
pernyataan tuntutan yang diendorskan di sini.
Ambil
perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa
ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran
anda.
Dan ambil
perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan itu, anda
hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu
pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas
atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.
Bertarikh
pada …………… haribulan …………..20…….
(Meterai)
…………………………….
Hakim / Pendaftar
PERNYATAAN
TUNTUTAN
(dalam
perenggan bernombor)
Kepada
…………………………………………………………….. (Defendan yang dinamakan di atas) yang beralamat di
……………………………………………...………
………………………………………………………………………………………………
1.Plaintif………………………………………………………….…………………………………
No.
K/P: …………………………………………………. Tinggal di …………………………….
………………………………………………………………………………………………………
(Sesalinan kad pengenalan
dilampirkan)
bekerja
sebagai …………………………………………di ………………………………………..
2.
Defendan………………………………………………………….………………………………
No.
K/P: …………………………………………………. Tinggal di …………………………….
………………………………………………………………………………………………………
bekerja sebagai
…………………………………………di…………………………………………
3.
Kami telah bernikah pada ………………………..… di ………………………………………...
(sesalinan surat nikah dilampirkan)
4.
Kami telah bercerai pada ……………………..….… di ………………………………………..
(sesalinan surat cerai dilampirkan)
5. Hasil perkahwinan dikurniakan
…………………………. anak iaitu :-
1) ……………………………………………Tarikh lahir
…………………Lelaki /perempuan
2) ……………………………………………Tarikh lahir
…………………Lelaki /perempuan
3) ……………………………………………Tarikh lahir
…………………Lelaki /perempuan
4) ……………………………………………Tarikh lahir
…………………Lelaki /perempuan
5) ……………………………………………Tarikh lahir
…………………Lelaki /perempuan
(sesalinan surat beranak dilampirkan )
6. Saya mohon Mahkamah memerintahkan Defendan membayar
mut’ah kepada saya sebanyak :-
a) RM
………………………………………………………
atau;
(sekiranya tuntutan selain daripada
wang tunai)
b) …………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………
7. Alasan – alas an permohonan dibuat adalah seperti
berikut:-
i) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
ii) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
iii) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
iv) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
v) ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
8. Sekiranya permohonan diluluskan saya mohon pembayaran/
pelaksanaan dibuat dengan
…………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………….
10. Saya memohon kepada Mahkamah yang mulia ini agar meluluskan permohonan saya selari
dengan peruntukan di bawah Seksyen
58 Enakmen Undang –undang Keluarga Islam Selangor No. 2 Tahun 2003 atau
apa –apa perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang mulia ini.
Bertarikh pada ……. haribulan ……………….. 20……….
…………………………………………….
Plaintif
(atau Peguam Syarie bagi Plaintif)
BORANG MAKLUMAT DIRI
(maklumat ini perlu di lengkapkan bersama
borang permohonan)
|
Untuk Kegunaan Pejabat
|
|
|
Tarikh Pendaftaran
|
|
|
No . Kes
|
|
|
No. Resit
|
|
*
Untuk di isi oleh pemohon.Sila isi dengan HURUF BESAR
|
PLAINTIF
|
|
DEFENDAN
|
Nama
|
|
Nama
|
|
No Kad Pengenalan
(Sila isi salah satu yang berkenaan)
|
Baru :
Lama :
Tentera :
Polis :
Passport :
|
No Kad Pengenalan
(Sila isi salah satu yang berkenaan)
|
Baru :
Lama :
Tentera :
Polis :
Passport :
|
Alamat untuk dihubungi
|
|
Alamat untuk dihubungi
|
|
No.Tel
|
(Pejabat) :
(Rumah) :
(H/P) :
|
No.Tel
|
(Pejabat) :
(Rumah) :
(H/P) :
|
Tarikh Lahir
|
|
Tarikh Lahir
|
|
Umur
|
|
Umur
|
|
Bangsa
|
|
Bangsa
|
|
Warganegara
|
|
Warganegara
|
|
Asal
|
|
Asal
|
|
Pekerjaan
|
|
Pekerjaan
|
|
Majikan
|
|
Majikan
|
|
BUTIRAN PERKAHWINAN
|
|||
Tarikh Nikah
|
|
Pernah Bercerai
|
|
Tempat Nikah
|
|
Bil Talaq
|
|
Bil . Anak
|
|
Tarikh Bercerai
|
|