Jumaat, 25 Januari 2013

kes tuntutan mutaah RM3 juta terhadap ADUN Melor

SELAMAT DATANG 

Kes tuntutan mutaah RM3 juta ditangguh 3 Disember

25/08/2009 2:08pm

KOTA BAHARU 25 Ogos - Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ditangguhkan 3 Disember kerana Hakim Syarie Abdullah Man berkursus di Kuala Lumpur.
Peguam Syarie Mohd. Sibri Ismail, yang mewakili bekas isteri ADUN dari Pas itu, Siti Aishah Chou Abdullah berkata, perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung hari ini setelah ianya ditangguhkan 29 Julai lepas akibat masalah kerosakan pendingin hawa di bangunan mahkamah.
Siti Aishah tiba di Mahkamah Tinggi jam 11 pagi bersama keluarganya menerima surat penangguhan itu oleh pegawai pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah.
Siti Aishah, 24, berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail,54, yang berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2004 memiliki dua anak sebelum disahkan bercerai pada 18 November tahun lepas.
- BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan