Satu
lagi faktor mengapa perlu bayaran mut’ah ialah akibat kesihatan kerana
perceraian? Mengikut artikal dibawah ini perceraian mempunyai juga kesan kepada
kesihatan. Apakah terdapat kajian sebegini di buat ke atas masyarakat Islam di Malaysia?
Bercerai jejas kesihatan
UTUSAN
ONLINE ARKIB : 03/08/2009
BERCERAI
hidup atau mati dalam sesebuah perkahwinan hakikatnya adalah satu ketentuan
yang tidak dapat dielakkan dan menerimanya sebagai takdir Tuhan.
Namun
apa yang mungkin ramai tidak sedar atau tidak tahu sebenarnya perpisahan
membawa kesan kesihatan yang signifikan pada isteri atau suami yang
ditinggalkan biarpun selepas mereka berkahwin semula.
Malah
kajian oleh para penyelidik Barat juga menunjukkan impak daripada perpisahan
itu dirasai sehingga bertahun-tahun sama ada dari segi emosi mahupun
kesejahteraan keseluruhan individu tersebut.
Ia
terus dirasai walaupun individu tersebut mungkin sudah mampu meneruskan
kehidupannya dengan menemui ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan baru.
Kajian
terbaru itu telah membuktikan bahawa perceraian menjejaskan kesihatan walaupun
jika mereka sudah berkahwin semula.
Mereka
yang bercerai atau menjadi balu menghadapi risiko dilanda masalah kesihatan
yang kronik seperti menghidap penyakit jantung, diabetes, atau kanser 20 %
lebih tinggi berbanding mereka yang kekal dalam perkahwinan.
Mereka
juga menghadapi 23% lebih tinggi masalah mobiliti termasuk kesukaran untuk
memanjat tangga atau berjalan biarpun pada jarak yang dekat.
Kajian
juga mendedahkan bahawa dengan mencari pasangan baru tidak banyak membantu
mengembalikan kesihatan mereka.
Mereka
yang berkahwin semula masih berdepan masalah kesihatan kronik 12% lebih tinggi
dan masalah mobiliti (19%) berbanding mereka yang kekal dalam perkahwinan.
Adalah
dipercayai bahawa bercerai atau menjadi balu menjejas tahap kesihatan
disebabkan kemerosotan dari segi pendapatan, tekanan melampau dan kesedihan
yang berpunca daripada isu-isu seperti penjagaan anak dan kewangan.
Bagaimanapun
kesan buruk disebabkan tekanan melampau lebih ketara - daripada masalah sistem
kardiovaskular hinggalah kepada sistem imun - dan berterusan sehingga
bertahun-tahun lebih-lebih lagi apabila individu tersebut sekali lagi dilanda
kesedihan.
Para
penyelidik Universiti Chicago dan Universiti Johns Hopkins, Baltimore, Amerika
Syarikat, baru-baru ini membuat kajian terhadap 8,652 orang berusia antara 51
hingga 61 tahun.
perkahwinan
pertama
Tiga
per empat daripada mereka masih berkahwin dengan 55% perkahwinan pertama dan 20%
berkahwin semula, manakala 22% pernah berkahwin tetapi sudah berpisah. Kurang
daripada 4% responden tersebut belum berkahwin.
Dan
daripada jumlah mereka yang pernah berkahwin tetapi sudah berpisah, 69% tinggal
berasingan atau bercerai dan 31% kematian suami atau isteri.
Purata
usia pertama kali berkahwin di kalangan mereka yang telah bercerai atau menjadi
balu adalah 21 tahun. Mereka menghabiskan purata 25 tahun hidup berumah tangga
dan 9.5 tahun hidup selepas bercerai atau menjadi balu
Para
penyelidik juga memeriksa tahap kesihatan responden dalam aspek jumlah penyakit
kronik yang dihidapi seperti diabetis, penyakit jantung, penyakit paru-paru,
kanser atau strok dan tahap mobiliti (kebolehan bergerak).
Turut
diperiksa ialah simptom-simptom kemurungan dan ditanya tentang bagaimana mereka
menilai tahap kesihatan mereka sendiri sama ada cemerlang, sangat baik, baik,
biasa atau rendah.
Kajian
mendapati bahawa tahap kesihatan mereka yang berkahwin semula atau kumpulan
yang sudah bercerai sangat teruk berbanding mereka yang masih dalam
perkahwinan.
Responden
yang tidak pernah berkahwin mempunyai masalah mobiliti 12% lebih tinggi
berbanding yang mempunyai pasangan dan 13% lebih tinggi bagi simptom kemurungan.
Ahli
Sosiologi dari Universiti Chicago yang juga penulis bersama kajian
tersebut, Profesor Linda Waite, memberitahu kehilangan suami atau
isteri berpunca daripada perceraian boleh menyebabkan tekanan melampau selama
berbulan-bulan atau bertahun sehingga menjejaskan sistem peredaran di dalam
tubuh badan.
Beliau
berkata:
"Tekanan menjejaskan sistem imun adan dan membawa kepada
peningkatan keradangan. Sekarang kita andaikan bahawa keradangan itu boleh
menjadi punca kepada penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung) dan jenis
kanser tertentu.
"Bertambah
teruk jika pada tempoh ini biasanya individu tersebut tidak mengambil peduli
atau menjaga keadaan dirinya. Tidak makan atau bersenam dengan betul.
"Individu
tersebut juga selalunya tidak cukup tidur dan kehidupan sosial juga terjejas
lebih-lebih lagi jika perpisahan itu dirasakan cukup menyeksakan. Mereka
kehilangan kawan dan ipar duai yang selama ini menjadi tempat mengadu.
Bagaimanapun
Waite menegaskan bahawa walaupun perceraian atau menjadi balu membawa risiko
kesihatan tetapi ia tidaklah sampai ke peringkat umpama 'hukuman mati'.
"Jika
anda menjaga diri dan mereka yang di sekeliling ada turut menyokong, anda
mungkin dapat meminimumkan kerosakan itu," katanya.
Kajian
sebelum ini menunjukkan bahawa perkahwinan mempunyai kaitan yang positif pada
kesihatan dan kesejahteraan seseorang itu dalam jangka masa panjang.
Kajian
oleh Cass Business School di London pula mendapati bahawa lelaki yang kematian
isteri menghadapi risiko untuk mengikut 'jejak langkah' pasangannya enam kali
lebih tinggi dalam tempoh 12 bulan dan angka itu dua kali ganda bagi wanita.
Lebih
42% perkahwinan di Britain berakhir dengan perceraian.
Artikel Penuh:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan