WAKALAH PEGUAM
SYARIE – Siri 1
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang 2002 ada memperuntukkan
mengenai topik persoalan untuk menggunakan khidmat Peguam Syarie bagi mewakili pihak
yang bertikai di Mahkamah Syariah di negeri Pahang. Pihak-pihak di benarkan
untuk melantik atau menukarkan Peguam Syarie masing-masing di bawah Bahagian 5
Enakmen tersebut. Seksyen 3 (1) -nya ada memberi maksud Peguam Syarie
sebagaimana berikut:
Seksyen
3. Tafsiran
(1)
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Peguam
Syarie” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen
Pentadbiran;
‘Enakmen Pentadbiran’ yang
di maksudkan dalam tafsiran tersebut menurut seksyen yang sama adalah ENAKMEN
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Pahang):
“Enakmen
Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [Enakmen
No. 3 tahun 1991];
Perkataan dan phrasa tertentu
seperti ‘Mahkamah Syariah’; ‘Pegawai Undang-Undang Kerajaan Persekutuan’; dan
‘Peguam Syarie’ ada di tafsirkan oleh seksyen 2 ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 [Enakmen No. 3 Tahun 1991] tersebut sebagaimana
berikut:
Seksyen 2. Tafsiran.
(1) Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya
menghendaki makna yang lain -
...
"Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 42;
"Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 42;
...
"pegawai undang-undang Kerajaan
Persekutuan" ertinya seseorang Peguam Kanan Persekutuan, Peguam Persekutuan
dan termasuklah seseorang Pembantu Undang-Undang;
"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang
dilantik di bawah seksyen 66;
Di
bawah Enakmen Pentadbiran tersebut "Majlis Ugama Islam dan Adat Resam
Melayu Pahang"  adalah pihak berwajib yang melantik mana-mana orang yang berkelayakan
sebagai Peguam Syarie. Menurut seksyen 2 diatas "Peguam Syarie"
ertinya seseorang yang dilantik di bawah seksyen 66 (Enakmen Pentadbiran).
Peruntukan seksyen 66 itu adalah seperti berikut:
Seksyen
66. Peguam Syarie.
(1)
Majlis boleh melantik mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan Persekutuan
beragama Islam dan mana-mana peguambela dan peguamcara beragama Islam yang
memiliki sijil sah yang dikeluarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], atau mana-mana
orang yang berkelayakan menjadi Peguam Syarie untuk hadir dan mewakili
mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah Syariah.
(2)
Kelayakan bagi perlantikan sebagai Peguam Syarie hendaklah ditetapkan oleh
peraturan yang dibuat oleh Majlis.
(3)
Peraturan tersebut boleh memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang dilantik
menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dan
ditandatangani oleh Yang Dipertua setelah dibayar fee yang ditetapkan. Sijil
tersebut hendaklah dipanggil Sijil Peguam Syarie.
(4)
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan Sijil Peguam Syarie yang
dikeluarkan di bawah subseksyen (3).
(5)
Majlis boleh mengecualikan mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan Persekutuan
daripada memiliki Sijil Peguam Syarie untuk hadir dan mewakili mana-mana pihak
dalam mana-mana Mahkamah Syariah.
Bagi setiap
orang/pihak yang ingin menggunakan khidmat Peguam Syarie untuk mewakili beliau
di dalam apa-apa prosiding di Mahkamah Syariah hendaklah terlebih dahulu
mematuhi prosedur/tatacara Mahkamah Syariah yang tertentu. Salah satunya ialah
berkenaan penyempurnaan wakalah peguam syarie. Sehubungan dengan itu mari kita
lihat apa yang terjadi dalam kes BADARIAH HARON v IDRIS MAHMUD 20
[2005] 1 JH  57 serta alasan penghakiman kes tersebut.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Dalam kes BADARIAH
HARON v IDRIS MAHMUD  ini Plaintif membuat tuntutan mut’ah dan harta
sepencarian terhadap bekas suaminya. Terhadap prosiding ini pihak Defendan
(suami) memfailkan suatu Notis Bantahan Awal untuk membatalkan tindakan
tuntutan Plaintif tanpa perlu memfailkan Pliding Pembelaan mahupun di jalankan
perbicaraan untuk prosiding induk yang berkenaan. Isu utama dalam bantahan awal
itu adalah berkaitan Wakalah samada ia di sempurnakan dengan teratur mengikut
prosedur dan syarak. Defendan mengatakan bahawa wakalah di antara Plaintif dan Peguam
Syarienya tidak berlaku di hadapan Pendaftar atau Hakim sepertimana peruntukan
seksyen 34(1) Enakmen Prosedur Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 berikut:
Pelantikan seseorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan
oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik
sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar.
YA Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam Penghakimannya berkata di ms 63 – 66:
| 
Defendan juga
  mendakwa tandatangan Peguam Syarie Plaintif di dalam pliding mut’ah dan harta
  sepencarian adalah tidak sah kerana Plaintif tidak melafazkan wakalah kepada
  Peguam Syarienya sebagaimana aturan di bawah sek. 34(1) Enakmen Prosedur Mal
  Mahkamah Syariah 2003 sebenarnya telah tidak berlaku. Dengan kata lain
  Plaintif hendaklah menyempurnakan wakalah terlebih dahulu kepada Peguam
  Syarienya, barulah Peguam Syarie Plaintif boleh menandatangani pliding
  plaintif dalam tuntutan mut’ah dan harta sepencarian sebagaimana di
  peruntukan di dalam sek. 63(1) berbunyi: 
‘Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah
  ditandatangani oleh Plaintif atau Peguam Syarienya ...’ 
Mahkamah
  bersetuju dengan hujahan balas Defendan bahawa keadaan ini jika benar-benar
  berlaku bukan lagi satu kesilapan atau khilaf dari segi fakta yang akan
  membawa kesan kepada keseluruhan prosiding kedua-dua tuntutan Plaintif.
  Kesilapan Plaintif tersebut adalah dari segi pliding iaitu wakalah
  perlantikan Peguam Syarienya yang boleh membawa kepada tindakan Peguam
  Syarienya adalah tidak sah sejak mula. 
Kesilapan
  wakalah tidak boleh diperbetulkan atau dipinda tetapi hanya boleh dibatal,
  dilepaskan atau ditarik balik atau di buat pertukaran Peguam Syarie baru
  seperti di peruntukan didalam sek. 36, 37 dan 39 Enakmen Prosedur Mal
  Mahkamah Syariah 2003. 
Soalnya adakah
  benar seperti dakwaan Defendan bahawa wakalah di antara Plaintif dan Peguam
  Syarienya tidak berlaku dan sekiranya berlaku adakah tandatangan Plaintif dan
  Peguam Syarienya adalah menjadi satu syarat perlantikan Peguam atau wakil? 
Sebelum
  menjawab kedua-dua isu di atas suka Mahkamah merujuk kepada penghujahan
  Plaintif dan nas syarie – bagaimana perlantikan peguam atau wakil dan
  berkuatkuasa. Plaintif dalam hujahan balasnya menyatakan Defendan telah
  melampau dan mempunyai niat jahat apabila mempertikaikan satu dokumen rasmi
  Mahkamah yang telah disempurnakan mengikut aturan dan kehendak sek. 34(1) dan
  (2) Enakmen Prosedur Mal Mahkamah Syariah Selangor 2003 .  
Dokumen
  tersebut telah dimetraikan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah
  Syariah Gombak Timor di Keramat Selangor pada 20.12.2004 sebagaimana
  ditunjukkan secara kolektif dalam lampiran 1 Plaintif. 
Mengikut
  Arahan Amalan N0. 6 Tahun 2002, lafaz wakalah, ikrar dan Affidavit bolehlah
  dibacakan di hadapan Hakim, Pendaftar, Pegawai Sulh, Penolong Pendaftar atau
  mana-mana orang yang diturunkan kuasa berhubung dengannya. 
Isu samada
  tandatangan Plaintif di dalam Borang MS 5 Wakalah Peguam Syarie sebagai palsu
  adalah dinafikan Plaintif. Sebaliknya Mahkamah dapati tiada kenyataan yang
  boleh di pertikaikan bahawa Peguam Syarie Plaintif telah menarik balik
  perwakilannya di mana-mana peringkat prosiding. 
Di sini
  Mahkamah merujuk kepada nas-nas syarie yang dengan jelas ada di nyatakan di
  dalam kitab Mughni al-Muhtaj Jld 3
  hlm 317 dengan maksud: 
‘wakalah berlaku apabila sesorang itu
  mewakilkan urusannya kepada seseorang yang lain atau apabila seseorang
  mengambil tempat orang lain.’ 
Merujuk firman Allah SWT di dalam Surah
  al-Kahfi ayat 19 berbunyi: 
         
  ............. 
Bermaksud: ‘Maka suruhlah salah seorang
  di antara kamu pergi ke Kota dengan membawa wang perakmu itu dan hendaklah
  dia lihat manakah makanan yang lebih baik. Maka hendaklah ia membawa makanan
  itu untukmu sedikit habuan daripadanya.’ 
Pengertian nas-nas
  di atas ialah bahawa penyerahan sesuatu urusan kepada orang lain sebagai
  wakilnya tanpa bantahan atau penolakan maka berlakulah wakalah perlantikan. 
Rukun wakalah adalah: 
1.   Pihak atau orang yang mewakilkan (al
  muwakkil); 
2.   Pihak atau orang yang menerima wakil (al
  wakil); 
3.   Perkara atau benda yang diwakilkan (al
  muwakal fih); 
4.   Sighah atau lafaz. 
Menurut
  pendapat Imam Syafie. Orang yang memberi wakil hendaklah melafazkan ijab
  wakalahnya. Pihak yang menerima wakil tidak disyaratkan untuk menjawab atau
  menerimanya, memadai ia tidak membuat bantahan. 
Isu samada
  Plaintif menandatangani atau tidak Borang MS 5 tersebut tidak relevan lagi
  kerana tandatangan hanya sebagai petunjuk bahawasanya Plaintif telah berlafaz
  sighah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timor di
  Keramat Selangor pada 20.12.2004 dan disahkan. Masalah tandatangan Plaintif
  tidak sama tidaklah membawa kepada terbatasnya orosiding asalkan Peguam
  Syarie Plaintif atau wakilnya tidak menolak perwakilan Plaintif tersebut. 
Keputusan 
SETELAH
  MAHKAMAH meneliti bantahan awal Defendan adalah berkaitan wakalah Plaintif
  dalam tuntutan-tuntutan yang Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan
  memutuskannya DAN Hujah Jawapan bertarikh 8.2.3005 dengan sokongan
  Lampiran-Lampiran yang di tunjukkan, Hujah Balas Defendan bertarikh 21.3.2005
  juga disokong Lampiran-Lampiran yang di tunjukkan, semuanya adalah teratur. MAKA MAHKAMAH BERPUASHATI DAN
  MEMERINTAHKAN SEPERTI BERIKUT: 
    1.  
  Bantahan awal Defendan ditolak dengan kos; 
    2.  
  Defendan hendaklah memfailkan pembelaan dan/atau Tuntutan Balas jika      ada
  dalam masa 14 hari dalam kes Mal Bil 10200-016-0389-2005. | 
Dalam Penghakiman
diatas Mahkamah ada menyentuh mengenai persoalan-persoalan seperti berikut:
kenapa perlunya wakalah dibuat dengan sempurna; kesan kesilapan wakalah; nas
mengenai wakalah; rukun wakalah; masalah berbeza tandatangan; dan juga jika
berlakunya wakalah yang silap maka apa recourse yang perlu di ambil untuk
meremedikannya.
Setelah
melihat dan meneliti kes diatas maka di perturunkan di bawah ini
peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen 34 hingga 39 yang terdapat di dalam
Bahagian V kepada Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang 2002. Bahagian
ini adalah mengenai perlantikan; penukaran; perlepasan; penarikan diri dari
mewakili; serta penamatan khidmat Peguam Syarie dalam mengendalikan dan
mewakili anakguam/klien/pelanggannya di Mahkamah Syariah. Walaupun sedemikian
peruntukannya namun kesemua peruntukan ini masih tertakluk kepada Hukum Syarak
terutama dalam Bab Hukum Perwakilan yakni mengenai bab wakalah bi al-khusumah.  Ini
adalah bersesuaian dengan peruntukan seksyen 245 Enakmen yang berikut:
Seksyen
245. Hukum Syarak
(1)
Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tak
konsisten dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat yang ia tak
konssiten itu.
(2)
Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata
oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum
Syarak.
Peruntukkan-peruntukan
seksyen 34 hingga 39 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH PAHANG 2002
| 
-        
-      BAHAGIAN V - PEGUAM SYARIE 
Seksyen 34. Wakalah 
(1)   Pelantikan seorang Peguam
  Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam
  Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar. 
(2)   Jika seorang Peguam Syarie
  telah menerima perlantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum
  mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam
  Borang MS 5. 
 
Seksyen 35. Penyampaian kepada Peguam Syarie 
Jika seorang Peguam Syarie mewakili lebih daripada satu pihak dalam
  apa-apa prosiding, penyampaian satu salinan apa-apa dokumen kepada Peguam
  Syarie itu hendaklah menjadi penyampaian yang mencukupi kepada semua pihak
  itu. 
Seksyen 36. Menukar Peguam Syarie 
(1)   Jika
  suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan
  suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan satu salinan notis
  itu kepada semua pihak. 
(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai
  berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai
  berhubungan dengan pelantikan Peguam Syarie. 
 
Seksyen 37. Pelepasan Peguam Syarie 
Jika suatu pihak ingin melepaskan Peguam Syarienya, dia hendaklah
  memfailkan suatu notis pelepasan itu dalam Borang MS 7 dan menyampaikan suatu
  salinan notis itu kepada semua pihak. 
 
Seksyen 38. Pelepasan atas permohonan Peguam Syarie 
Jika Peguam Syarie yang mewakili suatu pihak memohon untuk dilepaskan,
  dia hendaklah memfailkan suatu notis penarikan diri dalam Borang MS 8 dan
  menyampaikan suatu salinan notis kepada pihak yang diwakilinya. 
 
Seksyen 39. Kematian 
Wakalah seseorang Peguam Syarie hendaklah tamat dengan kematian Peguam Syarie itu
  atau pihak yang diwakilinya. | 



 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan